Tải xuống ứng dụng
25% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 4: Chapter : Semutar Dengkil ketua 30 penyamun bukit.

Chương 4: Chapter : Semutar Dengkil ketua 30 penyamun bukit.

Pengawal pertama memberi isyarat dengan melangut kepalanya kekiri, lalu pengawal kedua berlalu dari tempatnya berdiri memasuki kampung durian berkembar, setelah beberapa puluh nafas pengawal kedua keluar kembali ke posisi asalnya dengan diikuti 2 orang yang kelihatan sudah agak berusia, tiba-tiba terdengar esakan dari perempuan tua itu dan kedengaran dia berkata," itu, kau ke Nadim, anak mak"?, tanya perempuan tua itu, Nadim terus berlari kearah ibunya dan memeluk erat ibunya bagi melepaskan rindu selama 4 tahunnya itu, dia mencium pipi dan dahi ibunya dengan kasih sayang, "Mak, Mak sihat"?, Nadim dah balik mak, Bapak, Bapak sihat"? tanya Nadim dengan gembira, lupa seketika 2 orang pengawal yang tadi menahannya. Pak Busu hanya mampu tersenyum, terlihat dalam matanya yang dia gembira dengan kepulangan anak tunggalnya, Mak Piah pula berlinangan air matanya melepaskan rindu 4 tahun berpisah dengan anak kesayangannya," Kau dah besar Nadim, tinggi lampai sudah kamu Nadim, mak terkilan tak dapat melihat kau membesar dengan mata mak sendiri", kata Mak Piah.

"Sudah!, jangan kau berseloka didepan mata kami, berambus semula kerumah kau semua, jangan mengganggu disini, pergi! , kata pengawal yang pertama tadi dengan kasar.

Saat itu Nadim sudah bersedia untuk menyerang pengawal pertama tadi tapi dia ditahan oleh kedua orang tuanya, dimana mak piah menarik lengan baju Nadim dan bapanya menahan bahu Nadim lalu menggelengkan kepalanya. Mak Piah memimpin erat lengan kiri Nadim, Pak Busu merangkul erat bahu dan leher Nadim sambil berbisik mententeramkan gelodak didalam hati anaknya Hang Nadim, mereka mengheret Nadim pulang kerumah mereka, apabila Nadim terlihat teratak kecil rumahnya, dia terus meluru kedalam rumahnya melihat sekeliling dalam rumahnya melepaskan rasa rindu lamanya. Akhirnya Nadim duduk dan bersandar didinding beranda rumahnya, lalu dia membuka mulutnya bertanya apa yang telah terjadi dikampungnya semasa ketiadaannya.

Pak busu menceritakan kesemuanya kepada Nadim satu persatu dengan padat isi maklumatnya, " mereka semua adalah penyamun gunung dari gunung dengkil, masing-masing berilmu dan ketuanya ialah Semutar Dengkil seorang yang sangat ganas dan bernafsu binatang, sudah banyak anak gadis sunti kampung ini diperkosanya berkali-kali sehingga dia puas lalu diberikan pula kepada orang-orang bawahannya sehingga meragut nyawa anak gadis sunti kampung kita, kini tinggal beberapa belas sahaja gadis sunti yang masih tidak disentuh dan dipenjarakan oleh mereka dirumah Tok Ipin, mereka sudah berada disini sudah hampir 3 purnama, Tok ipin sudah pun menghantar 4 orang suruhannya membawa khabar berita dan memohon bantuan, tetapi 3 daripadanya mati diketahui oleh Semutar Dengkil akan niatnya, Tok Ipin sudah mati dibunuh oleh Semutar dengan menjerut leher Tok Ipin dengan rantai lalu digantung terbalik dipohon sena sebelah rumah Tok Ipin sendiri.

