Tải xuống ứng dụng
9.67% NAGA PUSAR / Chapter 78: Nilai Sebuah Arca

Chương 78: Nilai Sebuah Arca

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Di Jalan Kesang Kota Fenlai, Alice berdiri di balkoni rumah dua tingkatnya. Tangannya menekup mukanya. Dia memerhatikan jalan di bawahnya dan orang-orang yang melaluinya.

Sejak Linley pergi, Alice akan ke sini hampir setiap hari untuk melihat orang di jalanan, berharap Linley akan datang lagi ke sini. Tetapi…

'Sekolah akan bermula esok. Aku perlu pulang pada hari ini.' Alice mengeluh, melirik sekali lagi ke arah jalan.

Dia sangat berharap Linley akan datang untuk berjumpa dengannya lagi. Namun begitu, sepanjang sepuluh hari ini, Linley tidak datang walaupun sekali. Suara Niya, rakan baiknya kedengaran dari bawah. "Alice, cepatlah." Niya, Tony dan Kalan berada di muka pintu, menunggunya.

Kalan, Niya dan Tony semuanya pelajar akademi perang. Sekolah mereka terletak hampir dengan institut ahli sihir di mana Alice belajar. Oleh sebab itu dan kerana keluarga mereka semuanya tinggal di Kota Fenlai, mereka semua sangat rapat.

"Baiklah, saya datang!"

Alice sekali lagi melirik ke arah jalan buat kali terakhir sebelum memakai beg galasnya dan turun ke bawah.

Pada malam ketiga selepas keberangkatan Alice, Linley tiba di hadapan kediaman Alice. Dia mendongak dan melihat ke arah balkoni namun tiada sesiapa di situ.

"Hei, apa yang kamu buat di sini?" Seorang pengawal pertengahan umur yang berada di hadapan kediaman itu menjerit ke arah Linley.

Linley memalingkan kepalanya. Dia tersenyum lalu berkata, "Helo. Saya dari Institut Wellen. Alice kawan baik saya. Dia ada di rumah?"

"Oh." Mendengarkan kata-kata Linley, pengawal itu tersenyum lebar. "Cik Alice sudah bertolak ke sekolah tiga hari lepas. Dia sudah lama pulang ke sekolah."

"Oh, baiklah. Terima kasih." Linley berkata dengan sopan.

Berpaling, Linley meninggalkan Jalan Kesang. Ketika memulakan langkahnya untuk di Jalan Kesang, Linley menoleh dan melirik ke arah balkoni di tingkat dua rumah tersebut. Jauh di sudut hatinya, dia berasa sedikit hampa.

Di tengah jalan di hadapan Institut Ernst.

Cahaya putih bersinar keluar dari Cincin Naga Pusar dan bertukar menjadi Doehring Cowart, seorang lelaki tua berjubah putih dan berjanggut putih. Sambil tersenyum, beliau berkata kepada Linley, "Linley, adakah kamu menyukai Alice?"

"Sedikit." Linley tidak menafikannya.

Doehring Cowart mengurut janggutnya. Dia ketawa besar. "Atuk tak sangka kamu mampu jatuh cinta terhadap seorang gadis. Tetapi Linley, kamu dan Alice belajar di institut ahli sihir yang berlainan. Sudahlah kamu berdua tinggal di kawasan berbeza. Tentu sukar untuk kamu berdua menjalinkan hubungan."

"Saya tahu. Saya serahkan pada takdir. Jika kami ditakdirkan bersama, kami akan tetap bersama. Jika tidak, lupakan sahaja." Linley tidak dapat menahan diri daripada memikirkan bagaimana agaknya jika dia bercinta dengan Alice.

Dia teringat kembali wajah ketakutan Alice sewaktu berhadapan dengan Babi Perang Mengerikan.

Wajahnya yang tersipu-sipu malu ketika mereka berbual dalam perjalanan pulang dari Banjaran Gunung Makhluk Ajaib.

Lenggok tubuhnya disirami cahaya rembulan, seolah-olah dia merupakan dewi bulan itu sendiri.

'Inilah perasaannya apabila pertama kali menyukai seseorang.' Linley berkata kepada dirinya sendiri. Pada usianya, semua rakannya pernah keluar berjanji temu. Yale dan Reynolds pula sudah lama mempunyai teman wanita.

Linley sebenarnya teruja untuk menjalinkan hubungan.

Di Institut Ernst, Linley masih lagi seorang ulat buku dan rajin belajar. Setiap hari, dia akan memperuntukkan masa untuk berlatih seni ukir di Sekolah Pahat Lurus. Dari segi intipati spiritual dan daya sihir, kuasanya berterusan berkembang dengan stabil dan dalam kadar yang pantas.

Dalam sekelip mata, sebulan sudah berlalu.

Daripada perbincangan mereka sebelum ini, Linley dan tiga rakannya berjanji untuk membawa tiga arca baru ke Kota Fenlai. Mereka dilayan oleh pengurus Austoni di Galeri Proulx.

"Hampir 15,000 syiling emas? Sebanyak itu?" Linley tergamam dengan harga tiga arcanya sebelum ini.

Austoni ketawa besar. "Linley, ini perkara biasa. Kebanyakan hasil seni pengukir mahir bernilai sekitar seribu syiling emas. Tetapi tentulah Galeri Proulx akan memperkenalkan kamu dan status kamu sebagai seorang ahli sihir genius berusia 15 tahun yang juga seorang pengukir mahir. Hanya berdasarkan status kamu sahaja, nilai hasil seni kamu naik berlipat ganda."

"Apa yang lebih penting… arca-arca kamu mempunyai aura yang unik. Walaupun arca yang lain tidak kurang cantiknya, tetapi dari segi kehalusan pengukiran, ia pasti terdapat cela. Garisan arca kamu sangat halus. Sebagai contoh, apabila membandingkan bahagian di mana kamu menggunakan pahat lurus dan di mana kamu menggunakan pahat rama-rama, tiada siapa yang dapat membezakannya. Garisan pengukiran kamu sangat sempurna."

Linley tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa apabila mendengarnya.

Kesan pertukaran peralatan?

Daripada awal hingga akhir, arcanya hanya diukir menggunakan pahat lurus. Dia tidak menggunakan alatan lain. Sudah tentu garisan tersebut sempurna dan halus.

"Ciri yang unik ini digabungkan dengan aura angkuh dan meninggi diri semula jadi yang dimiliki arca kamu serta status peribadi kamu, menyebabkan nilai setiap arca itu meningkat sehingga lima ribu syiling emas. Satu-satunya sebab yang menghalang nilai tersebut daripada melonjak lebih tinggi ialah ketidaksempurnaan kecil pada corak kamu," jelas Austoni dalam memuji.

Di sudut hatinya, Linley memahami.

"Ketidaksempurnaan?" Dalam mindanya, Linley menggelengkan kepalanya. Dia hanya menggunakan pahat lurus. Walaupun dia berjaya mengukir corak yang unik menggunakannya, dari segi keberkesanan, pastinya ia tidak dapat menandingi peralatan khas seperti pahat rama-rama dan pisau serong.

Pada masa yang sama, Linley tidak dapat menahan dirinya daripada mengeluh.

Ketiga-tiga arcanya berjaya dijual dengan harga 15,000 syiling emas. Wang ini datang dengan mudah. Jika Linley menghabiskan masanya dengan mengukir, dalam sebulan, dia pasti dapat menghasilkan sepuluh buah arca.

Sepuluh buah arca bernilai 50,000 syiling emas!

'Aku menghabiskan masa selama dua bulan di Banjaran Gunung Makhluk Ajaib, menghadapi pelbagai bahaya dan mengalami situasi hidup dan mati. Selepas membunuh semua pembunuh upahan itu, aku hanya memperoleh lebih kurang 70,000 syiling emas. Menjadi pengukir ibarat mencuri wang.' Linley sekali lagi mengeluh.

Nilai arca Linley dianggap tinggi jika dibandingkan dengan pengukir mahir lain.

'Jika pengukir mahir diibarat mencuri wang, bagaimana pula dengan pakar ukir agung…' Linley berasa terpegun.

Semakin Linley memahami kerjaya ini, dia berasa semakin takjub. Julat pendapatan golongan pengukir sangat jauh. Di seluruh Kesatuan Suci, mungkin hanya ada lebih kurang seratus orang pengukir mahir. Jumlah yang sangat sedikit.

"Linley, usaha gigih lagi. Saya percaya suatu hari nanti, kamu akan menjadi pakar ukir agung yang menakjubkan," kata Austoni, memberi galakan.

Pakar ukir agung bukan sahaja kaya raya, mereka juga memiliki status sosial yang sangat tinggi. Golongan ini berada di tangga teratas dalam kalangan jenis seni purba. Malah bangsawan yang paling berkuasa, apabila bertemu dengan mereka, tidak berani untuk meninggi diri.

Pakar ukir agung!

Ini merupakan gelaran yang luar biasa.

Ia tidak boleh dibeli dengan wang mahupun kuasa. Hanya apabila kemahiran seseorang diiktiraf umum sebagai yang terbaik dalam sesuatu bidang barulah dia akan diberi penghormatan dengan gelaran 'pakar agung'.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C78
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập