Tải xuống ứng dụng
3.18% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 44: Hubungan Antara Kita

Chương 44: Hubungan Antara Kita

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Xu Yi menunggu di dalam kereta lebih daripada enam jam sebelum tuannya muncul.

Lebih daripada enam jam…

'Apa yang Tuan buat?'

Xu Yi memang tidak berani bertanya dan dia terus membuka pintu kereta tempat duduk belakang dengan pantas.

Di dalam kereta, Xu Yi tidak dapat menahan dirinya daripada memerhatikan lelaki yang sedang duduk di belakang melalui cermin pandang belakang.

Si Ye Han sedang menongkat dahinya dengan jari, wajahnya yang kacak disaluti dengan lapisan ais yang dapat dilihat pada tingkap gelap kereta tersebut.

Wajah Tuan kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi riak wajahnya tidak begitu menyenangkan.

'Wajah yang lebih sihat tetapi murung?

'Jadi, apa yang terjadi pada Tuan selama enam jam ini?

'Selepas dia terima surat cinta itu, keadaan tampak agak tenang antara mereka berdua.'

Kening Xu Yi terus berkerut apabila dia terkenangkan surat cinta itu.

Setelah puas dia bertangguh, Xu Yi tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, "Tuan pasti Tuan nak kekal berhubung dengan Shen Meng Qi itu?"

Dia sudah pun memeriksa latar belakang perempuan ini—ayahnya merupakan bos bagi syarikat kecil dan berurus niaga secara kecil-kecilan dengan keluarga Ye. Pada awalnya, Shen Meng Qi rapat dengan Ye Wan Wan dan abangnya atas galakan En Shen. Semua ini dibuat agar dia mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Ye Shao Ting.

Shen Meng Qi tidak menghampakan ayahnya—dia berjaya memenangi kepercayaan Ye Wan Wan dan dia juga berhubung dengan Ye Mu Fan.

Apabila melihat Si Ye Han tidak menjawab, Xu Yi teragak-agak buat seketika sebelum menyambung, "Perempuan ini berkawan dengan Cik Ye atas niat jahat. Dia sengaja mengganggu hubungan antara Tuan dan Cik Ye. Tuan betul-betul mahukah orang begini terus berdamping dengan Cik Ye? Walaupun dia hanya seorang budak mentah, kita tak takut akan dia tetapi pengaruhnya ke atas Cik Ye terlalu besar."

Si Ye Han mendengar sahaja dan pandangannya bertukar dingin secara perlahan-lahan dan dia memandang tajam ke hadapan kereta dan menjawab, "Kau rasa hubungan kami boleh diputuskan oleh sesiapakah?"

Belakang Xu Yi terus terasa kejang daripada renungan dingin itu dan dia berharap dia boleh menangis dan mengadu kepada Tuhan—'Biar betul? Tuan, macam mana Tuan begitu yakin yang hubungan Tuan dengan Cik Ye ini kuat?'

Sayangnya dia tidak cukup berani untuk menyuarakan buah fikirannya.

Dalam keheningan di tempat duduk belakang, wajah lelaki tersebut kerap berubah dalam kegelapan. Selepas beberapa ketika, akhirnya dia menutup matanya dan menahan keinginan yang membuak-buak untuk membunuh.

Melihat perkara ini, hati Xu Yi akhirnya faham.

'Shen Meng Qi satu-satunya sokongan yang Ye Wan Wan ada.

'Perangai Ye Wan Wan cukup degil tetapi dia secara sukarela patuh dengan Tuan dan merayu dengan Tuan untuk membantu Shen Meng Qi.

'Sebelum ini, dia sanggup kebulurkan diri sendiri selama tiga hari agar Shen Meng Qi dibenarkan masuk dan keluar Taman Jin dengan bebas.

'Kalaulah Tuan cederakan Shen Meng Qi, insiden ini akan mencetuskan perang dunia!

'Walaupun Shen Meng Qi berniat jahat, peranannya tiada ganti. Kalau bukan kerana Shen Meng Qi, Ye Wan Wan sudah lama melarikan diri.'

Sebenarnya, dia masih tidak faham sebab Tuannya terlalu sukakan Ye Wan Wan—'Adakah kerana dia terlalu jual mahal?

'Sekarang ini, aku hanya boleh berdoa agar Ye Wan Wan berfikir dengan lebih waras. Dengan cara ini, walaupun Shen Meng Qi terus menghasut, ia tak akan jadi masalah. Bukankah itu yang terjadi dengan insiden surat cinta sebelum ini?

'Mungkin lepas Tuan akhirnya dapat perempuan ini, dia akan sedar yang perempuan ini tak istimewa langsung.'


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C44
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập