Tải xuống ứng dụng
100% Antara benci dan rindu / Chapter 16: Bab 16

Chương 16: Bab 16

(bab ni saya buat POV AISYAH)

SETELAH hampir setengah jam menyusuri jalan raya yang begitu sesak, akhirnya mereka tiba di kolej tempat Aisyah dan Mellina belajar.

"Okay, kita dah sampai!" ucap orang yang duduk di sebelah dia di seat pemandu. Nak tahu siapa?

"Syah!"

Siapa lagi kalau bukan...

"Kau asal bisu tiba-tiba? Nak turun ke tak nak?" soal suara garau itu.

Yes. Dia Mikael Zafran. Lelaki yang telah membuat hidupnya huru hara sejak kebelakangan ini.

"Tak reti sabar ke?" jelingan maut dihadiahkan buat lelaki itu.

"Dah aku cakap kau buat bisu je..." jawab Mikael dengan selamba.

Aku malas mahu mengambil kisah. Tote bag yang berada di atas riba ku segara disangkut ke bahu sebelah kanan. Tanpa berkata apa-apa aku segera membuka pintu yang tidak berkunci itu lalu ingin melangkah keluar dari perut kereta.

"Hoi!"

Belum sempat aku keluar kaki, suara garau yang aku benci itu menegur aku dengan kasar. Aku segera menoleh ke arah wajah lelaki itu.

"Apa?" soalku ringkas.

"Menonong macam tu je erk kau keluar. Takkan nak keluar macam tu je... Terima kasih takde pun. Kau ingat free ke hantar kau sampai sini." bebel Mikael.

Aku mengeluh perlahan. Mengada betul mamat ni. "Kau nak aku cakap terima kasih?" soalku.

"Yelah. Kau ingat kau anak puteri raja?" sindir Mikael.

"Tak yah sindir sindir lah..." jelingku lagi. Entah berapa kali aku sudah menjeling lelaki ini. Haih mata, mata. Berdosa jeling suami tau! Baru beberapa hari bergelar isteri orang, takkan kau nak pegang title 'isteri derhaka'? Terlalu awal untuk itu...

"Kau ni asyik jeling je... Aku cium baru tahu," gertak Mikael.

Aku buat tak layan. Sumpah malas nak layan dia. Baik aku cakap terima kasih cepat-cepat. Cepat sikit dia berambus.

"By the way, thank you Mr. Mikael," ucapku dengan nada malas. Perkataan 'thank you' aku tekankan biar dia puas hati sikit.

"You're welcome."

Setelah mendengar balasan daripada Mikael, aku berkira kira mahu melangkah keluar. Kalau berlama lamaan dengan mamat ni, tak pasal-pasal orang sekeliling nampak aku bersama dengan Mikael. Karang timbul bermacam gosip murahan pula.

"Eh, kejap Syah!" panggil Mikael lagi.

Aku sudah mendengus kegeraman. Dia nak apa lagi? Ish, tak tahu ke aku dah lambat!

"Nak apa lagi?" soalku, geram.

Mikael menayangkan wajah sengihnya. Aku menjeling menyampah.

"Tak nak salam aku ke?" ucapnya sambil menghulurkan tangannya kepada aku.

Aku menggaru kening. Dah buang tabiat ke apa dia ni nak suruh aku bersalam bagai?

"Kenapa nak kena salam pula?" jelek aku bertanya.

"Aku kan suami kau. Ala, macam suami isteri lain buat. Macam tak faham pula kau ni..."

"Aku? Salam kau? Urgh, lambat lagi! Kirim salam boleh lah!" kata aku dalam nada yang sinis. Seketika kemudian tawaku terletus. Memang sah mamat ni dah buang tabiat.

Mikael sudah menayangkan riak muka yang kecewa tapi cepat dia kawal agar tidak disedari oleh Aisyah.

"Eleh, aku pun tak ingin lah nak kau cium tangan aku ni. Aku saja nak test kau tadi. Nak tengok apa reaksi kau," cepat cepat Mikael menafi kata katanya tadi.

"Apa-apa jelah. Dah lah aku pergi dulu. Aku nak cakap nanti tak payah ambil aku. Aku boleh balik sendiri." kataku kepada Mikael sebelum langkah kaki di bawa ke gerbang masuk kolej.

Mikael mengeluh perlahan. Dia pun tak tahu mahu katakan dengan keadaan hidupnya kini. Kadang rasa seperti langsung tidak masuk dek akal.

"Kau memang gila, Mika," ucapnya pada diri sendiri sebelum kereta miliknya laju memecut membelah jalan raya.

.

.

.

"AISYAH!"

Aku yang sedang sibuk berjalan menuju ke kafe tiba-tiba dipanggil oleh seseorang. Aku menoleh ke belakang cuba mengecam siapa gerangan yang memanggil aku itu.

Ternyata, dia ialah perempuan. Perempuan yang kononnya diva di kampus aku ini. Errr, kuat perasan gila minah ni. Minah yang terpaling suka kata dirinya cantik. Kalau aku pun memang akan kata diri aku cantik. Tapi, dia ni err over nak mampus.

"Oh, hai Emilyn! Kenapa tiba-tiba kejar aku ni? Ada apa-apa ke?" tanpa sempat gadis bernama Emilyn itu menyapa aku, baik aku sapa dia dulu. Senyuman manis cuba aku ukirkan.

"Nothing! I pun bukanlah nak terkejar-kejarkan you sangat. Buang masa I je," kata wanita itu dalam nada gediknya.

Emilyn dan gedik berpisah tiada. Urghhh!

"Aku pun tak nak kau kejar-kejar aku. Buat rimas je," bisikku dalam nada yang perlahan.

Wajah Emilyn aku tatap kejap. Gila ak tatap lama-lama? Karang ter-fall in love kan susah!

"By the way, Miss Emilyn. Kau nak apa sebenarnya ni?" soalku buat sekali lagi.

"Oh, yah! I nak tanya you something. Tadi my geng ada nampak you turun dari sebuah kereta mewah. And apa yang paling buat I curious ialah you turun dari kereta seorang lelaki. Its that true?" ujar Emilyn, panjang. Nampak curious sangat tu...

Aku menjongket kening. Tak sampai beberapa jam cepat saja sampai kat pendengaran minah diva ni.

"Okay, then? Apa yang kau sibuk-sibuk sangat pasal tu?" tanya aku lagi.

"Saja. I cuma nak tanya. Macam tak sangka. Aisyah yang kolot macam ni naik kereta mewah bersama seorang lelaki. Or you punya sugar daddy?" serkapan gadis itu membuatkan mata aku terbuntang luas.

Dia kata Mikael tu sugar daddy aku? What the fish?! Hello, Mikael is my husband, okay!

"Oh, okay. Macam mana kau boleh fikir yang tu sugar daddy aku?" saja aku mengajukan soalan itu kepadanya.

"Dengan gaya you yang macamni, ada ke lelaki nak pandang you kecuali..." jeda.

Aku menanti sambungan kata-katanya.

"...kalau sugar daddy," nadanya perlahan tapi cukup sampai ke pendengaran aku.

Aku mengepal penumbuk. Menahan diri daripada memaki perempuan bajet bagus ini.

Emilyn ketawa mengilai. Dia segera berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di sini.

"Amboi biadap kau eh? Aku cili-cili mulut baru tahu. Baru kau tahu masa tu langit tinggi ke rendah. Eh, sugar daddy yang kau cakap tu laki aku lah!" bebel aku seorang diri.

Semua orang yang lalu lalang di hadapan aku saling berpandangan sesama sendiri apabila lihat mulut aku terkumat kamit membebel sambil memaki hamun minah diva itu.

Geram pula hati aku dengan minah diva ini. Tunggulah kau minah diva. Ada hari ada bas, ada hari aku balas.

(999 words)


Load failed, please RETRY

Chương tiếp theo sắp ra mắt Viết đánh giá

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C16
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập