Tải xuống ứng dụng
3.77% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 48: Meminta Pertolongan

Chương 48: Meminta Pertolongan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Duit? Semua sudah habis. Kami gunakan duit itu untuk beli pangsapuri ini. Jika kamu mahukannya, kamu perlu tunggu saya simpan duit. Bila sudah ada, saya akan bayar pada kamu."

"Okey, baiklah." Selepas bercakap, Huo Mian berpusing untuk beredar.

"Huo Mian, apa yang berlaku?"

"Zhixin terlibat dalam kemalangan kereta." Suara Huo Mian kedengaran serak.

"Kamu tidak patut datang pada saya dengan masalah sebesar ini. Kamu patut pergi pada bekas teman lelaki kamu yang kaya." Ning Zhiyuan berkata tiba-tiba.

Huo Mian tidak membalas, tetapi kekecewaan jelas terlukis pada wajahnya. Dia berpusing untuk beredar.

Selepas berkata-kata, Ning Zhiyuan menyesali keputusannya. Mengapa dia perlu mengkritik Huo Mian begitu?

"Zhiyuan, suara siapakah itu? Kenapa kamu tidak masuk kembali?" Satu suara feminin memanggil dari dalam bilik tidur.

Ning Zhiyuan sebenarnya masih mempunyai wang di dalam kadnya. Masih ada seratus ribu yuan di dalam akaunnya yang mahu digunakan untuk perkahwinan mereka pada asalnya.

Jika dia serahkan wang ini pada Huo Mian, adakah dia akan cukup terharu untuk kembali bersama dengannya?

Namun, dia juga mempertimbangkan kemungkinan yang jika Huo Mian mengambil wang itu sekalipun, gadis itu pasti masih menolak untuk bersama dengannya kembali. Itu tidak akan berbaloi.

Semasa berjalan keluar dari pangsapuri Ning Zhiyuan, Huo Mian menerima panggilan daripada Zhu Lingling.

"Kawan, saya baru sahaja keluar daripada pesawat dan melihat mesej kamu. apa yang berlaku? Kenapa kamu perlukan begitu banyak wang?" suara Zhu Lingling kedengaran agak bimbang.

"Zhixin terlibat dalam kemalangan kereta. Dia berada di hospital sekarang dan saya perlukan 300,000 yuan untuk pembedahan itu."

Ketika itu, suara Huo Mian sudah terlampau serak.

"Apa? Zhixin terlibat dalam kemalangan? Jangan panik. Kamu di mana? Saya pergi cari kamu sekarang juga."

"Saya di Bangunan Perniagaan Pelangi berhampiran dengan Jalan Cincin Ketiga."

"Okey. Jumpa kamu sekejap lagi."

Zhu Lingling mengambil teksi dan tiba di sana dalam masa setengah jam. Dia dan Huo Mian memilih sebuah KFC dan duduk berbual.

"Lingling, saya benar-benar buntu."

"Apa kata polis? Apa jadi dengan pesalah itu?"

"Mereka masih menyiasat. Menurut mereka, ada empat atau lima orang pelajar yang cedera. Adik saya bukannya mangsa tunggal dan itu membuatkan urusan polis menjadi lebih sukar. Proses menunggu pampasan sangat lama dan pembedahan untuk Zhixin tidak boleh dilengahkan. Kami mesti melakukan pembedahan itu dengan secepat mungkin."

"Saya faham. Macam ini, saya ada lebih kurang 80,000 yuan dalam simpanan. Kamu boleh ambil itu buat masa sekarang. Saya akan bertanya pada ibu bapa saya, saudara mara dan kawan-kawan untuk pinjamkan saya wang. Saya rasa, saya boleh dapatkan wang untuk kamu dalam 130,000 yuan. Selebihnya, kita akan fikirkan."

"Terima kasih sangat-sangat, Lingling." Dengan mata merah, Huo Mian memegang erat tangan Zhu Lingling.

"Kamu si dungu. Kita kan kawan baik. Kamu tidak perlu berterima kasih kepada saya. Jika saya tidak tolong kamu masa ini, bila pula saya akan tolong kamu? Wang tidak penting. Apa yang penting sekarang adalah Zhixin selamat dan sihat."

Huo Mian mengangguk…

"Mian, kenapa kita tidak tanyakan pada pihak media? Apabila perkara ini diketahui umum, kita dapat mengumpul jumlah yang cukup melalui derma."

Huo Mian teragak-agak seketika sebelum membalas, "Saya ada fikirkan mengenai hal itu juga. Tetapi, jika kita maklumkan pada media dan menghebahkan kejadian ini, Zhixin akan menghadapi tekanan yang besar apabila dia sudah sembuh dan kembali ke universiti. Saya tidak mahu orang memandangnya dengan simpati, kamu faham kan? Dia masih seorang lelaki dan begitu bermaruah. Saya mahu media menjadi jalan terakhir kita."

"Ya, betul juga itu. Saya tidak fikir dengan teliti. Tidak apa, jangan bimbang. Kita akan fikirkan sesuatu."

Selepas dia dan Zhu Lingling berpisah, Huo Mian kembali ke pangsapurinya dan membasuh mukanya.

Kemudian, pemberitahuan daripada WeChat muncul…

"Dewi Huo, adakah kamu di sana?" Mesej tersebut daripada teman sekolah tingginya, Wei Dong.

"Ya, apa dia?"

"Saya dengar daripada Zhu Lingling yang adik lelaki kamu terlibat dalam kemalangan kereta dan memerlukan wang untuk pembedahan itu. Betulkah?"

"Ya."

"Saya ada wang. Saya boleh pinjamkan pada kamu."

"Betulkah? Terima kasih." Huo Mian membalas dengan teruja.

"Mari berjumpa dan bincangkan hal ini."

"Baik." Huo Mian bersedia untuk melakukan apa sahaja demi Zhixin.

Pada jam 6.30 petang, Huo Mian berjumpa Wei Dong di restoran Thai yang berdekatan.

Wei Dong memandu kereta Mercedes Benz-GLK berwarna hitam dan menyarungkan baju jenama Armani. Di tangannya, ada dompet LV dan pergelangan tangannya disalut dengan jam berlian Longines. Dia kelihatan seperti anak orag kaya yang dimanjakan.

Huo Mian pula memakai sepasang kemeja-T putih dan seluar jeans. Ia kelihatan ringkas tetapi bergaya.

"Saya harap saya tidak buat kamu menunggu dengan lama." Wei Dong bertanya sambil tersenyum.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C48
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập