Tải xuống ứng dụng
55.55% SAHABAT : Antidot / Chapter 5: EPs 5 : Sekolah Lama.

Chương 5: EPs 5 : Sekolah Lama.

Hari pun sudah pagi , Haikal yang pada masa itu bangun dahulu mengejutkan semua orang . Arif yang dikejutkan oleh Haikal terus memeluknya dengan sangat erat , Haikal yang terkedu pada masa itu pun membiarkan sahaja Arif memeluknya . "Aku rindu sangat dengan kau abang , maafkan aku sebab tak hargai masa kau selalu ada untuk aku dulu" kata-kata Arif yang matanya sudah berkaca . Haikal terdiam dan memeluk kembali Arif dan berkata "Walaupun aku tak tahu apa yang berlaku sebelum aku eksiden , aku maafkan kau". Dani dan Airel pula terjaga . Puan Maria bangun dari katilnya dan menuju ke arah Arif yang sedang memeluk Haikal . "Sabar eh Arif, Mak cik tahu kamu sayang sangat dengan kawan baik kamu ni" kata Puan Maria kepada Arif . Puan Maria beralih kepada Haikal dan berkata "Maafkan makcik ye Kal , maafkan makcik kerana menyembunyikan perkara sebenar kepada kamu , makcik tak nak kamu pengsan dan menderita" mata Puan Maria mula mengeluarkan air yang mengalir pada pipinya . Arif dan Haikal melepaskan pelukkan mereka . Haikal membalas "tak apalah makcik , terima kasih kerana prihatin terhadap Kal, terima kasih sebab jaga Kal." Arif hanya mampu tersenyum dan mengelap airmatanya . "Aeh sape yang potong bawang ni , tengok kami dah nangis" celah Dani secara tiba² . Airel juga sempat menangis dan mengelap airmatanya . "Ok dah kita kene bergerak ke pulau selamat semua" kata Airel . "Baiklah" kata Puan Maria . Puan Maria membuka pintu untuk memeriksa keadaan diluar selepas itu . Airel yang terkejut dengan tindakkan Puan Maria itu berlari ke Puan Maria untuk menghentikannya daripada membuka pintu kerana Puan Maria membuka pintu itu secara tiba². Belum sempat Airel menahan Puan Maria , pintu telah pun dibuka dan ditolak oleh zombi yang menunggu diluar . Zombi itu terus menerkam Puan Maria dan dan merobek muka Puan Maria dengan kuku dan mengigit tangan Puan Maria yang cuba melindung dirinya . Kejadian yang berlaku sangat cepat dan diluar jangkaan . Arif yang berdekatan dengan Puan Maria yang diserang itu pun menggapai lampu meja yang berada dia atas kabinet kecil berhampiran dengan nya dan menghentakkan lampu meja itu sekeras yang mungkin ke arah kepala zombi yang mengigit Puan Maria . Hentakkan Arif tidak cukup kuat untuk mematikan zombi itu . Airel menggapai glock 19 nya dan terus menembak kepala zombi itu daripada tepi supaya tidak terkena Arif . Kepala zombi itu bocor dan zombi itu pun mati . Haikal yang terpegun dengan apa yang berlaku menghampiri makciknya yang sudah tidak sedarkan diri itu dan cuba menyedarkannya . Dani menahan Haikal dengan memeluknya dari belakang dengan erat , Haikal menangis teresak-esak seperti anak kecil yang kehilangan ibunya . Airel dengan tegas nya berkata "cepat kita kena tinggalkan tempat ni , tempat ni dah tak selamat" . Arif melepaskan lampu meja itu dan menarik Haikal untuk lari keluar daripada rumah Puan Maria sementara Airel dan Dani menyusul dari belakang . Di ruang tamu terdapat seekor lagi zombi yang menjaga pintu keluar, zombi itu terus berlari kearah Arif kerana Arif berada di depan sekali , belum sempat zombi itu ingin menerkam Arif, kepala zombi itu dipukul dengan besi yang sempat digapai oleh Dani . "Cepat gerak naik atas kita tak boleh keluar ikut pintu depan" arahan Airel kerana Airel tahu pintu depan kunci dan zombi² ini datang daripada tingkap bilik Haikal yang berada diatas jadi situ sahaja jalan keluar yang terpantas untuk mereka keluar dari rumah Puan Maria yang tidak selamat itu .

Arif menaiki bas selepas pulang daripada sekolah untuk pulang ke rumah . setelah Arif menaiki bas dan memasukkan duit dalam tabung bayaran didalam bas itu dan mengambil resit/tiket , namanya terus dipanggil "Arif" tempat duduk belakang bas itu . Arif memandang kearah tersebut dan melihat Haikal yang sedang membuat isyarat tangan untuk memanggil Arif duduk disebelahnya . Arif tersenyum dan terus bergerak ke belakang . Arif duduk disebelah Haikal , Haikal kelihatan sangat senang kerana Arif berada di sebelahnya , "Rumah aku kosong harini kau nak tido umah aku tak? , besok kan cuti" pelawa Haikal kepada Arif . "Ha tengok dulu lah macam mana kalau aku ada motor aku datang umah kau habis aku tukar baju ni" jawab Arif . "Ha ok ok , aku tunggu"jawab Haikal . Kebelakangan ini Haikal sering mengajak Arif ke rumahnya apabila ibu dan bapanya tiada dirumah untuk bermalam menemaninya . Arif pun sering juga ke rumah Haikal untuk melepak sehingga malam . Mereka baru kenal beberapa minggu tetapi sudah akrab seperti adik-beradik .

Arif tiba didepan rumah Haikal dengan beg yang berisi barang-barangnya untuk menginap dirumah Haikal . Arif menekan loceng rumah Haikal dan memanggilnya . Haikal membuka pintu dan menyuruh Arif masuk . "Terima kasih do sebab ada dalam hidup aku" kata yang keluar daripada mulut Haikal setelah menceritakan masalahnya kepada Arif setelah sahaja Arif duduk disofa rumahnya dan bersembang .

"Hati-Hati Dani" tegur Haikal yang menjaga belakang Dani di atas bumbung rumah Puan Maria . Mereka berjaya keluar daripada rumah itu melalui tingkap bilik Haikal dan Airel telah berjaya mengalahkan semua zombi dengan pistolnya malangnya , pistol Airel tinggal lagi 3 butir peluru jadi Airel perlu mengehadkan penggunaan pistolnya . Arif yang berada dibelakang sekali mengawasi Haikal yang sedang menjaga Dani . Mata Arif berkaca apabila terkenang sedikit kenangan mereka bersama . Haikal orang yang jenis "protective" sebab itu Arif menerima Haikal menjadi abang angkat nya . mereka perlahan-lahan turun daripada bumbung tersebut satu per satu dan mendarat diatas satu tong sampah yang berada di depan rumah Puan Maria , Arif yang terakhir mendarat dan mengakibatkan tong sampah itu hancur kerana sudah tidak tahan setelah tiga orang terawal mendarat . Kaki Arif terluka dan Haikal dengan segeranya memapah Arif menuju ke kereta Airel , Airel dan Dani sudah berada didalam kereta dan bersedia untuk bertolak . "Kaki kau ok tak bro?" tanya Airel . " Arif , berdarah tu" risau Dani . Haikal membuka bajunya dan menggunakan bajunya itu untuk menutup luka yang ada pada kaki Arif , Baju Haikal slimfit saiz M jadi memada'i apabila diletakkan dikaki Arif , Haikal mengikat bajunya supaya kekal menutupi kaki Arif , Arif terharu dengan tindakkan Haikal walaupun sudah hilang ingatan tetapi sifatnya kekal sama seperti dulu . Airel menghulurkan baju yang berada di dalam laci keretanya kepada Haikal . Haikal memakai baju itu , Baju yang diberikan kepada Haikal itu adalah baju yang dibawa Haikal untuk diberikan kepada Arif sebelum Haikal kemalangan , Airel menjumpai baju itu dan menyimpannya . Haikal yang sudah memakai baju itu melihat ada darah yang sudah kering pada baju itu , kepala Haikal berdenyut dan mulai menyakiti Haikal . Di dalam kepala Haikal terbayang sesuatu kejadian dan memperlihatkan Haikal yang sedabg terbaring di tepi jalan sambil menyaksikan keretanya terbakar . Haikal meronta dan pengsan di pangkuan Arif . Arif yang pada masa itu hairan dan bertanya "Jadi betullah sebelum ni korang dua pernah burjumpa?" , Airel terkedu sambil memandu , apa yang boleh dilakukan oleh Airel ialah menipu dan berlakon seperti tidak tahu apa² . Arif menatap wajah Haikal yang ada pada pangkuan nya dan berbisik . "Kau tak patut berterima kasih masa kita mula² rapat dulu Kal".

Beberapa jam kemudian kereta yang dinaiki mereka tiba² berhenti . "Alamak dah habis minyak pulak" Keluh Airel. Haikal terjaga dan bangun daripada pangkuan Arif . "Kau ok Kal?." Soal Arif . Haikal memegang kepalanya yang masih sakit itu dan tidak menjawab pertanyaan Haikal . "Kita terpaksa jalan dan cari tempat yang selamat sekitar sini." Kata Airel . "Eh ini sekolah kau lah Rif." Kata Dani selepas melihat sekeliling daripada dalam kereta . Sekolah yang dikata oleh Dani terletak diseberang jalan daripada tempat kereta mereka berhenti . Suasana kawasan tersebut sunyi sepi dan tidak kelihatan seekor pun zombi . Mereka merancang untuk berlindung disekolah itu . Arif yang pada masa itu sedar akan kelakuan pelik Haikal bertanya "Kal, kau ok tak ni?." Soal Arif sambil memegang bahu Haikal . "Aku ok" jawab Haikal ringkas . "Jom lah kite ke sekolah tu kita tinggal dan bermalam di situ untuk satu hari. " Jelas Airel .

Mereka perlahan-lahan membuka pintu kereta dan keluar . Mereka melihat sekeliling memastikan bahawa tiada zombi berhampiran mereka . Kawasan itu sunyi tanpa sebarang bunyi. "Sunyinye wehh , teruknya virus zombi ni merebak." Kata Dani . Mereka memulakan langkah mereka berjalan menuju ke sekolah yang berada diseberang jalan tersebut . "Virus ni merosakkan fikiran manusia dan membuatkan mereka jadi tak waras." Jelas Airel .

Sudah tiba di pintu pagar sekolah tersebut mereka dapat melihat beberape ekor zombi yang berkeliaran di dalam kawasan sekolah tersebut daripada luar pintu pagar. "Haih peluru aku dah lah tak cukup, banyak pulak mahkluk ni dekat sini haih" Keluh Airel . "Jangan bagi mereka nampak kau daripada dekat , nanti mereka kejar." Jelas Arif . "Macam mana kita nak melepasi dorang ni?" Soal Haikal .


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập