"Eh…Encik Lin. Maafkan saya. Saya tak boleh terima pelawaan kamu." Huo Mian hanya mahu memberikan pengajaran kepada Lin Mingyu, lelaki yang memandang rendah pada mereka yang kurang berpendidikan.
Dia tidak sangka yang Lin Mingyu akan jatuh cinta kepadanya dan meminta dia menjadi teman wanita.
"Kenapa tidak? Kita sepadan, kan? Dengan pengetahuan kamu dalam forensik, kita ada banyak benda untuk dibualkan dan selepas kita berkahwin, saya boleh hantar kamu belajar ke Amerika Syarikat. Apabila kamu sudah menjadi doktor, dengan bakat kamu, kamu pasti tiada masalah untuk menjadi pakar oftalmologi atau pakar bedah neuro. Semua ini boleh berlaku! Kamu masih muda, jadi kamu pasti ada impian begini, kan?"
"Kamu silap. Impian saya hanya untuk menjadi jururawat. Ha, sekarang saya sangat gembira dengan tempat saya. Saya tidak mahu belajar di luar negara atau pun menjadi doktor."
"Kenapa tidak?" Lin Mingyu bertanya buat kali kedua.