- Di rumah manor Qin -
Semua lampu yang besar dan indah di dalam rumah manor itu dinyalakan…
Sebaik sahaja Qin Chu menolak pintu depan, dia melihat ruang tamu berselerak. Qin Yumin duduk di atas sofa sambil menghisap rokok. Emaknya pula memegang beg bagasi di tangan seolah-olah mahu ke tempat lain…
"Mak… Mak buat apa?" Qin Chu berkerut. Dia seperti tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapanya.
Selama ini, ibunya seorang wanita yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan panas baran tetapi dia tahu bila dia perlu bertolak ansur. Ayahnya yang akan membuat keputusan besar dalam keluarganya. Ibunya hanya membuat keputusan kecil, keputusan harian seperti jenama kicap yang harus dibeli. Qin Chu tidak tahu masalah apa yang menyebabkan mereka bergaduh besar begini.
"Nak, kamu pulang pada masa yang tepat. Mak tak mahu hidup dengan ayah kamu lagi. Mak nak bercerai."