Tải xuống ứng dụng
2.31% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 32: Awak Memang Perasan!

Chương 32: Awak Memang Perasan!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dalam pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Semua guru subjek untuk kelas F telah diberitahu dan semuanya telah berkumpul untuk menyiasat kertas peperiksaan Ye Wan Wan. Ramai pelajar juga telah berkumpul di luar untuk melihat.

Salah seorang guru berkata, "Walaupun soalan untuk peperiksaan Seni Liberal agak sukar, tapi mereka masih dalam skop kokurikulum – ia merupakan topik yang telah disentuh sebelum ini. Banyak pelajar bijak di Qing He dan bukan Ye Wan Wan sahaja yang mendapat markah penuh. Tapi persoalannya sekarang… adakah Ye Wan Wan mampu memberi keputusan seperti ini?"

"Selain itu, tiada cara lain untuk membuktikan markah penuh untuk Bahasa bukan? Walaupun karangannya sangat memuaskan bagi penyemak, tapi bagaimana dia tidak hilang markah dalam pemahaman bacaan?" Seorang lagi guru menyuarakan keraguannya.

Guru Bahasa, Feng Rui An juga menyatakan kesangsiannya. "Ye Wan Wan, saya sudah melihat jawapan awak dengan teliti dan perasan jawapan pemahaman bacaan awak sama sepenuhnya dengan kunci jawapan, perkataan demi perkataan. Boleh awak terangkan bagaimana ini berlaku?"

"Saya pernah melihat dua soalan ini sebelum ini dan hanya mengingat jawapannya. Soalan pertama pemahaman bacaan datang dari kertas peperiksaan Sekolah Kesatuan 6 tahun senior pada tahun XX wilayah A dan soalan kedua pula datang dari peperiksaan simulasi Sekolah Kebangsaan 13 dari tahun XX." jawab Ye Wan Wan dengan cepat.

Mendengar Ye Wan Wan memetik sumber 2 soalan itu, mata Feng Rui An bercahaya. "Boleh tahan, sumber 2 solan itu memang betul. Memandangkan kedua-dua soalan ini pada awalnya dianggap terlalu sukar, guru-guru tidak menyentuh soalan ini di dalam kelas sebelum ini. Namun, topik untuk kedua-dua soalan pemahaman bacaan ini agak bagus, jadi mereka dipilih untuk peperiksaan. Awak, budak kecil, adakah awak juga sudah buat dua set soalan ini?"

Untuk pemahaman bacaan, guru hanya mengajar cara untuk menjawab soalan – mereka tidak menyuruh para pelajar mengingat topik. Lagipun, mereka tidak akan memilih soalan yang sama untuk peperiksaan kemasukan.

Akhirnya, Ye Wan Wan mengingat jawapan untuk pemahaman bacaan?

Semasa para guru berbincang sesama sendiri, seorang lelaki yang keliharan mengantuk dalam usia 30 tahun, berjalan masuk bersahaja dengan selipar. "Jika soalan peperiksaan telah bocor, kenapa markah awak 0 untuk Matematik saya?"

Ketua Hal Ehwal pelajar melihat penampilan selekeh lelaki ini, mengerutkan dahi dan berkata, "Cikgu Zhao, ini sekolah, sila beringat dengan penampilan awak!"

Zhao Xing Zhou menguap. "Saya bukannya ada kelas waktu pagi…"

Walaupun Ketua Hal Ehwal pelajar tidak tahan melihat Zhao Xing Zhou, dia tidak berkata lebih lanjut. Zhao Xing Zhou ini mungkin nampak tidak kemas tapi memandangkan keputusan matematik kelas F selalu berada di kedudukan atas sekolah, pengetua juga tidak kisah tentang dia.

Liang Li Hua menjawab tidak sabar, "Mungkin dia tidak sempat mengingat semua jawapan soalan Matematik. Apa pun, kenapa orang normal mengingat jawapan pemahaman bacaan yang guru tidak arahkan pelajar untuk selesaikan? Selain itu, masalahnya sekarang dia menipu; dia tidak boleh melarikan diri sekarang!"

Ketua Hal Ehwal pelajar itu melihat gadis itu dengan serius dan menyoal, "Ye Wan Wan, dari mana awak dapat soalan peperiksaan?"

Ye Wan Wan tiada emosi. "Saya dapat apabila kertas peperiksaan diedarkan."

Liang Li Hua mengamuk. "Tengok, semua, dia masih mahu menipu!"

Ye Wan Wan melihat Liang Li Hua dengan dingin. "Cikgu Liang, jika awak mahu mendakwa saya menipu, sila sediakan bukti. Jika ada bukti yang mengatakan saya menerima soalan peperiksaan terlebih dahulu, saya akan tinggalkan Qing He serta merta! Jika tidak, saya harap sekolah ini boleh menarik balik notis pembuangan saya."

Liang Li Hua mengejek, "Awak memang perasan!"

Zhao Xing Zhou mencari kerusi, duduk dan melambai tangannya. "Selepas semua ini, jika awak mahu tentukan keputusan gadis ini sah atau tak, apa kata kita benarkan dia ambil semula ujian? Bukankah ada set soalan kedua? Marilah, biar dia ambil semula ujian sekarang!"

Ambil semula ujian?

Semua guru terus senyap mendengar kata-kata Zhao Xing Zhou.

Jika mereka mahukan kebenaran, hanya ini sahaja jalan yang tinggal memandangkan Ye Wan Wan enggan mengaku.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C32
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập