Tải xuống ứng dụng
1.65% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 21: Identiti

Chương 21: Identiti

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Kamu nampak terkejut." Huo Siqian tersenyum. Dia kelihatan bergaya dan menarik dalam kemeja putih dan seluar hitam.

Namun, atas beberapa sebab, Huo Mian benar-benar tidak suka akan lelaki ini. Perasaan tidak sukanya kepada lelaki ini lebih kuat daripada apa yang dirasakannya terhadap Huo Yanyan dan Huo Siyi.

Bagaimana mereka boleh berkait, semuanya satu huru-hara yang teruk.

Semasa emak Huo Mian, Yang Meirong melakukan kesalahan, dia merupakan pelakon kelas C yang hampir tidak terkenal. Dia biasanya berlakon dalam drama bertemakan zaman bersejarah. Walaupun dia tidaklah begitu jelita, dia cukup cantik dan kerana dia masih muda dan sombong, Yang Meirong telah membuat beberapa pilihan yang salah. Pada satu masa, dia merupakan perempuan simpanan kepada Huo Zhenghai, waris kepada Keluarga Huo yang terkenal. Yang Meirong menyangka bahawa sekiranya dia mengandungkan anak Zhenghai, dia akan dapat menggantikan isterinya. Apa yang tidak difikirkannya ialah kedua-dua dia dan anaknya dibuang di jalanan.

Keluarga Huo juga tidak pernah mengakui kewujudan anak tidak sah taraf mereka, Huo Mian.

Huo Siqian merupakan pewaris semasa kepada Keluarga Huo. Sebagai anak angkat kepada isteri Huo Zhenghai, iaitu Puan Huo yang juga dikenali sebagai harimau betina, dia menerima sokongan penuh daripada emaknya. Oleh itu, meskipun dia bukanlah anak kandung kepada Huo Zhenghai, dia masih menikmati status terhormat dalam keluarga tersebut.

Sementara itu, adik beradiknya iaitu Huo Yanyan dan Huo Siyi merupakan anak kepada perempuan simpanan kegemaran Huo Zhenghai, Shen Jiani dan sangat disayangi oleh ayah mereka.

Pada waktu tersebut, Shen Jiani menikmati kemahsyuran sementara sebagai seorang selebriti. Dia berjaya melebihi perempuan simpanan lain dengan mengambil kesempatan dalam berbagai cara dan menggunakan akalnya.

Buat masa sekarang, Keluarga Huo cuma mengakui tiga orang pewaris secara umumnya. Untuk Huo Mian pula, tiada orang yang tahu mengenainya melainkan ahli Keluarga Huo sendiri.

Huo Siqian sudah beberapa mencari Huo Mian dengan usahanya sendiri. Dia cuba memberikan duit kepada Huo Mian, tetapi tidak pernah diterima oleh gadis itu.

Bagi Huo Mian, selain daripada nama keluarganya, dia tiada hubungan langsung dengan Keluarga Huo.

Dia tidak pernah memikirkan lelaki tersebut sebagai bapanya.

Dia lebih rela memberi kasih sayangnya kepada bapa tirinya, Pak Cik Jing.

"Kenapa saya perlu terkejut? Ianya normal untuk seseorang seperti Tuan Muda Huo untuk berada di tempat seperti ini." Huo Mian memberikannya senyuman tawar. "Sepatutnya, kamu yang terkejut melihat kami orang kebanyakan di sini, bukan?"

"Huo Mian, nampaknya kamu ada sesuatu yang tidak disukai mengenai saya. Kenapa begitu? Setakat yang saya ingat, saya selalu baik terhadap kamu. Lagipun…" dengan gelas di tangannya, Huo Siqian merapati Huo Mian dan menyambung. "Berdasarkan kedudukan kita dalam keluarga, kamu sepatutnya memanggil saya 'abang long'."

Zhu Lingling duduk di sebelah Huo Mian, mendengar dengan senyap. Dia sedar itu bukan tempatnya untuk berkata apa apa.

"Tuan Muda Huo mesti bergurau. Kamu pewaris kepada Keluarga Huo yang hebat dan saya hanyalah rakyat biasa. Mengikut logik apakah yang membolehkan kita menjadi adik beradik? Tentang perkara yang kamu kata bahawa saya ada sesuatu yang tidak disukai terhadap kamu, memang betul. Kamu tahu? Ada orang dalam dunia ini yang kamu terus benci apabila memandang mereka. Nampaknya, itu yang saya rasa terhadap kamu."

Selepas habis bercakap, Huo Mian berpusing daripada Huo Siqian, tidak memberinya sebarang perhatian. Dia melagakan gelasnya pada gelas Zhu Lingling.

Tidak mahu menyerah kalah, Huo Siqian cuba berbual dengan Huo Mian. "Ayah tidak begitu sihat kebelakangan ini. Kalau ada masa, kamu patut jumpa dia."

"Beritahu saya apabila dia sudah meninggal dunia. Kerana dia telah memberi benihnya untuk mencipta saya dua puluh empat tahun yang lalu, saya sanggup menyalakan kayu dupa di atas kuburnya."

Komen Huo Mian membuatkan Huo Siqian kehilangan kata-kata…

Wajahnya berubah murung. Kerana enggan membiarkan dirinya dihina lagi, dia berpusing dan beredar.

Selepas Huo Siqian berlalu pergi, Zhu Lingling menjerit dengan menutup mulutnya dengan tapak tangan. "Oh Tuhan! Kawan, itu sangat hebat! Itulah Huo Mian yang saya kenali! Kamu langsung tidak memberi simpati, walaupun dengan abang sendiri."

"Abang apa? Saya tidak pernah mengakui dia sebagai abang." Sedikit muram, Huo Mian meneguk lagi minumannya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C21
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập