Tải xuống ứng dụng
12.5% Curi-Curi Pandang Dia / Chapter 4: Camping dan Permaianan Kebenaran.

Chương 4: Camping dan Permaianan Kebenaran.

Seminggu berlalu.....Kelas berjalan seperti biasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungan Mei,Xinhua Dan Jason semakin rapat.Setiap kali masa lapang yang ada mereka bertiga pasti keluar bersama ke bandar.Setiap kali itulah juga Jason belanja Mei dan Xinhua.Mereka ke pusat gaming,berkaroke, skating, bowling,fun fare banyak lagi lah perkara yang telah mereka lakukan bersama.Senang cerita,mereka macam belangkas..asyik berkepit sahaja.Hahahah..

Tanpa disedari,Li Sun sentiasa memerhatikan mereka.Cemburu mungkin.

Memandangkan hari ini hujung minggu..Xinhua telah mengajak Mei dan Jason bermalam di tepi pantai .Mereka berbalas chat menandakan setuju dengan cadangan Xinhua itu.Nasib baiklah Jason mempunyai kemah,jadi yang tinggal hanyalah barang makanan BBQ nanti.Oh ya..Mei perlu naik dengan Jason manakala Xinhua pula ada seseorang menumpangkannya.Jeng jeng....

Mei kepelikan,berkali kali dia bertanya namun Xinhua tetap mengelak dengan mengatakan."Alah Mei,nanti kau tahulah.." balas Xinhua.

Geram Mei dibuatnya.Mei dan Xinhua bersetuju membeli beberapa jenis barang seperti ayam,daging,air bancuhan,ais,keropok...Setelah membeli kesemua barangan tersebut bersama Jason.Mei pulang ke bilik bersiap kerana mereka perlu bertolak sebelum pukul 2.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Pukul 2.

Jason menunggu Mei di kawasan parking lot di hadapan blok.Mei turun dengan memakai gaun labuh bawah lutut bercorak bunga kecil2 berwarna peach dengan sandal,topi.. make-up yang dikenakan tidak terlalu over malahan nampak natural sahaja.Mei mengalas beg berwarna pink jenama Nike pemberian neneknya yang berisi pakaian,alat mandian dan make-up nya.Tidak terlalu berat.

Nampak sahaja Mei menghampiri,Jason keluar dari kereta menyambut beg yang digalas Mei.

"Wah,lawanya awak Mei.."kata Jason tak lepas pandang Mei.

"Hahahaha..biasa je..🤗" jawab Mei sambil tersipu malu.Blushing Mei dibuatnya bila dipuji sebegitu.

"Hahaha..Hm,biasanya beg perempuan selalu berat,kenapa beg awak Mei ringan je?"Bawak apa je?" soal Jason pelik

"Pakaian beberapa helai, compat powder, lipstick, sunscreen protection,barang mandian...Hm tu jelah.." jawab Mei lurus.

Mereka memasuki kereta Dan berlalu pergi.Di dalam kereta mereka sambung berbual.

"Senanglah nanti suami awak..Tak perlu habiskan duit untuk barang make-up awak sahaja" sakat Jason.

Mei jeling..

"Amboi...sedap mengata ye"

"Kami beli barang make-up pakai duit kami sendiri tahu...😏" balas Mei geram.

Hahahaha..tergelak Jason terpandangkan jelingan Mei.

Dalam hati Jason sebenarnya gembira..Manakan tidak,orang kesukaannya berada disebelah.Berbunga bunga Jason sepanjang perjalanan.

Perjalanan mereka jauh sedikit menyebabkan Mei terlena.Apabila Jason menyedari,dia memperlahankan lagu.

♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪

Beberapa jam kemudian kereta dipandu telah sampi.

Jason mengoyangkan perlahan bahu Mei sambil memanggil.."Awak...awak..bangun,Kita dah sampai ni.." panggil Jason dengan lembut.

Perlahan Mei membuka mata..."Dah lama ke saya tidur?Sorry saya Tak temankan awak memandu tadi..😅" kata Mei mamai mamai.Mana tidak Nye terkejar kejar pagi tadi,perkara rancang last minit macam nilah jadinya.Hahahah.

"Lama lah juga..,puas saya belek amik gambar awak dengan air liur meleleh.." ejek Jason sambil mengekek ketawakan Mei.

Membulat mata Mei."Serious lah aku tidur sampai meleleh air liur?MALUNYA!!!" Mei bermonolog dalam hati.Habis gelabah Mei dibuatnya.

Apa lagi makin suka lah Jason ketawakan Mei.

Lama kelamaan,Jason kasihankan Mei lalu mengatakan.."Mana ada lah awak,saya gurau je" terang Jason.

Fuh...legaaa Mei.Barulah Mei kembali tenang dan tertawa mengenangkan telatah gelabah nya tadi."Macam manalah tak ramai perempuan gilakan Jason ni..periang,kacak,penyayang..senang semua baik lah.Nasiblah hati aku masih sayangkan Li Sun.." monolog Mei lagi.

Mei menyandang begnya dan mengangkat separuh barangan yang mereka beli tadi.Mereka meletakkan barang-barang itu semua di sebuah chalet berkembar yang sudah ditempah awal awal oleh Xinhua memandangkan chalet tersebut kepunyaan makciknya.Chalet itu hanyalah sekiranya hujan dan keselamatan mereka semua pada waktu malam.Kemah tetap didirikan berhampiran chalet tersebut dibawah sepohon pokok redup..Tak adalah panas nanti.

Jason menyediakan tempat membakar manakala Mei mengaturkan barangan yang sudah dibeli.Persis pasangan baru berkahwin jika orang lihat.Sambil membuat persediaan,mereka berbual bual.

Tak lama kemudian,bunyi kereta Tina di kawasan parking.

Jason berkata, "Xinhua dah sampai tu"

Mei menganguk meniyakan dan melihat di kawasan parking tersebut.Eh kenapa macam ramai je tu? gumam Mei.

Mei..Mei!! Xinhua melambai dari jauh..

Mei membalas sambil memanggilnya kesini.

Tapi.....siapa pemandu tu?Macam kenal..gumam Mei kepelikan.😕

Lelaki itu membuka pintu kereta Dan keluar sambil memandang Mei.

Mei terkaku.😲

Li Sun...

Macam mana..

Xinhua datang dengan dia..?

Banyak soalan menerjah minda Mei.

Ada dua penumpang lain lagi,seorang rakan Li Sun dan lagi seorang adik rakan Li Sun.Tetamu yang tak dijangka.

Xinhua menghampiri sambil membuat isyarat.."Sabar...nanti aku terangkan ye"..

Mei geram tetapi dapat mengawal riak mukanya.Jason memandang Mei Xinhua dan tetamu ketiga tiga tetamu tak dijangka itu.Mungkin meminta penerangan.

Mereka masing masing memperkenalkan diri.Dan keadaan kembali normal.Yelah,Jason kan..Dia memang peramah dengan semua orang.Sehinggakan dia termasuk dalam kalangan ORANG KESAYANGAN Makcik Cleaner.

Memandangkan Ada 3 perempuan,mereka berkongsi bilik manakala Jason memilih Bilik persorangan manakala Li Sun dan rakannya bilik yang mempunyai 2 katil single.Bilik lelaki semuanya bahagian bawah manakala perempuan bahagian atas,privasi khas untuk wanita.Selesai barang-barang dibawa masuk ke bilik masing masing,Jason selaku ketua memberitahu bahawa mereka bolehlah berehat,mandi dan menantikan program malam nanti.Ya sepatutnya mereka tidur dalam kemah,tapi tak apalah,kemah itu untuk berteduh.

Bilik Mei,Xinhua dan juga adik rakan Jason iaitu Jessica menghadap laut.Sangat cantik.Angin yang sentiasa bertiup dan pohon pohon ikut menari.Batu besar di tepi pantai.Sebuah bot tersedia untuk pelanggan yang menyewa chalet tersebut.Ya, perkemahan bersama rakan rakan yang sentiasa diimpikan oleh pelajar pelajar seperti mereka.

Mei terlelap lagi.Dia berkongsi katil dengan Xinhua.Manakala Jessica katil sebelah mereka.

"Mei,Mei....wei! Xinhua menepuk peha Mei sambil mengejut Mei bangun dari tidurnya itu.

"Ha..!?Ada apa?" terkejut Mei dari lenanya.

"Relex,bangun,mandi dan terus bersiap yea Mei kusayang..Lupa ke kita ada BBQ malam ni?" kata Mei menenangkan Mei yang masih terkejut.

"HA!Aduh macam mana aku boleh lupa!" jerit Mei. Mei terus bangun dan mengambil tuala terus meluru masuk ke bilik mandi.Beberapa minit kemudian Mei sudah mandi,Mei mengenakan Knitwear kuning,seluar tight coklat,rambut yang di bun kan tinggi dan bersandal.Biasa sahaja.Makeup dia pun tak tebal,hanya BB Cream, lipstick Peripera Ink Ivy kegemarannya dan sedikit blusher.Simple.Xinhua juga sama,tetapi rambutnya ditocangkan.

Mereka turun kebawah Dan terus menuju ke tempat BBQ.Hanya mereka sahaja yang lambat sampai.

Li Sun dan Jason tak lepas memandang Mei.Orang kesayangan dah sampai lah katakan.Hahaha.

Para lelaki sibuk membakar manakala perempuan sibuk berbual dan bergambar kenangan.

Meja yang boleh dimuatkan 10 orang itu penuh dengan makanan yang sudah siap dibakar.Daging,ayam,ikan yang ditangkap Jason petang tadi terhidang di atas meja.Air koktel buah buahan,coke dan mineral turut diletakan.

"Ting!"Jason memukul gelas dengan sudu meminta perhatian.

"Jom makan!" Kata Jason seperti kanak kanak yang gembira mendapat gula.

Jason segera mengambil tempat disebelah Mei manakala Li Sun duduk di hadapan Mei.Li Sun memandang geram Jason.

Mei berbual gembira dan bergelak ketawa dengan Jason.Li Sun hanya berborak biasa biasa.Mungkin kekok.

"Korang,lepas ni kita main permainan kebenaran nak?!" ajak Xinhua.

"On!" Sahut Jason.

"Okey!" Li Sun dan rakannya menyahut setuju.

Mei dan Jessica menganguk setuju.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mereka menyalakan unggun api di tepi pantai.Batu disusun keliling unggun api untuk alas semasa duduk nanti.Selesai semua itu.Mereka mengambil tempat.Kedudukan mereka berselang seli lelaki perempuan bagi permaianan yang adil.

"Okey!Botol kaca ini akan menentukan siapa yang perlu menjawab soalan.Dia perlu jawab dengan jujur okey?Kalau tak jawab,dia perlu buat apa orang suruh.Setuju?!" Xinhua memberi penerangan.

"Setuju!" jawab mereka serentak

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Giliran giliran berlalu dalam permainan ini..ternyata ada rahsia dalam kalangan mereka.Rahsia?Ya..bila tiba giliran Jason..Xinhua bertanya "Jason,dalam kalangan kami perempuan..Ada siapa2 yang awak suka?Tak pun siapa yang awak suka?".Jason tersengih memandang kami semua bergilir gilir.Gelas yang dipegang diteguk..diam sekejap kemudian..Jason memandang Mei sambil tersenyum.Rambut Jason diselak ketepi apabila angin menyapa membuatkan dia nampak lebih kacak.Siapa sahaja akan cair.

"Hm,okay...saya jujur.Saya dah lama suka kan Mei". Jason mengaku.Sambung nya lagi..Sejak pertama kali kita jumpa di Cafe Uni.Senyum Jason pada Mei.Mata Jason menunjukkan dia benar benar jujur berkata.

Kata kata Jason membuatkan kami terganga.Li Sun apa lagi bengang.Dah ada persaing.

Mei kaku sambil memandang mereka semua.Xinhua menepuk pelahan peha Mei. "Mei..Mei..kau okey Tak?" tanya Xinhua.

"Ha?Em...em.Ok.,ok😅 Tak sangka Jason..em..heheh" gelabah Mei.Mei memandang Li Sun..Li Sun nampak bengang.Li Sun memandang tajam Mei.

"Mei,takpe..jangan gelabah..Take your time.Saya okey..Saya just bagitahu perkara sebenar.Tak salah Kan?Saya harap Kita tak akan kekok nanti.Please "ujar Jason perlahan memujuk Mei.

Mei memandang Jason dan senyum."Hm,baiklah..Saya pun sama.Saya taknak Kita kekok..Kita kan rapat" balas Mei.

Dalam hati Mei..Macam mana lah dia boleh suka aku😅🤦 Li Sun pula macam mana?Alahai..Masalah2..

Permainan itu berterusan tanpa masalah lagi2 bekaitan cinta.Hahaha.Mereka semakin rapat disebabkan permainan itu.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Jam hampir pukul 12 malam..Semakin sejuk..

Para wanita masing2 sibuk berbual bergelak tawa sambil mengambil gambar.

Lelaki pula minum dan berbual sesama mereka.

Li Sun tiba-tiba memanggil Jason.

"Jason.Aku nak tanya kau sesuatu?"

"Apa dia?" jawab Jason sambil memandang ke arah Li Sun yang sesang bengang.

"Kau tahu kan aku cintakan Mei?" tanya Li Sun dengan serious. Walaupun dalam keadaan bengang dia masih tetap kacak. Baju sweater Adidas kelabu dengan seluarnya sekali serta berselipar sahaja.Rambut hitam yang ditiup angin,mata yang tajam,bibir yang..Oooo stop2!Hahahaha.Sambung pada jawapan Jason.

"Tahu sangat." jawab Jason tenang sambil membalas pandangan Li Sun.

Berkerut muka Li Sun.

Para wanita masing2 menoleh ke arah lelaki di tempat BBQ.Mereka rasakan suasana tegang di sana.

"Weh korang,korang rasa pelik tak dengan suasana mereka dekat sana? tanya Jessica sambil memandang ke arah mereka.

Li Sun berdiri seakan hendak menumbuk muka Jason namun di halang rakannya.

"Lagi pun dia bukan milik kau Li Sun"

"Siapa cepat dan berani,dia yang menang" Jason menjawab dengan sinis sambil memandang ke arah Li Sun.

Mei,Xinhua Dan Jessica segera ke tempat BBQ yang tak jauh dari tempt mereka ambil gambar tadi.

"Kenapa ni korang???" tanya mereka bertiga.

Li Sun memandang Mei kemudian menarik tangan Mei sehinggakan badan Mei terdorong ke arah Li Sun.

"Mei, I love you." ucap Li Sun pada Mei sambil memandang tepat ke arah mata bulat Mei.

Mata Mei membulat terkejut.Tak terkata dibuatnya.Terasa panas pipinya.

"Mei.."?

"Ha?A...Saya..." tergagap2 Mei..sambil memandang pada Li Sun kemudian kepada semua orang silih berganti.

"Jawablah cepat Mei..." bisik Xinhua pada Mei.

"Hm.Saya pun." senyum Mei pada Li Sun.

Tersenyum gembira dibuatnya Li Sun apabila mendengar jawapan Mei.

Jason tiba-tiba terus masuk ke chalet apabila mendengar kata Mei tadi. Kecewa mungkin.

Mei jadi serba salah kerana Jason baru saja kata yang sama semasa permainan tadi.Aduh....Masalah2

Geng,jom masuk.Dah malam sangat ni.Jangan lupa kunci pintu Dan rehat ya.Goodnight semua."kata rakan Li Sun.

Mereka semua beredar masuk ke chalet.Li Sun dan Mei berjalan masuk ke chalet berpegangan tangan dan tersenyum gembira.Pasangan baru katakan..So sweet!

Li Sun berkata pada Mei sambil memegang kedua belah pipi Mei yang sejuk. " Goodnight Mei" senyum Li Sun pada Mei.

"Goodnight too" balas Mei memandang tepat ke arah Li Sun.Kemudian dia menaiki tangga ke arah biliknya.

Jumpa esok.Kata Li Sun lagi.

"OK" Mei berikan tanda isyarat pada Li Sun.

-Sorry late update.I had problem.Please continue support and comments if I need to improve or anything.Thank you readers 💜


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C4
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập