Meng Hao mempelajari banyak perkara tentang Suku Peninjau Gagak daripada Wu Hai. Dia kini tahu Suku itu mempunyai tujuh pangkat Pahlawan Naga, yang kedudukannya sangat tinggi dan dihormati. Greatfather dan Paderi-paderi juga sopan dengannya.
Dia juga pelajari Suku Tentera Gagak baru mengambil Pahlawan Naga pangkat ketujuh yang ditemani oleh Gergasi Liar. Pahlawan Naga itu terus mengambil tempat tertinggi di Suku itu dan menimbulkan berita hangat di Suku lain.
Apabila dia terdengar berita ini, riak wajah aneh terpapar pada wajah Meng Hao dan dia terfikirkan Gu La, yang telah hilang semasa rentas jarak ke sini.
Setengah tahun berlalu. Meng Hao rasa tenang dalam Suku Peninjau Gagak. Ini mengingatkannya ketika dia mula-mula menyertai Sekta Takdir Ungu Lembayung.
Sama seperti masa itu, tiada sesiapa pedulikannya dan tiada sesuatu luar biasa berlaku. Rahsianya disimpan sendiri dan dia akan meneruskan rancangannya tanpa pengetahuan sesiapa.