"Tak sangka teman jumpa mikee kat sini,mula-mula nampak tadi,rasa teragak nak menegur but teman gamble jer if silap tak salah nak kenal kan hehehehehe', tawa Hafezin sambil menyambung lagi katanya," tapi muka mikee ini memang susah nak lupa,tu ha! lesung pipi kiri kanan tu buat ramai terjatuh hati pada mikee",Hafezin mengalihkan sedikit kerusi bagi mencari kedudukan yang selesa untuk dirinya.
"Betul ke gitu?muka teman ini senang nak cam?,teman ini pula ada masalah susah nak ingat orang sebab jumpa orang hari-hari.Kadang-kadang ada yang kata teman menyombong",Lyn menyambut bicara Hafezin selesa berborak dengan teman yang di kenali di bangku sekolah dahulu .Makanan yang di pesan telah tiba di meja,sambil bercerita sambil menjamu selera.
Dan seperti biasa, jika telah lama tak berjumpa pasti soalan cepu emas akan di tanya.
"Mikee dah berapa orang anak?",soalan itu muncul juga.
"Teman belum nikah baru lagi", jujur jawapan di berikan oleh Lyn.
"Sorry, teman assume mikee udah bernikah",terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa. Hafezin terdiam sebentar.
"Mikee jangan ambik hati yer",pujuk Hafezin setelah melihat wajah Lyn berubah agak suram dia tahu Lyn tidak mengemari soalan itu.
"Mikee anggap jer kita lost memory, soalan itu tidak wujud,okay",Hafezin memberikan cadangan.
Terus di sambut Lyn dengan senyuman menampakkan lesung pipit di pipinya,"Soalan apa?",tanya Lyn semula dengan wajahnya telah berubah ceria semula.
"Hahahaha, masih seperti dahulu",melihat Lyn kembali ceria, Hafezin terus terhibur dan ketawa.
"By the way, myself dah anak tiga yang sulung sudah sembilan tahun belajar di tahun 4 sekolah rendah,nanti bila ada masa boleh teman kenalkan mikee dengan orang rumah teman, Alah budak sekolah kita juga junior glamour,kalau mikee ingatlah' Isabel'", tanpa di tanya Hafezin menyatakan status dirinya tanya selindung.
"WOW, serious ke mikee mix blood tu, mak omputih bapak serani, serious WOW", terus Lyn menunjukkan tangan tanda bagus dan menutup sedikit mulut benar-benar terperanjat dengan berita yang di sampaikan.
"Hahahaha, jodoh Lyn, dia jual mahal sangat, teman terus masuk meminang,kihkihkih teman nikah awal tak habis belajar lagi masa itu nasib parent supporting dan support kami",cerita Hafezin laju memang masih tidak berubah perangai beliau yang sangat-sangat rajin berborak. Tak sangka budak yang boleh di kategorikan nakal dan agak degil di sekolah berjaya menjadi seorang insan yang berguna. Melihat Hafezin sekarang dan bersembang kisah-kisah lampau di zaman persekolahan membuatkan hatinya gembira dan seronok tanpa sedar waktu rehat hampir tamat.
Nun di hujung meja yang agak jatuh di hadapan kelihatan tuan Arman bersama Dato' Ishak dan minion-minion mereka menjamu selera.Kebetulan yang agak menyakiti dan membuatkan tuan Arman memandang lama di meja mereka berdua , melihat Lyn yang menunjukkan sifat ceria dan tersenyum tanpa henti menjadikan perasaan hati dia meluat melihat Hafezin dan marah pada Lyn. 'Amboi bukan main mesra lagi, memang dasar semua perempuan sama.Pantang tengok lelaki handsome. Lengkap dengan pakej macam itu la rupanya',rungut hati kecil Arman mungkin marah dan menyampah melihat mereka saat itu. Melihat muka Arman yang berubah kemerah-merahan terus Dato' Ishak bersuara."Pedas ke makanan?,tuan Arman mahu order makanan lain?".Arman cuba menghilangkan perasaan marahnya pada tika itu dengan meneguk air sejuk di hadapannya. Tanpa banyak berborak seperti biasa pantas dia menghabiskan makanan dan bangun meninggalkan meja beralasan mahu ke tandas dan bersolat Zohor. Dia lalu meminta diri dari semua di situ.Menuju ke pintu keluar tanpa mahu melihat pasangan sejoli menurut fikiran dia tika itu.Hatinya tika itu merasa sangat sakit ,meluat,menyampah serta marah dan tindakan luar sedar dan akalnya ,kakinya membawa dia menuju ke meja Lyn dan Hafezin.Sesampai di meja mereka. Dia berdiri tegak dan terus berkata dengan agak kasar,"Waktu rehat dah tamat ,Lyn pastikan file Alam Megah atas meja saya selepas saya habis meeting nanti,urgent",terus Arman berlalu pergi meninggalkan Hafezin yang terpinga-pinga. Lyn bersikap biasa kerana telah selalu di buli begitu.
"Lyn, what wrong with your boss?",Hafezin bertanya kepelikan dengan tindakan tuan Arman yang agak kurang adab.
"Don't mind him, that his true creature",selamba Lyn menjawab.
"Teruk betul boss you,luckily I'm dealing direct with Dato' otherwise I'm dead meat".melihat situasi itu Hafezin sudah berasa cemas akan nasib beliau berkerja dalam project yang sama dengan tuan Arman.
"Jom mikee, lunch break dah habis, teman dah ada tugasan baru kena settle",ajak Lyn lalu bangun di ikuti Hafezin dari belakang dan terus menyaingi Lyn kembali ke pejabat tuan Arman untuk meneruskan mesyuarat yang berbaki sedikit lagi.