Dalam masa yang sama, di China.
Ye Wan Wan mengarah Heidi dan kumpulannya untuk mencari berita tentang Ye Shao Ting dan Ye Mu Fan, jadi Lolita kecil dan Heidi telah meninggalkan Rumah Mawar di awal pagi dan tidak kembali sehingga waktu tengah hari.
Heidi menghirup seteguk air sebelum menghampiri Ye Wan Wan dan mengumumkan, "Tuan, ada berita!"
"Apa dia?" Ye Wan Wan memandang Heidi.
"Tuan, saya ada berita pasal orang yang awak tanya. Saya ada ramai kawan kebelakangan ni dan salah seorang daripada mereka kebetulan bertanggungjawab kepada kes ini. Walaupun ada bukti yang mencukupi, kes ini masih ditangguh disebabkan Ye Hong Wei dan Tan Yi Lan, juga sebab masih ada banyak persoalan pasal kes ini. Jadi kes ini tak akan dibicara sekurang-kurang untuk tempoh setengah tahun," kata Heidi.
Ye Wan Wan kekal diam setelah mendengar laporan itu.