"Boleh tahan, kerja saya tak begitu memenatkan. Bahagian selatan sebuah hospital yang mahal. Jadi, persekitaran tempat kerja dan kemudahan yang disediakan agak moden."
"Baguslah! Ibu saya cakap kamu orang yang bekerja keras dan walaupun kamu tak masuk universiti ternama, kamu dah kerja dengan tekun sejak tamat belajar dan sering dinaikkan pangkat. Saya suka duduk dengan orang macam kamu. Kamu berikan saya tenaga positif."
"Terima kasih kerana puji saya."
"Kamu tahu saya buat apa, kan? Saya Timbalan Pengurus Jabatan Kredit dan Pinjaman di bank dan saya telah beberapa kali dinaikkan pangkat. Tapi itu bukan matlamat saya. Saya bercadang nak jadi pengarah jabatan dalam masa lima tahun. Saya tahu ia susah tetapi saya tak akan menyerah kalah."
"Baguslah kamu ada impian. Saya harap kamu akan berjaya."
Huo Mian masih kagum dengan sikap positif Xu Liang walaupun dia hanya menganggap Xu Liang sebagai seorang jiran.