Tải xuống ứng dụng
24.52% cempaka dirembulan / Chapter 26: yang terbaik..

Chương 26: yang terbaik..

nadia mundar mandir di dalam bilik hotelnya selepas menamatkan panggilan telefonnya. tunangnya yang sibuk mengajaknya membeli belah tidak dilayan. fikirannya terbayangkan kemesraan diantara ikran dan cempaka sewaktu majlis resepsi dihotel dan keadaan cempaka yang tidak berpakaian sewaktu di suit hotel kemarin. nadia menggigit bibirnya. kenapa selalu cempaka mendapat yang terbaik? kenapa bukan dia? dari dulu lagi cempaka selalu berada di atasnya. nadia membayangkan senyuman ikran. hatinya terasa berdebar-debar. apakah ini jatuh cinta pandang pertama? masalahnya lelaki yang dia jatuh cinta ini suami sahabatnya yang selalu menjadi saingannya.

" huh.. tengok dari gaya cempaka.. mesti dia tak layak untuk tengku ikran." cemuh nadia mengepal penumbuknya. hatinya terbakar api cemburu.

" you.. kenapa?" tanya dezrin yang baru muncul entah dari mana. pinggang nadia dipeluk dari arah belakanh.

" bila you balik?i tak dengar bunyi pintu..""tanya nadia terasa rimas dengan dakapan dezrin. sebelum ini dia sangat-sangat suka apabila dipeluk dan dimanjakan oleh dezrin.

" baru sahaja.. you diam sahaja.. termenung..?" tanya dezrin mengetatkan lagi pelukannya.

nadia mengeluh. jiwanya sudah terbang melayang dibawa ikran.

" dez.. i tak sihat.." nadia melonggarkan pelukan dezrin.

" tak sihat? panas kut.. " dezrin membalikkan tubuh nadia mengadapnya. dahi wanita bergelar tunangannya itu dirasa dengan tapak tangannya. suam.

" jom makan ubat.." dezrin menarik nadia menuju ke katil dan membaringkan wanita.

" tunggu dulu.. i ambilkan ubat supaya demam you tak melarat." dezrin menghilang ke ruangan tetau mencari peti kecemasan.

tok..tok...

ikran yang tekun menyemak kelancaran projek di negara k terganggu konsentrasinya.

" masuk.." suruhnya.

cempaka membuka pintu bilik bacaan ikran perlahan-lahan.

" abang tidur lewat?" tanya cempaka berjalan menghampiri ikran.

" kalau nak tidur.. tidur dulu." ikran menyuruh cempaka tidur dahulu. dia masih mahu menyemak projek ini.

" ermm....selamat malam.." cempaka berlalu keluar apabila melihat ikran seperti nak taknak melayannya. matanya asyik tertumpu pada peta lakaran dan kertas di mejanya. buat sakit hati sahaja.

" mak pah buat apa tu?" tanya cempaka apabila melihat mak pah duduk duduk di kerusi ruang makan. orang tua itu belum tidur lagi.

" mengait alas meja." mak pah menunjuk hasil kaitnya.

cempaka menyentuh hasil tangan mak pah. sesuatu yang perlu diketahui tentang cempaka. cempaka sangat-sangat menyulai hasil buatan tangan dan teramat mengagumi hasil kerja tangan.

" pandainya mak pah buat.. bunganya cantik.. ajar saya mak pah.." pinta cempaka merasa dengan tangannya hasil seni mak pah.

" nak buat ni kita kena betul-betul sabar puan." mak pah risau juga nak ajar. nanti sekerat jalan. anak orang kaya manalah reti benda ni semua.

cempaka senyum. cempaka ada perasan sesuatu. mak pah seperti berwaspada untuk rapat dengannya.

" mak pah . saya pelajar seni. saya sukakan hasil seni dan kraf tangan. saya belajar memasak." cempaka tidak malu memaklumkan status pelajarannya. anak orang kaya lain berebut nk kerja bagus. dia sibuk belajar memasak. belajar menjahit. belajar buat kek,kuih muih, masakan tradisional dan hobinya adalah berjalan ke pasar.

" kalau betul puan nak belajar.. esok puan beli benang kait dan jarumnya." mak pah mengalah melihat kesungguhan cempaka.

" boleh..boleh... " sukanya cempaka. mak pah sudi ajarnya mengait. sekurangnya ada lah juga kerjanya di rumah. takdelah dia dok sebok mengubah susun atur segala dekorasi di dalam villa ni.

" okeylah mak pah.. saya naik atas dulu.. nak tidur.." cempaka meminta dirinya.

mak pah memerhati belakang isteri tuan mudanya. wanita ini biasa-biasa sahaja pada pandangan matanya. masih terlalu awal untuk dia menilai sikap dan sifat puan mudanya ini. namun satu yang cukup dia tahu, wanita ini murah dengan senyuman dan sangat peramah.

" bang.. saya risaulah dengan along ni.. cuti seminggu.. tapi masih ke pejabat. di rumah juga sibuk dengan kerjanya.." ku najah mengadu kepada suaminya berkenaan sikap anak sulungnya.

tengku iqbal menggaru kepalanya yang tidak gatal. kadang-kadang risai interinya itu tidak bertempat.

" saya bukan apa bang.. saya takut nanti dibiarkannya anak orang itu. saya takut nanti menantu kita tak tahan.. dia lari.." sambung ku najah lagi dengan riak risau terpancar di wajahnya.

" pandailah ikran mengurus rumah tangganya. lagipu kan sekarang projek banyak yang masih berjalan. ikran pun baru ambil alih jawatan baru.. jadi kerja dia berlipat kali ganda. bagi peluang.. " lembut suara tengku iqbal memujuk isterinya. dia menarik tubuh ku najah membawa ke dadanya. walau mereka dah berusia namun mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang romantik ini. ku najah meletakkan kepalanya di dada suami.

" bang.. agaknya macam ni kut ikran

melayan cempaka.."

tengku iqbal ketawa. kelakar juga isterinya itu.hahaha

" awak ni jah.. orang muda zaman sekarang bukan macam kita dulu.. mereka lagi advance.." betullah.. zaman makin maju.. cara orang berkasih sayang juga sudah jauh ke depan. takde dah duduk berduaan malu-malu. yang tak halal pun selamba perpegangan tangan berciuman berpelukan dengan ghairah.. apatah lagi yang dah halal..


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C26
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập