Rupa-rupanya sesuatu sebesar ini berlaku, patutlah Encik Qin tergesa-gesa berlepas ke Bandar T.
Pada mulanya mereka merancang untuk meluangkan masa hujung minggu di istana, dan Huo Mian telah membeli biji benih sewaktu dia lalu di hadapan pasar dalam perjalanan ke sini. Dia mahu menanam beberapa sayur-sayuran di taman bersama Qin Chu.
Tidak mengapa jika rancangannya tidak menjadi, tetapi kes kematian merupakan satu masalah besar.
Huo Mian tidak lagi berasa ingin menikmati hujung minggunya; dia membuka tingkap untuk menghirup udara segar.
Dia menggenggam kedua-dua belah tangannya dan berdoa di dalam hati agar tiada siapa lagi yang akan mati dan semoga yang telah mati itu boleh berehat dengan tenang.
Dia juga berdoa agar Encik Qin berjaya menyelesaikan insiden ini…
- Ibu Pejabat Hiburan Bintang Diraja -
Su Yu baru sahaja bersiap untuk pulang ketika dia melihat An mengetuk pintu dan masuk dengan tergesa-gesa.
"Tuan, berita baik."