Mereka berdua sejak dari dahulu lagi tidak sabar-sabar mahu berkahwin. Tetapi oleh sebab Ye Wan Wan tiba-tiba menamatkan pertunangan mereka di majlis hari jadi Ye Hong Wei tempoh hari, Gu Yue Ze berasa terkejut dan terlalu malu. Jadi mereka telah menunda tarikh pertunangan mereka.
Ye Mu Fan takut jika Ye Wan Wan akan terkesan, jadi dia cuba memujuk gadis itu, "Wan Wan, tak guna rasa sedih dekat lelaki tak guna macam dia… kalau awak tak gembira, saya akan tolong awak belasah dia!"
Ye Wan Wan berasa tidak berdaya dan juga terharu, jadi dia menjawab, "Abang, saya bukan budak-budak lagi…"
Dia kemudian mengelipkan matanya dan memandang Ye Mu Fan. "Abang, awak pernah dengar pepatah ni tak, awak akan selalu teringatkan bekas kekasih awak hanya kerana kekasih baru awak…"