Kini barulah Nadim tahu mengapa tiada khabar berita dari kampungnya hampir 2 purnama setengah, rupanya ini yang berlaku, Nadim menumbuk telapak tangan kanannya dengan geram, Tok Ipin itu juga ibarat guru padanya, sayang dia juga sudah tiada, jiwa Nadim mula membara dengan penuh rasa amarah tetapi dia segera tenangkan dirinya dan mula mengatur langkah untuk membebaskan kampungnya dari cengkaman lanun darat. Lalu Nadim meminta mengundur diri lalu berbaring dikamarnya sambil memikirkan strategi, akhirnya dia membuka Status Display lalu menuju ke arah "Inventory" disitu dia terlihat 480 peti yang tidak pernah dibukanya, lalu dia mengambil keputusan untuk membuka 10 peti dahulu.

*TAHNIAH*

*HOST MENDAPAT*

- STR BOOSTER POTION SSS CLASS 4X

- SAIYAN BLOODLINE

- SAITAMA 100% SUPER GENETIC

- KAMEN RIDER BLADE BELT

- KAMEN RIDER KIVA VAMPIRE BAT BELT

- KAMEN RIDER GHOST BELT

- KAMEN RIDER AGITO

"Hah! dah kenapa banyak sangat barang kamen rider ni, aku tau lah dulu aku peminat kamen rider tapi janganlah sampai macam ni sekali".

" Hampeh punya sistem macam perli aku jer".

Tempak Nadim didalam hatinya. "Ahh!..biarkan sahajalah nanti tahulah apa aku nak buat dengannya nanti, tapi rasa macam tak cukup pulak, kena tambah lagi ni bagi cukup 6 tali pinggang, boleh buat " team" power rangers kamen rider, hehehehehehe". Nadim ketawa apabila terfikirkan idea bernas didalam kepalanya.

"Buka lagi 2 peti s19", kata Nadim dalam hatinya, lagi 2 peti dibuka.

*TAHNIAH*

*HOST MENDAPAT*

- KAMEN RIDER GAIM BELT

- KAMEN RIDER KABUTO BELT

" Cantik, dapat lagi 2 cukup korem aku nak buat team power rangers aku hihihihi...lepas ni akan muncullah lagenda 6 bersaudara bertopeng heheheheh....ketawa riang Nadim didalam hatinya.

Hang Nadim bingkas bangun dari pembaringannya lalu bergegas keluar dan duduk diberanda lalu dia duduk mengadap Pak Busu dan Mak Piah lalu Nadim membuka mulutnya lalu berkata, "Bapak, Mak, Nadim nak bertanya Bapak dan Mak nak tak kampung kita ni kembali aman seperti sediakala tanya Hang Nadim pada ibu dan bapanya, tanpa teragak-agak mereka menganggukkan kepala mereka. " Kalau begitu malam ni Mak dan Bapak jangan keluar dari rumah walau apa pun mak dan bapak dengar, beritahu kepada semua orang-orang kampung, tahulah bagaimana nadim ajar mereka semua.

Mak Piah mula mengerutkan dahinya dia mula risaukan keselamatan anaknya nadim, Tapi Nadim cuma tersenyum sambil berkata, "Usah bimbang mak, anak mak Nadim sekarang sudah bergelar pendekar, mak usah bimbang rencanakan perkara ini kepada kesemua orang kampung". kata Nadim kepada Ibu dan Bapanya, nak tak nak mereka terpaksa akur dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh anaknya, Nadim bergegas kedalam biliknya lalu memakai pakaian serba hitam, dia juga mengambil beberapa perca kain hitam mengikat kepala dan mukanya kecuali mata melindungi rupa wajahnya.

Kini dia menunggu dengan penuh sabar ketibaan waktu malam.

Setelah sekian lama menunggu waktu malam tiba, kini sudah tiba masanya.

