"Ayah awak betul, Yan Ran. Jika ada apa-apa berlaku pada awak, kami tak tahu macam mana untuk teruskan hidup!"
"Saya minta maaf… Maafkan saya… Ayah… Ibu… Saya sangat pentingkan diri sendiri… Saya janji tak buat lagi…"
Jiang Yan Ran menangis semahu-mahunya dalam dakapan ibu bapanya dan meluahkan semua masalah dalam hatinya.
Ye Wan Wan menunggu ketiga-tiga mereka untuk bertenang sedikit sebelum bertanya, "Pak Cik, Mak Cik, macam mana kita nak bela Yan Ran?"
Encik Jiang mendengus dingin. "Sudan tentu dengan mengikut apa yang anak lelaki keluarga Song yang kejam dan jahat itu mahukan, putuskan pertunangan ini!"
Jiang Yang Ran kelihatan risau. "Tapi hubungan kedua-dua keluarga kita sudah berlanjutan begitu lama dan banyak perniagaan dan projek yang saling berkaitan…"