Kumpulan Marvin akhirnya berjaya sampai ke Arborea selepas melalui terowong ruang masa yang panjang dengan rumah api ruang masa sebagai penunjuk jalan.
Terowong ini hilang sepenuhnya apabila mereka memijak ke tanah.
Kawasan lapang di depan mereka memang penuh dengan tumbuhan hijau.
Mereka ketika ini berada di hutan dan bau rumput memenuhi udara.
Marvin tidak dapat menahan diri untuk melihat ke belakang tetapi malangnya hanya ada hutan sahaja di situ.
Pandangan dingin Hathaway merupakan memori terakhir yang dia ada dari Feinan.
"Aku sudah memilih jalan ini. Oleh itu aku haru terus mara ke depan."
"Walaupun masa berlalu 21 lebih cepat di sini, aku tetap tidak mempunyai banyak masa."
"Memang tiada guna untuk berhenti atau menoleh ke belakang!"
Ekspresi Marvin menjadi penuh dengan tekad.
"Mari pergi."