Hang Nadim berjalan seorang diri, dia menutup wajahnya dengan kain hitam hanya matanya sahaja terlihat diwajah yang diselubungi kain hitam. Berjalan secara perlahan menuju kerumah tok ipin dimana rumah itu dijaga rapi oleh 50 orang penyamun yang tidak tahu dari mana datangnya baki lagi 20 orang. Disaat itu, Hang Nadim berjalan lagi 25 langkah dan akhirnya dia berhenti. betul-betul ditengah laman rumah tok ipin.

Disaat dia berhenti ditengah laman saat itu jugalah kesemua yang ada dirumah tok ipin itu mula kaget dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Hang Nadim hanya berdiri memeluk tubuh sambil memandang kearah mereka semua dengan mata yang penuh kesumat memandang setiap wajah yang ada dilaman tok ipin, yang juga memandangnya kembali dengan penuh berhati-hati.

Hang Nadim mengira kesemuanya dan akhirnya dia bersuara, " mana ketua kamu semua, semutar dengkil? tanya Hang Nadim.

"Hah! seorang lagi mahu menjadi pendekar, " hahahahaha", seorang lagi bakal mati dalam mahu menunjuk jiwa pendekar", jawab suatu suara dari dalam rumah, secara perlahan bunyi suara semakin kuat semakin dekat dan akhirnya dia memunculkan diri di jendela," akulah Semutar Dengkil, kau mahu kepala aku bukan?, kau perlu tempuhi orang bawahan aku dahulu"! jawab Semutar Dengkil dengan isyarat tangan.

Lalu kesemua yang ada dikeseluruhan laman dan rumah tok ipin mula mengeluarkan suara galak dan lantang sebelum mula mengorakkan langkah pantas berlari kearah Hang Nadim dengan bersenjatakan parang, kapak dan badik.

"Ahhhhhhh...."

Hang Nadim mula membuka langkah, "Jurus Cakar Helang Mas Beliung Kematian", Hang Nadim mengepakkan lengannya dengan tangannya berubah bentuk seperti cakar helang, lantas dengan momentum dari tempatnya berdiri dia memecut pantas sambil berpusing laju seperti beliung menyerang sekumpulan penyamun, 6 orang menjadi korban dengan hasil serangannya, Hang Nadim tidak mahu melewatkan langkahnya, lalu dia terus berundur beberapa langkah kebelakang, lalu dia mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya, terlihat suatu logam berwarna perak kelam didalam genggaman tangan kanannya kelihatan dalam bentuk yang aneh membuat kesemua penyamun mula teragak-agak untuk bertindak, " sudah masanya aku habiskan riwayat sampah masyarakat macam kamu semua, itupun kalau kamu tahu apa itu ertinya "sampah masyarakat", kata Hang Nadim.

Hang Nadim melipatkan tangan kirinya mengadap didadanya lalu tangan kanannya yang memegang logam berbentuk pelik lalu ditujah satu bahagian yang ada pada logam tersebut yang kelihatan seperti taring mencucuk tangan kirinya, secara tiba-tiba dia membaling logam tersebut keudara lalu dia menjerit," Henshin!".

Didalam hati Hang Nadim,"(hahahahaha berjaya, memang ada gaya kamen rider kiva aku ni hahahaha")

Disaat perkataan Henshin disebut, timbullah bulan purnama berwarna merah, kelihatan muncul secara tiba-tiba dilangit hitam, muncul secara tiba-tiba rantai perak mengelilingi lengan kiri dan peha kanan Hang Nadim dan akhirnya menjadi suatu bentuk, Hang Nadim kelihatan terapung diudara buat sementara dan akhirnya kembali ketanah dimana tanah yang dipijaknya itu tenggelam dan berbentuk seperti logam ditangannya sebelum itu, kini Hang Nadim sudah berubah sepenuhnya menjadi, "Kamen Rider Kiva"!

Secara tiba-tiba Hang Nadim bersuara," Dengan kekuatan bulan akan menghukummu"!. ( eh...kejap tu bukan ayat dalam anime sailormoon ke?)


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C4
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập