Kapal itu milik Golongan Roh Matahari yang telah mendengar kekecohan yang dicetuskan oleh Meng Hao selama ini. Tidak kisahlah tiga lelaki tua itu, dua lelaki muda yang tenang itu ataupun penumpang-penumpang yang lain, mereka semua bingung dan kecewa. Semua orang di atas kapal itu mahu keluar dari Pembahagi Angin Ribut secepat mungkin.
Sepanjang dua bulan itu, mereka telah mendengar bunyi letupan lebih daripada dua puluh kali. Sekarang, mereka mula membuat spekulasi bukan sekumpulan orang yang cuba terbang melalui Pembahagi Angin Ribut, tetapi seorang manusia sahaja!
Manusia itu mesti berkuasa dan menakutkan kalau dia boleh melewati formasi mantera itu tanpa menghancurkan tubuhnya.
Apa yang paling penting ialah kapal itu mempunyai kompas Feng Shui yang dibentuk daripada gabungan kuasa tiga lelaki tua itu dan mereka telah menggunakannya pada bulan lalu.