Keesokan harinya, Ye Wan Wan tiba di kediaman keluarga Jiang untuk melawat ibu bapa Jiang Yan Ran.
Pasangan Jiang itu begitu seronok dengan kehadiran Ye Wan Wan, disebabkan itu mereka tidak putus-putus meminta gadis itu untuk makan lebih banyak. Apabila Ye Wan Wan menceritakan semula apa yang berlaku malam sebelumnya, barulah mereka beralah.
Jika dia menyumbat dirinya lagi hari ini, pasangan ayah dan anak di rumahnya pasti akan membebel sehingga telinganya berdarah kelak.
"Wan Wan, nasib baik Yan Ran ada awak di sisi dia selama ni. Kalau tak, siapa tahu apa yang berlaku kepada Yan Ran…" Setiap kali mereka teringat bagaimana mereka boleh terlepas pandang perangai sebenar Song Zi Hang dan hampir mengahwinkan anak gadis mereka kepada keluarga Song, yang mana sama seperti melontar anak gadis mereka ke lubang neraka. Pasangan Jiang itu tidak boleh menahan daripada mengeluh berat dalam hati mereka.