Tải xuống ứng dụng
68.75% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 11: Tengku Sadiq memulakan rancangan jahatnya.

Chương 11: Tengku Sadiq memulakan rancangan jahatnya.

Setelah 2 hari berehat dikamar Puteri Faridah, kini Hang Nadim sudah mula melakukan senaman harian yang tidak pernah dia tinggalkan dikala dia sihat dahulu.

Dalam kesibukan dia memanaskan badan dan meregangkan otot, Hang Nadim tidak perasan akan kehadiran Tuan Puteri Faridah yang kini berdiri dibelakangnya, terlalu hampir hingga pada satu ketika Hang Nadim merasa ada seseorang memerhatinya dari belakang tetapi tidak sempat mengelak kerana Tuan Puteri Faridah sudah pun merangkul tubuh Hang Nadim dari belakang.

Terdiam kaku Hang Nadim tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan reaksinya, saat Tuan Puteri Faridah memeluknya dari belakang, Hang Nadim dapat mencium bau yang sangat wangi seakan-akan wangian dari bunga segar dari tubuh Tuan Puteri Faridah, dia juga tercium bau harum tubuh seorang gadis dari jarak dekat dengan baunya yang tersendiri, lalu untuk mengeluarkan Hang Nadim dari situasi kaku dia mengujarkan satu gurauan jenaka pada sang Puteri,"Tuan Puteri, patik rasa tuan puteri harus lepaskan patik sekarang, tiba-tiba perut patik rasa meragam, patik rasa macam nak buang angin", kata Hang Nadim, terdengar dari gurauan Hang Nadim, Tuan Puteri Faridah terkejut dan cuba untuk melepaskan rangkulannya tapi tidak disangka disaat tuan puteri cuba untuk melepaskan rangkulannya dari tubuh Hang Nadim. Hang Nadim sempat mencapai pergelangan tangan kanan Tuan Puteri dan secara tidak sengaja tertarik tuan puteri ke arah Hang Nadim secara muka bertemu dengan muka membuatkan Tuan Puteri Faridah tersipu-sipu malu kerana kini tubuh mereka terlalu rapat antara satu sama lain.

Terasa nafas Hang Nadim membelai lembut wajah Tuan Puteri Faridah, Hang Nadim terkesima sebentar lalu mengangkat kedua-dua tangannya keatas dan berkata,"ampun tuan puteri, patik tidak sengaja".

"Tidak mengapa, perkara kecil sahaja", jawab tuan Puteri dengan bersahaja.

"Ampun, Tuan Puteri, patik ingin memohon mengundur diri pulang ke desa ingin bertemu kedua orang tua patik, sudah agak lama patik meninggalkan mereka dikampung halaman tanpa khabar berita setelah patik menyandang jawatan Dato' Panglima, rindu rasa dihati ingin melihat wajah mereka, ampun tuan puteri".

" Oh!, Dato' mahu pulang berjumpa dengan orang tua Dato', boleh, tetapi dengan satu syarat!".

Hang Nadim terkejut apabila permintaan pulang ke kampung halamannya diterima baik oleh tuan puteri tetapi terkejut apabila mendengar jawapan seterusnya lalu bertanya," apakah syaratnya tuan puteri, jika ianya memudahkan hamba dan juga pihak tuan puteri patik tidak akan menolak".

"Maaf, tapi kali ini syaratnya tidak boleh ditolak, janji dengan beta yang kamu akan bersetuju dengan apa jua syarat yang beta akan kemukakan tanpa bantahan".

{" Adui ai ni yang payah ni, bagi syarat tapi tak boleh tolak baik kau cakap ni arahan je tak pun titah perintah, sabar je la"}, bisik Hang Nadim.

"Patik menjunjung perintah!, jawab Hang Nadim.

" Syaratnya, kamu, Dato' Panglima harus berjanji untuk membawa beta sekali pulang kekampung halaman Dato', "bagaimana dato'? Hang Nadim mula berkerut dahinya apabila mendengar syarat yang diberikan oleh Puteri faridah, " patik tidak berani memberi kata putus tanpa persetujuan Yang Mulia Sultan Sariffuddin Shah sendiri, ampunkan patik, tuanku".

"Tidak mengapa, Beta benarkan kamu menyetujui apa jua syarat yang Anakanda beta usulkan kepada kamu Dato' Panglima", kata Sultan Sariffuddin Shah yang secara tiba-tiba muncul dikamar Tuanku Puteri Faridah tanpa makluman hulubalang yang menjaga pintu kamar Tuan Puteri, Puteri Faridah terkejut dan dengan segera menunduk hormat pada ayahandanya dan diikuti oleh Hang Nadim sendiri.

" Baiklah, tuanku kalau begitu patik sedia menjunjung perintah!, apakah syaratnya Tuanku Puteri, sila kemukakannya", jawab Hang Nadim.

