Tải xuống ứng dụng
4.71% cempaka dirembulan / Chapter 5: kerunsingan. Ik

Chương 5: kerunsingan. Ik

Ikran menggigit hujung pennya. fikirannya serabut bercampur runsing. semakin meningkat usia anaknya semakin kerap pertanyaan tentang mamanya meniti di bibir. di manakah sebenarnya cempaka menyembunyikan dirinya sehingga tidak dapat dikesan? seberapa benci cempaka kepadanya sehingga benar-benar hilang ditenggelami bumi. bukan dia tidak mencari, namun semua hampa. kalau luar negara juga tiada,apatah lagi di malaysia memang tiadalah. sudah ramai penyiasat persendirian di upah. ikran yakin dia harus mencuba lagi. iphonenya dikeluarkan.

" siva ni i.. " dia memperkenalkan diri apabila si pemanggil mengangkat panggilan telefonnya.

" siva u ada khabar terbaru tentang wife i?" tanya ikran penuh harapan.

selang beberapa detik wajahnya hampa.

"siva u cubalah cari lagi.. i tak kisah seberapa banyak u minta i akan bayar." pohonnya dengan harapan yang tinggi.

tamat sahaja perbualan itu,ikran memicit dahinya

tok..tok..

"masuk.." arahnya.

"kenapa long? sakit ke?" tegur ikwan duduk terus dikerusi tanpa dipelawa. buat seperti bilik sendiri.

" kau tengok muka aku ni macam muka orang sakit ke?" ikran menyoal kembali dengan muka tidak berperasaannya.

ikwan ketawa. sudah menduga jawapan abang sulungnya itu.

" long.. kita ni manusia.. sakit cakap sakit.. penat cakap penat.. jangan simpan.." sedikit teguran dari ikwan.

" aku sihat.. tapi cuma aku kerunsingan.. KERUNSINGAN" tegas nada suara ikran.

" lah.. apa benda yang boleh buat tengku ikran syah kerunsingan?" ikwan menyoal kembali. setahunya ikran bukanlah sejenis lelaki yang akan merunsing tidak tentu pasal. isteri lari pun lelaki ini buat apa adehal? tak peduli. orang lain kalau isteri lari cari serata alam. meroyan pun ada.. paling-paling gila talak.

" kau rasa?" ikran menyoal.

" bisnes kita dah okey.. projek semua dah okey.. projek padang golf baru tu pun dah start berjalan.. so? kalau big boss runsing pasti kami staff marhaen ni lagi runsing." sempat ikwan bercanda.

" ayish.." akhirnya nama itu keluar dari mulutnya.

" lah.. kenapa dengan ayish?" tahulah ikwan siapa yang bisa boleh membuat ikran yang sentiasa cool boleh jadi sememeh macam ni. anak buah nya yang kelakar itu rupanya.

" ayish rindukan cempaka." ikran akhirnya buka mulut.

ikwan mengangguk. tapi sekejap cuma.. rasanya sudah 3 tahun dia tidak mendengar nama itu keluar dari bibir abangnya.

" ayish nak jumpa cempaka sangat-sangat dan dengan usia dia.. tentu dia nak tahu tentang mamanya." luah ikran. matanya dipejam rapat.

" long.. aku taknak campur urusan rumah tangga kau sebenarnya.. tapi kau tahu ke tak sebenarnya.. ke mana kak long pergi?" sejujurnya soalan ini yang sering bermain di fikiran mereka seluruh keluarga. ikran hanya mengambil langkah berdiam sehingga berbagai gosip yang muncul. namun dia percaya jawapan sebenarnya hanya ada pada ikran dan cempaka sendiri.

" kalau aku tahu.dah lama aku cari bawa dia balik wan.. sebab aku tak tahu lah aku diam.." ya benar. dia bukan tidak ingin maklumkan kepada semua orang tentang keberadaan cempaka. tetapi dia tidak tahu. cempaka pergi tanpa jejak.

ikhwan melepas keluhan. selalu ikran amat tertutup jika nama cempaka disebut. mungkin ini masanya untuk dia mengetahui tentang kejadian menghilangnya cempaka 3 tahun lalu dan apa sebenarnya yang terjadi pada rumah tangga abang sulungnya itu.

" long.. kak long pergi sebab apa sebenarnya?" akhirnya. ikhwan bersorak dalam hati. dia sudah berjaya tanya. balik rumah ni bolehlah dia membawang dengan mamanya. Yezzzaaa...

" semua salah aku. aku yang bodoh.. dia pergi sebab aku bodoh." akui ikran. betul. dia bodoh menilai. bodoh menilai antara kaca dan permata.

" long..aku sebagai adik kau.. aku tak tahu apa yang terjadi pada rumah tangga kau sebenarnya.. tetapi kalau kau perlukan bantuan aku.. aku sedia membantu. dunia ini terlalu luas untuk kau seorang cari kak long." ikwan menawarkan diri membantu. dia memiliki koneksi di dalam malaysia dan diluar negara. pasti dia boleh jumpa jejak cempaka.

" aku dah cari wan.. kalau aku tak jumpa.. apatah lagi kau.." ikran menolak. dia takut jawapan yang dia temui sifar. 3 tahun dia menjejaki namun cempaka tetap tiada. peristiwa 6 tahun lalu perlahan-lahan menyerap di kamar otaknya.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập