Ye Wan Wan memandang budak kecil di atas sofa yang kelihatan seperti ladu kecil yang comel itu. Dia menggosok matanya yang mengantuk dan memanggil dia mama telah membuatkan seluruh perasaan marah Ye Wan Wan terus hilang. Dia begitu tertawan sehingga hatinya haru-biru…
Nie Tang Xie bertanya, "Mama ada benda penting nak cakap?"
Ye Wan Wan terkedu. "Uh… Mama nak cakap… budak yang sedang membesar tak boleh tidur lewat. Benda ni sangat penting! Mama bawa awak naik atas untuk tidur, ya!"
Nie Tang Xiao menjawab ringkas, "En."
Oleh itu, Ye Wan Wan yang mahu menghalau anak kecil itu sebentar tadi, kini telah membawa dia ke tingkat atas untuk tidur.