Tải xuống ứng dụng
0.62% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 8: Salah Faham

Chương 8: Salah Faham

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dengan terkejut, Huo Mian berpusing. Teman lelakinya, Ning Zhiyuan berdiri tidak jauh di belakang mereka.

Nampaknya dia baru sahaja pulang daripada shif malamnya. Dia memegang jajan kegemaran Huo Mian di tangannya – jagung bakar dan minuman kola sejuk.

Fikiran Huo Mian kembali fokus. Dia menolak Qin Chu dan segera menerangkan, "Zhiyuan, ianya…ianya bukanlah seperti apa yang kamu lihat. Tolonglah jangan salah faham. Biar saya terangkan, okey?"

"Baiklah. Saya sedia mendengar. Terangkan." Balasan Ning Zhiyuan luar biasa tenang sewaktu dia memandang Huo Mian. Kemudian, pandangannya diarahkan pada Qin Chu yang berdiri di belakang Huo Mian. Matanya membara dengan api permusuhan. Ning Zhiyuan sangat arif dengan Huo Mian dan dia tahu Huo Mian bukanlah jenis yang akan mencetuskan masalah di belakangnya. WeChatnya sendiri jarang digunakan dan jadual harian Huo Mian hanyalah satu garis lurus antara rumah dan kerja. Dia seorang wanita yang jujur dan oleh itu, Ning Zhiyuan yakin bahawa mesti ada sebab di sebalik kejadian yang disaksikannya sebentar tadi.

Sebelum Huo Mian membuat keputusannya mengenai bagaimana dia harus menerangkan situasi tersebut kepada Ning Zhiyuan, Qin Chu tiba-tiba membuka mulutnya dan berkata, "Huo Mian…adalah milik saya."

Mendengarkan ayat tersebut, kepala Huo Mian terasa seperti ingin meletup.

Dia tidak pernah menyangkakan sesuatu yang begini klise akan berlaku kepadanya. Dia tiba-tiba merasakan kejadian ini umpama lawak menjengkelkan yang dimainkan oleh alam semesta terhadapnya.

Selepas mendengar kata-kata tersebut, rasa lembut hati yang biasanya ada pada Ning Zhiyuan terus menghilang. Pandangan matanya digantikan dengan kedinginan ais.

"Qin Chu, benda mengarut apa yang kamu cakapkan ini?" Akhirnya Huo Mian naik angin.

"Mian. Perkara pertama, kamu beritahu saya. Siapa dia ini?" Ning Zhiyuan bertanya sambil menudingkan jarinya kepada Qin Chu dengan air muka yang sangat serius.

"Zhiyuan, dengar cakap saya. Dia hanyalah…kawan sekelas sekolah tinggi saya," getaran pada suara Huo Mian jelas kedengaran apabila dia berkata-kata. Secara teknikalnya, dia tidak menipu. Memang benar pun yang Qin Chu merupakan kawan sekelasnya selama tiga tahun sewaktu sekolah tinggi.

"Huo Mian, kita lebih daripada sekadar kawan sekelas kan? Kenapa kamu tak beritahu dia yang kita baru sahaja bercium di bilik mandi hotel tadi?" Qin Chu berkata dengan kejam, senyuman angkuh terukir di hujung bibirnya.

Mendengarkan ini, air muka Ning Zhiyuan berubah menjadi berang. Dia merasakan seluruh badannya menjadi kebas.

"Saya tidak…" Huo Mian bergelut untuk membetulkan kebenaran yang diputar-belitkan oleh Qin Chu.

"Huo Mian, jangan menipu. Kamu tak boleh menipu mengenai perkara ini apabila bau saya masih ada pada bibir kamu." Qin Chu menghulurkan tangannya dan mengusap jari telunjuknya pada bibir Huo Mian dengan gaya yang begitu intim dan provokatif.

Kemudian, Qin Chu melemparkan pandangannya pada Ning Zhiyuan sekali lagi.

"Kamu teman lelaki Huo Mian. Tetapi, pernahkah dia berkongsi cerita masa lalunya dengan kamu?" dia bertanya.

Masa lalunya? Ning Zhiyuan berfikir dalam keadaan terkejut. Memang benar, Huo Mian tidak pernah bercakap tentang masa lalunya walaupun sekali. Selain daripada masih berkawan rapat dengan Zhu Lingling, Huo Mian tidak pernah menghadiri sebarang acara penyatuan semula dan dia sendiri tidak pernah menanyakan Huo Mian mengenai perkara tersebut.

"Apa? Kamu tidak tahu? Dia tak pernah cakapkah yang tujuh tahun lalu, ada lelaki yang sangat dia cintai? Lelaki itu adalah saya," kata Qin Chu, menyebut setiap perkataan dengan begitu jelas. Huo Mian dapat merasakan luka lama di dalam dadanya yang sudah lama sembuh mula terbuka kembali dengan perlahan dan menyakitkan.

"Huo Mian, bagitahu saya. Betulkah apa yang dia cakapkan?" suara Ning Zhiyuan begitu dingin. Tiada sedikit pun kehangatan yang kedengaran dalam suaranya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C8
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập