Ye Wan Wan yang baru sahaja mengucap "selamat pagi" terus terdiam.
Pasangan ayah dan anak itu sedang merenung tepat kepada dirinya.
Tang Tang memang seorang bayi, jadi panggilan "baby" sangat sesuai dengannya. Manakala nama timangan gadis itu kepada Si Ye Han pula "baby"...
Ye Wan Wan pertama sekali memandang kepada roti bun susu yang baru bangun tidur itu.
'Oh, baby sangat comel! Aku tak boleh tahan!'
Ye Wan Wan kemudian menoleh kepada Si Ye Han…
'Aduh… si cantik yang baru bangun ni memang mengancam!'
Apa yang penting sekarang, pasangan ayah dan anak ini nampaknya sangat kisah kepada siapa dia tujukan panggilan "baby" sebentar tadi…
'Itu hanya nama panggilan. Perlu ke mereka tenung dia sampai macam ni?
'Kenapa mereka sangat serupa dalam benda macam ni?'