Satu kelas senyap semasa Ye Wan Wan sampai ke pintu kelas F.
Cheng Xue sudah menjangka perkara ini akan berlaku dan telah menghias dirinya sejak awal pagi lagi sebagai persediaan untuk ketibaan musuhnya. Dia juga telah memastikan tidak ada walau satu kedutan pun di pakaiannya. Siapa sangka, penampilan Ye Wan Wan telah mencuri semua perhatian?
Si Xia juga mengharapkan sesuatu. Tetapi sebaik sahaja dia ternampak kelibat Ye Wan Wan di pintu, tangan yang menongkat dagunya tergelincir dan mukanya hampir tersembam ke meja. Tetapi, matanya tidak beralih dari merenung gadis itu.
Semua benda berlaku dengan cepat malam semalam jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas dan tidak pasti apa yang dia lihat.
Namun, gadis berbaju merah di hadapannya ini tanpa disangka menolak ke belakang satu imej di dalam ingatannya.
Wajah Ye Wan Wan ini, lebih-lebih lagi apabila dia berbaju merah sangat mirip dengan seseorang di dalam ingatannya.