Tải xuống ứng dụng
40.54% Kerana Sayang / Chapter 14: Hantu Durian

Chương 14: Hantu Durian

Kenderaan 'Buggy' yang dipandu berhati-hati pekerja lelaki itu melalui jalan-jalan kecil yang dikelilingi kehijauan alam dan bunyi burung dan unggas.

Jane dan Zein yang duduk di tempat penumpang sibuk merakam pemandangan di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Zein tak pernah menolak ataupun mengeluh dengan perangai Jane.

Bagi dia kegembiraan Jane, kebahagiaan dirinya juga.

Senyuman dan gelak ketawa Jane sudah cukup membuatkan harinya cerah.

Zein memandang setiap tingkah Jane sepanjang perjalanan mereka ke cafe sambil tersenyum.

Setiap kali Jane menoleh memandangnya Zein akan berlakon seolah2 tiada apa. Pandang tempat lain lah. Tiba-tiba bercakap tentang lain lah. Nak cover.

Jane terlalu hyper mengambil gambar sehinggakan apabila kenderaan 'Buggy' itu melalui bumper, dia hampir terjatuh.

"Mak!" melatah Jane kerana terkejut.

Nasib baik Zein tangkas mengenggam tangannya dan menariknya duduk dekat di sisinya.

Pekerja itu dengan pantas memberhentikan kenderaan'Buggy' itu apabila mendengar jeritan Jane yang hampir terjatuh.

Kedua pekerja itu menoleh risau ke arah Jane.

Wajah Zein tiba-tiba menjadi kelat. Tegas. Tiada lagi senyuman.

Jane menjadi serba salah. Dia memandang ke arah pekerja-pekerja itu.

'Macam mana ni?'

'Dia dah marah..'

Walaupun Jane tidak bersuara dan Hanya memandang ke arah mereka berdua, tetapi pekerja itu memahami perasaanya ketika itu.

Jane menarik-narik perlahan hujung baju Zein.

Cuba untuk menarik perhatian Zein supaya memandang ke arahnya. Namun sedikit pun Zein tak kisah.

"Kita gerak semula ya" kata pekerja lelaki itu serba salah.

Setibanya mereka berdua di hadapan cafe, pekerja itu membawa mereka ke meja makan yang menghadap pemandangan laut.

Zein berjalan di hadapan sekali meninggalkan Jane di belakang.

Jane terasa seperti ingin menangis. Namun dikuatkan hatinya supaya tidak menangis.

Setelah duduk menghadap satu sama lain, pekerja-pekerja itu memberikan menu sarapan dan menunggu pesanan dari mereka berdua.

"Em..Saya nak 2 keping roti bakar dengan strawberry jus je.. Thanks" kata Jane perlahan. Dia sudah hilang selera apabila Zein marah terhadapnya.

Jane menunduk. Dia cuba menatap wajah Zein tapi Zein mengalihkam mukanya ke arah lain.

Jane terasa.

Setelah mendengar setiap pesanan yang Jane pinta. Zein pun oderkanlah makanan kesukaan Jane. Pancake dengan pastries.

Marah-marah pun dia sayang.

"Coffee, pancake, pastries dengan telur separuh masak. Tu je, thanks.." kata Zein mendatar.

Setelah kedua-dua pekerja itu beredar menyiapkan pesanan, Zein mengangkat wajahnya memandang ke arah Jane yang menunduk sedih.

Dia sebenarnya sangat terkejut dengan kejadian tadi. Sebab itu dia beremosi.

Sebab itu dia senyap saja setiap kali Jane cuba untuk bercakap dengannya.

Dia tak mahu memarahi Jane terutama sekali ketika pekerja itu ada bersama-sama dengan mereka berdua.

Zein bangun dan duduk di sebelah Jane.

Jane menoleh memandangnya.

Zein memegang kedua belah pipi Jane dan berkata sambil menatap dalam mata Jane.

"Sayang..Lain kali jangan buat macam tu lagi... Macam nak tercabut jantung saya tau tak? Hm?" kata Zein lembut sambil memandang lama Jane di sebelahnya.

Jane menganguk je.

Tangannya mengusap perlahan kepala Jane.

Tak mahu bersuara. Takut termenangis. Huhu.

Lemah hati bila kena marah dengan kesayangan.

Tak lama kemudian, sarapan mereka berdua tiba.

Pekerja-pekerja itu menghilangkan sarapan mereka di hadapan mereka berdua.

Mata Jane bersinar apabila melihat pancake dan pastries di hadapannya.

Jane memandang ke arah Zein dengan senyuman gembira.

Zein tergelak melihat telatah Jane.

Senang je buat Jane happy semula.

Zein menolak piring Pancake dan pastries ke arah Jane.

"Memang untuk awak pun... Saya tau awak suka makan dua-dua ni kan.." kata Zein sambil menyuapkan Jane pastries (mini donut pelbagai perisa) .

Jane mengangakan mulutnya dan mengunyah.

Dia menganguk mengiyakan sambil tertawa.

