Tải xuống ứng dụng
4.42% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 61: Secebis Cahaya Bintang

Chương 61: Secebis Cahaya Bintang

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Pada saat itu, Ye Wan Wan tidak tahu spekulasi Puan Tua dan Mo Xun, hanya tahu penyakit Si Ye Han tidak begitu serius seperti 7 tahun akan datang.

Lelaki yang sedang lena dibuai mimpi kelihatan tidak berbahaya dan aura menakutkan yang selalu hadir mengelilingi dirinya juga tidak dirasai, membuatkan dia lebih bertenang.

Semasa Si Ye Han tidur, Ye Wan Wan melihat beberapa berita hiburan dan gosip terbaru di telefonnya.

Bintang paling terkenal dalam arena hiburan berubah seperti angin bertiup, menukar kumpulan artis baru beberapa bulan sekali, sama seperti 7 tahun akan datang.

Selain dari manusia jahat seperti Xie Zhe Zhi yang menjadi terkenal dalam masa yang singkat, kebanyakan bintang terkenal 7 tahun akan datang belum cukup dikenali pada masa itu dan ada juga beberapa daripada mereka yang belum memasuki industri hiburan itu sendiri.

Pada masa ini, Kumpulan Ye mempunyai beberapa rangkaian teater, syarikat pengeluaran filem, dan juga kepentingan dalam media. Di bawah mereka, syarikat Hiburan Maharaja ialah agensi media paling lama dalam industri, yang mewakili pengaruh besar. Sekarang atau tujuh tahun akan datang, raja dan ratu selebriti terkenal akan beratur untuk berkontrak di bawah syarikat Hiburan Maharaja.

Boleh dikatakan Kumpulan Ye yang mendominasikan sebahagian daripada arena hiburan, memegang banyak kerjaya artis dalam tangan mereka dan memutuskan nasib setiap seorang daripada mereka.

Dari memorinya, dalam beberapa tahun, keluarga Shen juga akan berkembang pesat, membangun dari sebuah syarikat kecil kepada menduduki tempat penting dalam industri hiburan malah mampu menyaingi keluarga Ye.

'Dalam kehidupan ini, aku tak akan benarkan mereka berjaya!'

Namun, sebelum dia boleh berbuat apa-apa, dia perlukan kepercayaan Si Ye Han dan ruang kebebasan yang mencukupi.

Dia perlu memanfaatkan setiap detik untuk membekalkan dirinya dengan pengetahuan berguna.

Dengan fikiran ini, seperti satu kabus yang mengaburi kejahilan dan perasaan ragu-ragunya telah hilang bertaburan, dan matlamat Ye Wan Wan menjadi semakin jelas.

Apabila Si Ye Han membuka matanya, apa yang dia nampak ialah wajah bercahaya gadis itu diiringi sepasang mata hitam. Seperti dia adalah Bima Sakti dengan beribu-ribu bintang yang berkelip sebagai hiasan –– gadis itu kelihatan sungguh cantik.

Jari runcingnya tidak boleh menahan dari membelai secebis cahaya bintang ini…

Ye Wan Wan terlalu sibuk merancang dalam fikirannya dan tiba-tiba terasa satu sentuhan di kelopak matanya. Pada masa itu baru dia sedar Si Ye Han telah terjaga. Dia mengangkat kepala. "Awak dah bangun!"

"Apa yang awak buat?" Kerana dia baru bangun dari tidur, suaranya kedengaran serak basah.

"Saya tengok awak dah tertidur, saya tak mahu ganggu jadi saya hanya melayari telefon saya. Awak penat? Awak nak masuk ke dalam rumah dan tidur? Awak akan sejuk kalau terus tidur di sini." Tanya Ye Wan Wan.

Mendengar kebimbangan yang keluar dari mulut gadis itu kepada dirinya, wajah Si Ye Han tampak sedikit terkejut. Dia membalut kedua-dua mereka seperti kucing yang besar, kemudian menyandar kepalanya ke leher gadis itu. "Awak nak teman saya?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C61
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập