Tải xuống ứng dụng
70.45% Di mana aku sekarang? / Chapter 31: Jemputan

Chương 31: Jemputan

Loceng telah berbunyi menandakan rehat tengah hari.

"Eh? Minori-chan nak ke mana? Tak nak makan bento dengan kami ke?" kata Kazuo sambil mengeluarkan bentonya.

"Gome, saya tak bawa obento hari ni." kata Minori.

"Takpe, saya ada bawa lebih." kata Kazuo sebelum mengeluarkan obento lebihnya.

"Eh.. banyaknya!" kata Akira.

"Ehehe, saya masak sendiri tau."

"Eh masak sendiri... mesti tak sedap ni." kata Akira bergurau.

"Akira-chan, tak baik cakap macam tu tau." kata Yu-kun yang sedang duduk di sebelahnya.

"Hehe, gurau je lah." kata Akira.

"Baiklah, saya minta diri dulu." kata Minori sebelum pergi dari situ.

"Kenapa dengan dia tu? Dia nampak tergesa-gesa." kata Yu-kun.

"Sebenarnya, hujung minggu ni ada konvensyen buku di bandar. Dia nak ajak saya pergi tapi.. saya ada urusan penting nak diselesaikan." kata Akira.

"Dia pun ada ajak saya.. yelah, saya kena pergi ke Tokyo untuk melawat ayah saya yang tengah sakit." kata Kazuo.

Mereka berdua memandang ke arah Yu-kun.

"Eh, saya pun perlu siapkan kerja rumah." kata Yu-kun.

"Kalau begitu.. kita harap Rin je lah." kata Akira.

Minori sedang berjalan di korridor. Kelibat Rin tidak kelihatan di mana-mana. Dia kemudian pergi ke Bilik kelab hobi yang terletak tidak jauh dari kelas mereka. Sedang dia berjalan ke sana, kelihatan Itsuka-san berada di pintu masuk bilik Kelab Hobi. Itsuka seperti sedang mencari seseorang.

"Itsuka-san?"

"Eh, Minori. Apa awak buat kat sini?" kata Itsuka-san.

"Saya pun baru nak tanya perkara yang sama pada awak." kata Minori.

"Sebenarnya...." Alamak, tak boleh bagitahu dia yang saya tengah cari Rin. Itsuka teringat semula kejadian semasa mereka berada di Malaysia dulu.

"Itsuka-san?" kata Minori. Dia pelik dengan Itsuka yang tiba-tiba sahaja berhenti bercakap.

"S..saya ada kerja nak buat. Pergi dulu." kata Itsuka sebelum berlalu pergi.

"Peliknye.." kata Minori sebelum menyambung pencariannya.

Hanya tinggal satu tempat lagi yang Rin selalu pergi selain dari kafeteria dan bilik Kelab Hobi iaitu bumbung. Minori bergegas ke sana. Masa semakin suntuk. Dia sampai di pintu ke bumbung. Dia terserempak lagi dengan Itsuka.

"Eh, apa awak buat kat sini? Bukanke awak cakap tadi awak ada kerja nak buat?"

Itsuka menunjukkan isyarat untuk senyap. Kedengaran Rin sedang bercakap dengan Okumura-san. Minori dan itsuka berhimpit-himpit hendak mendegar perbualan tersebut sehinggalah pintu tersebut terbuka.

"Eh? Minori-chan, Itsuka-san.. apa kamu berdua buat kat sini?" kata Rin.

"Saya cari awaklah." kata mereka berdua serentak.

"Eh? Cari saya.. kenapa pula?" Rin hairan.

"Kk...kalau awak sibuk takpelah.. saya pergi dulu." kata Itsuka-san.

"Itsuka-san.." Rin cuba memanggil Itsuka namun dia telah berlalu pergi.

"Rin-kun, esok awak free tak?" tanya Minori.

"Esok, saya nak baiki komputer Kagamine-sensei dengan Okumura-san. Kenapa?" kata Rin.

"Er, takpelah.. kalau begitu." Minori agak sedih dengan jawapan Rin. Tapi dia cuba menyembunyikan kekecewaannya dengan senyuman palsu. "Awak berseronoklah dengan Okumura-san." sambungnya sebelum berlalu pergi ke kelas.

