"Helo, Presiden Qin dan Puan Qin." Pengacara rancangan itu, Jin Lan, tersenyum dan berjabat tangan dengan mereka.
"Helo, Kakak Jin Lan," Huo Mian sangat sopan, kerana Jin Lan berusia lebih kurang empat puluh tahun dan kelihatan seperti wanita pertengahan usia yang cekap.
"Jangan rasa gugup, sila duduk." Jin Lan memberi isyarat dan kemudian mereka bertiga duduk di atas sofa panjang.
"Saya dengar kamu berdua sangat merendah diri dan jarang menunjukkan muka kamu, betul ke?" tanya Jin Lan dengan senyuman di wajah.
Huo Mian memandang Qin Chu dan Qin Chu memberi isyarat supaya dia membalas…
Dia tersenyum dan membalas, "Ya, kami tak suka dedahkan kehidupan peribadi kami terlalu banyak kerana ia akan jadi sesuatu yang menyusahkan."
Jin Lan, "Betul tu, sehinggakan dunia luar tidak tahu yang Presiden Qin dah berkahwin. Kamu memang rahsiakan perkara ini. Saya tertanya-tanya, bila kamu berdua berkahwin?"