Qin Chu membawa mereka bertiga menaiki lif ke tingkat dua di mana terletaknya Dewan Bankuet Belia Orkid.
Saat Huo Mian menolak pintu, matanya menjadi silau disebabkan cahaya terang. Cahaya tersebut amat terang sehingga Huo Mian tidak mampu membuka matanya.
"Presiden Qin." Ramai hadirin yang menghampiri Qin Chu untuk menyapanya. Dewan yang bersaiz tiga hingga empat ratus meter persegi itu dihiasi gaya barat dan dipenuhi orang ramai.
"Presiden Qin, kamu dah sampai! Kami dah sedia," kata pengurus hotel ketika berjalan ke arah Qin Chu.
Qin Chu mengangguk dan berpaling ke arah Huo Mian, "Tunggu saya."
"Baiklah."
Kemudian pengurus hotel mengiringi Qin Chu ke atas pentas.
"Dijemput presiden syarikat kita, Encik Qin, untuk berucap."
Kemudian, para hadirin menepuk tangan.
"Kamu nampak halo di atas kepala suami kamu sekarang?" tanya Zhu Lingling sambil tersenyum.