"Kenapa dengan mereka tu?" kata Rin kebingungan.

"Rin, nampaknya awak tak sedar yang awak ada ramai peminat." bisik hati Okumura.

Keesokannya, Rin sedang berada di biliknya sedang membuka casing System Unit PC milik Kagamine-sensei yang rosak. Loceng pintu berbunyi. Kagamine-sensei membuka pintu.

"Oh, kamu rupanya Okumura. Masuklah." kata Kagamine-sensei.

Wah, ini pertama kali saya datang ke rumah Kagamine-sensei.. Eh? Okumura menyedari yang Rin tidak berada di ruang tamu.

"Mana Rin-kun?" tanya Okumura.

"Dia ada kat dalam bilik dia."

Okumura pergi ke bilik yang jelas terpampang nama Rin pada pintu. Dia mengetuk pintu tersebut.

"Rin-kun, boleh saya masuk?" tanya Okumura, sopan.

"Er, masuklah."

Sebaik sahaja dia membuka pintu, kelihatan Rin sedang memeriksa bahagian dalaman System unit.

"Eh awak dah buka?"

"Ye, saya ingat senang je nak baiki. Rupanya ia di luar kemampuan saya." jelas Rin.

Tanpa membuang masa Okumura terus memeriksa system unit tersebut. Tiada komponen yang rosak kelihatan.

"Apa masalah komputer ni?" kata Okumura. Dia agak bingung.

"Komputer ni tak dapat on. Rasanya kipasnya pun tak berpusing."

"Kipas? Yang mana satu?" Rin kurang faham.

"Dua- dua kipas power supply dengan heat sink." jelas Okumura.

Okumura kemudian mengeluarkan power supply system unit tersebut dan mengujinya.

"Nampaknya power supplynya dah rosak. Mungkin terkena spike."

Disebabkan Okumura menggunakan istilah komputer, Rin kurang memahami apa yang dicakapkan oleh Okumura-san. Okumura menukar power supply tersebut dengan power supply yang baru. Akhirnya komputer tersebut dapat dihidupkan.

"Wah, sughoi.. awak memang hebat." kata Rin.

Okumura blush kerana menerima pujian dari orang yang disukainya. "Takdelah, saya ni biasa-biasa je."

Rin bertanya kepada Okumura tentang bagaimana dia boleh pandai dalam membaiki komputer.

"Ayah saya ada kedai komputer. Saya selalu tolong dia membaiki komputer."

"Oh begitu."

Telefon Rin tiba-tiba sahaja berbunyi.

"Helo?"

"Helo, Rin. Akira ni. Minori ada beritahu awak ke?"

"Eh, beritahu apa?"

"Ish, Minori ni tak pernah jujur dengan diri sendiri." bisik hati Akira.

"Helo?" Rin cuba mendapatkan respons dari Akira. "Beritahu apa Akira?"

"Dia sebenarnya nak ajak awak pergi ke konvensyen buku hari ni. Kami semua tak dapat pergi, jadi boleh tak awak temankan dia?"

"Kenapa tak beritahu awal-awal. Baiklah kalau begitu. Arigato sebab beritahu saya." kata Rin.

"Takde masalah Rin." kata Akira sebelum meletak telefon.

"Gome Okumura-san. Saya ada hal kat bandar." kata Rin.

"Eh, takpe. Saya pun dah nak balik ni." balas Okumura.

Rin kemudian bersiap untuk ke bandar. Dia agak tergesa-gesa. Konvensyen buku tersebut berada agak jauh dari rumah Kagamine-sensei. Dia terpaksa menaiki bas untuk pergi ke sana.

Minori datang ke konvensyen tersebut keseorangan. Dia membayangkan situasi di mana dia dan Rin berjalan bersama-sama dalam konvensyen tersebut. Dia mengelengkan kepala.

"Tak tak, ia tak mungkin berlaku. Lagipun dia sedang sibuk bersama dengan Okumura sekarang ni." Minori bermonolog.

