"Kamu di sana?"
"Saya di sini." Qin Chu membalas dalam beberapa saat.
"Saya dengar…pekerja syarikat kamu akan bekerja shif malam sepanjang minggu seterusnya."
"Ya."
"Kenapa?"
"Kerana shif malam bagus." Balasan Qin Chu sangat mencurigakan.
Jawapan jenis apakah itu? Huo Mian pasti shif malam GK yang tiba-tiba itu ada kaitan dengannya.
Ini bukan kerana dia seorang narsisistik. Cuma, terlalu banyak kebetulan di mana apabila dia perlu bekerja shif malam, semua orang di GK juga bekerja shif malam.
"Saya habis bekerja pada jam 8 pagi esok."
"Kebetulan pula. Saya pun habis kerja pada jam 8 pagi esok." Balas Qin Chu.
Huo Mian sangat marah sehinggakan dia tidak tahu sama ada dia patut ketawa atau menangis.
Kebetulan, kebetulan apakah ini? Qin Chu memang jelas-jelas mengikut jadual kerjanya, okey?
"Adakah kamu akan balik ke rumah selepas kerja esok pagi?"
"Ya."