Zein mencubit manja pipi Jane yang penuh dengan makanan itu.

'Comel' hilang mood kelaut dia tadi bila melihat Jane kembali ceria.

Mereka bersarapan dengan penuh berselera sambil menikmati pemandangan laut.

Angin laut yang sepoi-sepoi membuatkan suasana pagi itu semakin bahagia buat mereka.

Habis saja semua pesanan tadi, mereka pun bergerak pergi dari cafe.

Zein mengenggam erat tangannya semasa mereka di dalam kenderaan'Buggy'itu.

Jane melihat genggaman tangan mereka berdua sambil tersenyum.

"Kita nak pergi mana lepas ni sayang?" tanya Jane teruja.

"Kita jalan-jalan dekat luar dulu nak? Adam bagi tahu yang dekat pekan sana ada jual durian. Awak kan hantu durian..." usik Zein sembil mengejek Jane.

"Ehhh....awak pon sama eh!" kata Jane geram sambil mencubit manja lengan Zein.

"Okay,okay.. sakitlah sayang. Kuku awak tu, awak asah pakai tempat asah pisau ke? Tajam oii." adu Zein sambil mengusap lengannya.

"Padan muka! Sakat lagi saya tu yang dapat!" gelak jahat Jane.

Mereka akhirnya tiba di hadapan Penghulu House yang mereka inap.

Pekerja-pekerja itu menawarkan diri mereka untuk membawa mereka berdua ke pekan itu namun ditolak Zein.

"Alah korang ni.. bagi lah kami berdua date" kata Jane sambil tersipu malu.

Pekerja-pekerja itu ketawa melihat telatah Jane.

Mereka meninggalkan Jane dan Zein.

Zein mengajak Jane supaya cepat masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi dari situ dengan segera.

Mereka berdua bergerak pergi dari situ.

Setelah 15 minit perjalanan mengikut waze, akhirnya mereka berdua tiba di pekan yang menjual banyak buah durian.

Mata mereka meliar ke tepi jalan. Penuh dengan penjual durian.

Bau! Pehhh!!

Bila lalu je semerbak bau durian tu!

Tu pun belum turun dari kereta.

Mata mereka berdua membesar.

Teruja.

Mereka berpandangan satu sama lain.

"Jom!" kata mereka berdua serentak.

'Hahaha' mereka tergelak dengan telatah masing-masing.

Zein memimpin tangan Jane.

Mereka berjalan melewati beberapa buah kedai sehinggalah mereka tiba di hadapan kedai yang menyediakan meja untuk menikmati durian yang mereka jual.

Mereka berdua bersetuju untuk mencuba durian yang dijual di kedai itu.

Pakcik Ayob pemilik kedai itu sangat peramah.

Dia menawarkan harga durian yang berpatutan dan juga setiap pelanggan boleh mencuba durian yang dijualnya sebelum membeli.

Mereka segera duduk di meja kosong memandangkan kedai Pakcik Ayob sentiasa dikunjungi pelanggan.

Jane meletakkan tripod kecilnya di atas meja dan mula merakam.

Zein dan Jane memesan 4 biji durian (Durian Udang merah 1 biji dan Durian Kampung 3 biji).

Pakcik Ayob mengopekkan kesemua durian tersebut dan menyediakan air mineral buat mereka berdua.

Mereka berdua segera merasai buah durian di hadapan mereka.

Sambil menikmati durian, mereka berbual-bual dan saling bersuapan.

Tak kisah ye dekat mana pun, menyempat je nak sweet2.

Pakcik Ayob datang mendekati mereka berdua dan menghulurkan plastik hitam berisi sebiji durian musang king.

"Eh pakcik, tak perlulah bagi kami..Mahal ni.. Macam mana dengan perniagaan pakcik pula kalau bagi kami free.. Rugi pula nanti.." Jane menghulurkan semula plastik itu kepada Pakcik Ayob.

"Rugi apanya... Pakcik niat sedekah. Lagi pun pakcik tengok kamu dengan suami kamu ni berselera betul makan tadi.." balas Pakcik Ayob dengan lembut.

Zein bangun dan bersalaman dengan Pakcik Ayob.

"Terima kasih ye Pakcik.. Doakan kami bahagia selalu.." kata Zein sambil memandang ke arah Jane.

"Insyallah...lain kali singgah lah lagi.." pelawa Pakcik Ayob dengan ramah.

"Insyaallah.." jawab mereka berdua serentak.

Sebelum pulang semula ke Japamala Resort, mereka bertiga bergambar sebagai kenangan.

Semasa dalam perjalanan pulang semula ke resort, Jane mengupload gambar dan video mereka bertiga di akaun TikTok miliknya dengan #myfoodie.

'Semoga kedai Pakcik Ayob semakin terkenal lepas ni. Amin..' bisik hati Jane setelah selesai mengupload gambar dan video tadi.


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
JH_Dream JH_Dream

Hi! Stay tuned ya! Terima kasih sgt2 ye sebab masih baca novel saya. Stay safe, sihat and happy selalu.

Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C14
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập