Tải xuống ứng dụng
96.22% cempaka dirembulan / Chapter 102: sebarkan khabar angin

Chương 102: sebarkan khabar angin

" babe.. korang laki bini okey ke..?? aku tengok berita sekarang suami kau terlibat dalam pembunuhan nasha dengan Marsya?? betul ke babe??" tanya nadia berbaur curiga.

cempaka memandang ikran yg damai lena disisinya.

" thank you nad.. tapi buat masa ni..kami berdua okey lagilah.. pasal hal tu.. aku percaya suami aku tak buat benda macam tu.." cempaka sangat-sangat percaya yang ikran tidak terlibat.

nadia mencemik wajahnya. mengajuk kata-kata cempaka. menyampah pula setiap kali dia mendengar cempaka menyebut perkataan suami.

" owhh... baguslah.. kalau ada apa-apa jadi lepasni.. ingatlah kau masih ada aku sebagai sahabat." sambil memberi semangat palsunya kepada cempaka,nadia menjulingkan biji matanya. semakin lama semakin ketara rasa meluatnya kepada cempaka. entah bila dia boleh memiliki ikran.

" okey babe.. ni yang aku sangat sayangkan kau.. " ikhlas cempaka menutur kata. walau sikap dan sifat nadia selalu menyakitkan hati,namun.. itulah juga sahabat yang selalu ada disisi dikala susah dan senang.

" iyelah... sayanglah sangat.." nadia buat-buat kecil hati pula.

cempaka ketawa mendengar nada suara nadia yang seperti berjauh hati itu.

ikran membuka matanya. terganggu dengan ketawa cempaka.

cempaka yang menyedari ikran sudah terjaga menekup mulutnya.

" kenapa kau ketawa?? betul apa.. sayang sangat.. tu yang ada masalah.. aku kena call dulu.. " rungut nadia. suaranya betul-betul merajuk.

" siapa??" tanya ikran dengan suara serak basahnya.

" nad..." maklum cempaka berbisik.

" babe.. sorry lah kalau aku abaikan kau.. jangan kecil hati ye.. nanti kita jumpa.. aku belanja kau makan...shoping.." cempaka memujuk nadia. pastilah nadia sedih. dia sudah jarang menghubungi nadia semenjak berkahwin.

" okey.. nanti aku tuntut.." nadia menceriakan suaranya. walhal dalam hati berbuku seranah diberi kepada cempaka. lagi-lagi dia mendengar suara ikran disisi cempaka.

" okey babe.. weh.. aku letak dulu ye.." selesai berkata cempaka terus meletak panggilannya. dia ingin bangun.

nadia mendengus mencampak telefon bimbitnya ke sofa ruang tamu apartmentnya.

" orang tak habis cakap.. dah letak.." marahnya sambil berjalan menuju ke dapur. haus pula tekaknya. si dezrin pula sudah berhari-hari menyepi tidak munculkan diri. marah pula nadia. kadang-kadang dezrin ni melampau juga. suka menghilang diri. dumdamdumdam bunyi cawan teko peti ais dikerjakan nadia.

ikran kembali memejam mata apabila cempaka meletak panggilannya. terasa tangan cempaka memeluk pinggangnya.

" sorry buat abang terjaga.." bisik cempaka perlahan di telinga ikran.

" hurmmm.." ikran mengusap tangan cempaka. matanya seakan tidak mahu terbuka. tidak sampai beberapa minit hanya bunyi dengkurannya sahaja yang kedengaran.

cempaka perlahan-lahan bangkit. takut penggerakannya mengganggu ikran. langkah kaki dibawa ke bilik air,ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum keluar mencari makanan. perutnya sudah berdendang lagu dangdut.

al fateh ketawa kegembiraan mendengar khabar ikran terlibat dalam kasus pembunuhan dua orang peragawati. walau tidak mendapat liputan yang meluas. ini sudah cukup membuatnya puas hati.

" bangkai gajah..sorok macam mana pun.. bau tetap akan dihidu.." ejek al fateh mendalam maksudnya.

orang upahan yang diupah untuk memantau penggerakan keluarga ikran turut sama ketawa.

" tetapi tuan.. tak banyak info yang kami boleh dapat tentang ikran ni.. ini pun sebab ada sedikit kebocoran.. kalau tak memang kami takkan tahu.." inilah masalah yang selalu dialami olehnya. ikran sentiasa dikelilingi pengawal-pengawal peribadi yang bukan calang-calang. semuanya sudah terlatih. oRang kanannya juga sangat hebat. setiap segala tindakan lelaki itu pasti tiada satu jejak pun terkesan. baik diluar negara mahupun dalam negara. tengku ikran dan keluarganya sentiasa dikawal ketat.

al fateh terdiam. mati ketawanya. sudah lama dia mengambil langkah berdiam dan hanya mampu menggoncang sedikit sahaja tid berhad. memang sukar sebenarnya untuk menjatuhkan tid berhad dan juga deleglasi keturunan itu.

" teruskan sahaja penyiasatan.. tak perlu tergopoh gapah.. cari mana lubang-lubang yang bolos.. maklumkan saya.. lepastu sebarkan khabar angin tentang kaitan kematian-kematian pelik sepanjang ikran menjadi ketua pengarah tid.. dan selitkan cerita dayana dan..." al fateh memberi arahan dalam nada malasnya. nama terakhir tidak mampu dia menyebutnya. lukanya masih pekat mengalir darah. sekian lama dia menanti untuk menjatuhkan ikran. mungkin belum lagi tiba masa dan ruang buatnya.

orang upahannya itu mengangguk patuh dan akur.

ikran meraba-raba ruang kosong disisinya. kosong dan sejuk. mata yang terpejam dibuka. keadaan sunyi menemaninya.

" sayang.. sayang..." panggilnya dengan suara husky-nya. tiada sahutan. bilik air juga tiada satu bunyi. mengelabah dia bangkit. telefon bimbit disisi katil dicapai. nombor cempaka didail.

" dekat mana?" soalnya terus apabila talian bersahut.

" kedai makan.. ermm...tengah tunggu order siap.." jawap cempaka perlahan.

ikran mengerut keningnya. tangan kirinya memicit kepala yang berdenyut sebab bangkit mendadak.

" balik cepat.. " terus ikran mematikan talian. ingin marah namun ditahan marahnya.

cempaka memandang skrin telefon bimbitnya yang kembali gelap skrinnya.

" pelikk...pelikkk...." rungut cempaka.

tanya beriya-iya,macam nak marah suara. sekali bila dah jawap... balik cepat jer... dongkol cempaka dalam hati. dia memerhati suasana sekeliling dikedai makan itu. pukul 12 malam pun masih ramai orang.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C102
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập