'Apa yang berlaku…'
Sudah sekian lama dia tidak mengalami mimpi ngeri ini…
Ye Wan Wan tanpa disedari memeluk Tang Tang dengan lebih erat. Apabila dia merasai kehangatan dari tubuh anak kecil itu, perasaan dingin dalam badannya perlahan-lahan hilang.
Si Ye Han dapat merasakan pergerakan di sebelahnya dan membuka matanya. "Kenapa?"
Ye Wan Wan menggeleng kepalanya. "Tak ada apa-apa. Saya mimpi ngeri tadi. Mungkin terlalu penat hari ni…"
"Awak mimpi pasal apa?"
"Mimpi ngeri. Saya sedang diburu dan semua benda tu, awak tahu, benda biasa. Darah di merata-rata tempat, menakutkan betul…"
Si Ye Han diam seketika sebelum mencium dahi gadis itu. "Saya ada dekat sini."
"En…." Ye Wan Wan mengecilkan matanya seperti kucing comel, bertenang dan terus terlena semula.
Kali ini, mimpinya gembira dan ceria…
…
Keesokan harinya, bangunan Hiburan Zaman Dewa, bilik mesyuarat.