"Syaratnya, kamu perlu membawa dan mengiringi Beta pulang kekampung halaman Dato' bagaimana dengan syarat yang Beta kemukakan? tanya tuan Puteri dengan gembira.

Hang Nadim menoleh kearah Tuanku Sultan Sariffuddin dimana dia mendapat isyarat persetujuan darinya sendiri, Hang Nadim hanya mampu mengeluh didalam hati dan bersetuju dengan syarat yang diberikan, dan hal yang berlaku itu diketahui dengan pantas ke telinga Tengku Sadiq dan dengan segera merencanakan rancangan jahatnya untuk menculik Tuanku Puteri Faridah dan juga menghapuskan Hang Nadim sama sekali dalam waktu yang sama.

Setelah 4 hari persediaan berangkatnya rombongan Tuanku Puteri dan Dato' Panglima pulang ke kampung Durian Berkembar.

-------------------------------

Hang Nadim mengetuai pasukan rombongan pulang ke kampung halamannya dengan kekuatan 30 orang dari angkatan khas tentera melaka yang dilatih sendiri oleh Hang Nadim dengan dibekalkan senjata jenis M1 Garand yang digunakan oleh tentera amerika ketika era perang dunia kedua, jenis semi-automatic rifle 30-06 kaliber, dengan saiz peluru (7.63x63mm) 30-06' springfield dengan kapasiti peluru yang sudah dinaik tarafkan kepada 42 butir peluru, Hang Nadim bina semula senjata ini dan mengajar cara penggunaan senjata ini kepada unit khas angkatan tentera melaka sebelum kedatangan tentera penjajah lagi, Hang Nadim dapat merasakan suatu perkara akan terjadi dalam perjalanan mereka pulang ke kampung halamannya dan memang betul kerana secara tiba-tiba sistem s-19 mengeluarkan arahan misi yang harus Hang Nadim selesaikan, (*AMARAN BERJAGA-JAGA PADA PENGGUNA! MISI TERSEMBUNYI TELAH DIAKTIFKAN!

PENGGUNA HARUS MENYELESAIKAN MISI INI DENGAN JAYANYA ATAU TINDAKAN PENALTI AKAN DIKENAKAN KEATAS PENGGUNA!

*MISI* LINDUNGI KESELAMATAN PUTERI TANPA BERLAKUNYA KECEDERAAN MAHUPUN KECELAKAAN TERHADAP TUAN PUTERI DAN JUGA ANGKATAN KHAS DARAT TENTERA MELAKA!

GANJARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

*GANJARAN PENGALAMAN 150,000 EXP

*POIN SKIL 100

* 5 KUASA TERPILIH DARI MANA-MANA HERO DALAM ADAPTASI FILEM MAHUPUN ANIMASI YANG DIKETAHUI OLEH PENGGUNA.

* POIN GACHA TIKET KHAS SEBANYAK 100X KEPING

PENALTI

---------

* PENGGUNA AKAN DITURUNKAN TAHAPNYA SEBANYAK 5X

*PENGGUNA MUNGKIN AKAN BERHADAPAN DENGAN KECEDERAAN YANG MEMAKAN MASA SEMBUH HAMPIR SETAHUN ATAU PULANG TERUS KE MASA ASAL PENGGUNA ATAUPUN KEDUA-DUANYA SEKALI DAN HILANG KESEMUA KUASA KHAS YANG ADA PADA PENGGUNA SEBELUM INI KECUALI ILMU PERSILATAN YANG DIPELAJARI SENDIRI OLEH PENGGUNA*.

*HARAP MAKLUM*

" Cis, dahsyat betul penalti dia, mana boleh macam ni, ini tidak adil!" , bentak Hang Nadim dalam hatinya.

"Anggota, aku mahu semua anggota siap siaga dalam perjalanan panjang kita ini, aku tidak mahu apa-apa kecelakaan berlaku faham!?

" Faham! Tuan!", balas kesemua angkatan khas darat tentera melaka.

Dengan berbekalkan senjata dan juga ilmu tempur yang diajar sendiri ileh Hang Nadim mereka melangkah dengan teratur dan siap siaga mengiringi rombongan keberangkatan Tuan Puteri, dengan berbekalkan pakaian perisai seakan-akan pakaian perisai samurai dengan perisai bahu seakan-akan perisai kuno tentera kesatria inggeris dan helmetnya, mereka berkawat dalam keadaan teratur menuju ke destinasi yang dituju, Tengku Sadiq sudah mula bergerak bersama kuncu-kuncunya yang terdiri dari kalangan penjenayah paling dikehendaki oleh pihak istana sendiri, menyusup dengan senyap mengekori rombongan tersebut dari jauh.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C11
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập