Tải xuống ứng dụng
13.2% cempaka dirembulan / Chapter 14: akhirnya majlis selesai.

Chương 14: akhirnya majlis selesai.

malam melabuh tirainya. di sebuah hotel yang terkemuka di tengah bandar k berlangsungnya majlis resepsi dan sambut menantu. cempaka mengenakan baju kurung moden berwarna maroon dan pengantin lelaki pula mengenakan baju melayu dari warna yang sama. tiada gaun kembang bagai tiada inggeris style. seperti yang diinginkan kedua orang tua mereka. mahukan satu majlis yang penuh dengan ciri-ciri ketimuran.

" wow.. saya bayangkan.. pengantin kita akan mengenakan pakaian yang liplap gitu.. yang meriah berambu ramba.." usik pengacara majlis yang khas dijemput.

ramai hadirin yang terpesona sebenanrnya. walau ringkas sahaja persalinan malam ini namun masih terserlah kejelitaan dan ketampanan sang pengantin. menampakanya betapa eksekutifnya majlis malam ini.tidak perlu berbangga-bangga dengan trend cukup sekadar tampilkan seni budaya timur sudah cukup memperlihatkan majlis ini bakal menjadi sebutan dan bualan.

ramai tetamu-tetamu kehormat hadir pada malam ini. vvip dan rakan-rakan serta sahabat rapat keluarga kedua belah pihak. majlis malam ini lebih tertutup. setiap hadirin yang hadir dijemput khas. nadia sahabat cempaka juga turut hadir bersama tunangnya yang kacak lagi tampan.

"tahniah babe.. selamat pengantin baru.." bisik nadia pada cempaka sewaktu dia menghampiri cempaka.

"terima kasih sudi datang bersama tunang tercinta.. " sempat cempaka berseloroh.

nadia tersenyum malu. matanya menyapa wajah kacak ikran. tak sangka rupanya suami cempaka 10 kali ganda tampan dari tunangnya. patutlah cempaka taknak kenalkan. takut kena caras la tu. sabar je la nadia tengok muka suami bff-nya itu. tak sangka masih ada lagi lelaki kacak yang belum di kenalinya.

" baiklah mari kita jemput pengantin baru kita naik ke pentas untuk sesi potong pulut kuning dan soal jawab.." pengacara majlis dengan hormatnya mempersilakan pasangan merpati itu naik ke pentas.

ikran menghulur tangannya pada cempaka. cempaka menyambut dengan senyuman. mereka sama-sama melangkah ke arah pentas.

" okey baiklah.. sebelum acara potong kek mari sini saya temuramah pengantin kita dulu.. boleh ya?" si pengacara meminta kebenaran dulu sebelum sesi soal jawabnya.

ikran dan cempaka serentak mengangguk.

" okeylah pengantin kita pun dah setuju.. okey soalan pertama, siapa jatuh cinta dulu?"

cempaka memandang ikran mohon kerjasama. ikran menggenggam erat jemari cempaka. isyarat biar dia yang jawab. microfon di tangan pengacara dia ambil disambut oleh ikran.

" sebagai lelaki yang sukakan kecantikan.. tentulah saya." ringkas jawapan ikran namun cukup melegakan hati cempaka. walau ikran berlakon ke.. tak ikhlas ke.. janji ikran tolong jawabkan. takkan nak cakap diorang baru je kenal. tak jatuh cinta lagi. buat malu keturunan je nanti.

"okey.. lelaki kena berani. berterus terang.." puji si pengacara. ikran dan cempaka tersenyum.

"soalan kedua.. nak anak berapa orang?" wah.. soalan ini memang hangat. siap dapat tepukan lagi daripada hadirin yang hadir.

cempaka malu-malu nak jawab. dia pun tak pernah terfikir sebenarnya. ikran pun macam nak taknak je nikah macam mana dia ank fikir.

iktan senyum cuma microfon dicapai lagi.

" wa.. nampaknya pengantin lelaki lagi yang jawab.." seloroh si pengacara.

" sebenarnya kami berdua tak pernah bincang pun tentang benda ni.. tapi insyallah kalau ada rezeki saya nak anak ramai.. " pandai ikran merangka kata. semuanya hadir secara spontan. nasib baik otak logiknya boleh berfikir saat macam ni.

"wa.. dengar tu pengantin perempuan kita.. pengantin lelaki nak anak ramai.."

merah wajah cempaka diusik.

" ini soalan terakhir dan soalan terakhirnikedua pengantin kita kena jawaplah. beri satu ucapan paling romantis untuk pasangan anda."

ikran mengambil mikrofon disua pada arah cempaka. tanda cempaka yang harus memulakan dulu.

" ermmm..ermm.. maaf ye tuan mc.. boleh tak saya nak buat ucapan alu-aluan dulu sebelum saya turuti permintaan tuan mc.." pinta cempaka.

tuan pengacara mengangguk.

" baiklah.. pertama sekali saya nak ucap jutaan terima kasih untuk keluarga kami yang bertungkus lumus berpenat lelah menjayakan majlis ini. orang perseorangan yang tak tersebut nama-nama mereka. dari penata pentas,pereka gaya,caterer dan perunding perkahwinan. terima kasih yang tidak ternilai di atas kerjasama anda semua menjayakan majlis ini. terima kasih juga pada hadirin yang sudi menghadirkan diri. maaf andai ada kekurangan. yang baik itu datangnya dari allah taala dan yang buruk itu datangnya dari kami. sebagai manusia kita takkan lari dari salah dan silap. sekian." akhirnya ayat yang di hafal dari minggu lepas terlepas dengan jayanya. cempaka lega.

" dan seterusnya ucapan khas buat suami tercinta.. terima kasih sudi terima diri ini. banyak rasanya yang tidak sempurna lagi dalam diri ini. namun insyaallah atas tunjuk ajarmu dan sabarmu selepas ini saya akan cuba yang terbaik untuk hubungan yang halal ini.amin.." waaaa... tak sangka akhirnya..

ikran terpesona.. namun dalam hati je lah. juara pidato telah membuktikan dirinya malam ini. senafas. iktan gelak sedikit dalam hatinya.

hadirin menepuk tangan. sang pengacara juga tersenyum suka. bagus betul pengantin ini. sangat memberi kerja sama. kini tiba pula giliran ikran.

" saya rasa semua yang nak diluah dah diucap oleh isteri saya.. makanya saya singkatkan sajalah untuk tidak melengahkan masa." ikran berhenti menarik nafas sebelum memulakan ucapan romantisnya.

" terima kasih juga kepada my beloved wife atas ucapan sebentar tadi. insyaallah sama-sama kita membina jalan menuju ke syurganya.. mencuba menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. sama-sama membantu menyempurnakan perkahwinan kita. " tak romantis namun terasa syahdu menusuk hati cempaka.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C14
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập