Selepas menamatkan panggilan video itu, kemarahan Nie Tiada Nama masih lagi marak membara.
Semburan Bunga, si penganut Taoist dan mereka yang lain terus mendiamkan diri kerana takut. Kapten selalunya seorang yang tidak serius, tetapi Kapten dalam mod gunung berapi ialah orang paling menakutkan di atas muka bumi ini….
"Apa kamu semua tengok lagi? Semua makanan ni percuma ke? Makan! Makan semuanya!" Nie Tiada Nama menoleh kepada kumpulannya.
"Ya, makan, makan, makan!"
Si penganut Taoist mula menggerakkan penyepitnya dan menyedut semua kentang cincang seperti ia ada bekalan tanpa had.
"Semua makanan ni percuma ke? Kenapa kau makan semua tu seorang diri?!" Nie Tiada Nama menjeling kepada si penganut Taoist.
Si penganut Taoist terpaku di tempat duduknya, kentang cincang yang dikepit tergantung di udara dan dia menoleh ke tepi dengan malu. Dia patut makan atau tidak…