Kedengaran seseorang tangah memanggil namanya dari jauh.

"Rin-kun?"

"Kenapa tak beritahu awal-awal?" tanya Rin.

"Gome. Saya rasa membantu Okumura lagi penting jadi sebab itulah..."

"Tak, semua kawan saya penting bagi saya. Lagipun kerja kami dah siap jadi bolehlah saya temankan awak." kata Rin.

Hati Minori melonjak gembira.

"Jadi awak minat buku ye." kata Rin.

Minori hanya mengangguk. Dia seperti menyembunyikan sesuatu dari Rin. Mereka bersiar-siar di sekitar konvensyen tersebut. Akhirnya mereka tiba di kawasan pameran dan gerai jualan komik. Sesuatu telah menarik minat Rin untuk ke gerai tersebut.

"Wah! Ini ialah komik Under 18 lah.. tak sangka ada juga kat sini." Rin teruja. Dia memang peminat komik karya anak Malaysia.

Tanpa berfikir panjang dia terus membeli komik tersebut. Rin berpuas hati dengan pembeliannya.

"Tak sia-sia saya datang ke sini hari ni kan Minori."

Minori hanya membalas dengan senyuman yang manis. Rin menyedari yang Minori asyik melihat jamnya dari tadi.

"Awak tunggu seseorang ke?" tanya Rin selepas melihat gelagat Minori yang asyik melihat jam tangannya.

"Eh, takdelah."

"Dah sampai masanya.."

"Er, Rin-kun.. Jom." Minori memimpin tangan Rin.

"Eh? Nak ke mana?"

Minori tidak menjawab pertanyaan Rin dan terus sahaja memimpin Rin.

Setelah berberapa ketika berjalan, mereka tiba di dewan. Ramai orang sedang berkumpul di sana. Ia adalah Majlis Anugerah Penulis dan Pekomik Muda. Kedengaran berberapa orang pemenang telah diumumkan. Mereka mengambil tempat duduk di tengah dewan.

"Mungkin ada penulis kegemaran dia kat sini." bisik hati Rin.

"Johan bagi Penulis Muda kategori wanita ialah,..." Semua penonton menunggu dengan berdebar. "Aoko Minori! Dengan tajuk novelnya iaitu Cinta Dari Laut China Selatan."

Rin terkejut dengan pengumuman tersebut. Tanpa berlengah Minori mengambil anugerahnya. Setelah mengambil berberapa gambar dia kembali semula duduk di sebelah Rin.

"Awak menulis novel? Sejak bila lagi?"

"Sejak saya jatuh hati dengan awak.." kata-kata itulah yang bermain dalam fikiran Minori pada masa itu. "Sejak awak ditahan di hospital." Namun kata-kata itu yang keluar dari mulutnya.

"Oh, begitu." kata Rin sebelum menundukkan pandangannya.

"Ss..saya tak bermaksud nak.. kembalikan memori pahit awak."

"Er, takpe hehe.."

Tidak lama kemudian nama seorang lagi rakan mereka iaitu Itsuka dinobatkan sebagai johan Pekomik Muda kategori wanita. Itsuka berjalan menuju ke tempat duduk Rin.

"Rin-kun! Yeay saya menang!" kata Itsuka kegembiraan.

"Eh, awak rupanya Itsuka-san. Tak sangka awak ni berbakat juga ye." puji Rin.

"Takdelah biasa-biasa je." kata Itsuka tersipu-sipu malu.

Tidak lama kemudian, Akira dan Orihara menyertai perbualan mereka.

"Eh, Yu dan Akira pun datang juga? Bukankah kamu ada urusan penting hari ni?"

"Hehe ye, sebenarnya saya baru ingat yang saya pun ada hantar penyertaan." kata Akira.

"Saya pula baru je siapkan kerja terus saya dapat panggilan dari Akira suruh saya temankan dia untuk ke sini."

"Hehe, ala saguhati je." kata Akira malu-malu.

"Oklah tu." kata Minori.

"Yosh! Jom celebrate di kafe Kagamine-sensei." Ajak Rin.

"Yosh, Jom!" kata Orihara.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C31
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập