Tải xuống ứng dụng
5.14% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 51: Kesilapan Paling Besar Dalam Hidup Kamu!

Chương 51: Kesilapan Paling Besar Dalam Hidup Kamu!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sebelum kedua-dua lelaki itu beredar, mereka bertanya dengan baik, "Cik Xia, adakah kamu pasti kamu tidak mahu kami laporkan hal ini kepada polis? Lebih baik sekiranya kita menggunakan penguatkuasa undang-undang dalam hal sebegini."

"Saya akan pergi ke balai polis sendiri nanti. Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan kamu hari ini. Jika kamu rasa ada jalan untuk saya membalas budi kamu pada masa akan datang, jangan teragak-agak untuk berjumpa saya. Saya tidak akan lupa kebaikan yang telah kamu tunjukkan pada saya hari ini," Xinghe berkata dengan serius.

Para pengawal keselamatan itu ketawa malu-malu. "Itu hal kecil sahaja. Tetapi jika Cik Xia memerlukan pertolongan pada masa akan datang, jangan segan-segan berjumpa kami juga."

Xinghe mengangguk. Di dalam hatinya sudah terpahat mengenai pertolongan yang dihulurkan kepadanya pada hari itu.

Jika ada peluang nanti, dia pasti akan membalas budi baik mereka.

Kedua-dua lelaki itu bergegas beredar pergi. Xinghe pula menunggu di hospital sehingga keadaan Xia Zhi sudah cukup stabil sebelum dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Selepas berfikir, Xinghe memutuskan untuk berlaku jujur kepada Chengwu. Dia tidak memberitahu kenyataan mengenai Xia Zhi hampir kehilangan nyawa. Sebaliknya, Xinghe memberitahu bahawa Xia Zhi terlibat dalam pergaduhan, mengalami kecederaan kecil dan terpaksa bermalam di hospital untuk pemeriksaan.

Chengwu bergegas mahu ke hospital untuk melihat anaknya tetapi dihalang oleh Xinghe.

Chengwu sendiri dalam proses memulihkan kesihatannya. Jadi, Xinghe tidak mahu dia berulang-alik dari rumah mereka ke hospital. Xinghe berjanji padanya bahawa dia akan menjaga Xia Zhi dengan baik. Janji Xinghe memberikan sedikit ketenangan pada Chengwu.

Walau bagaimanapun, Chengwu masih juga berang. "Siapa yang menyerang Xia Zhi? Dia budak yang baik. Kenapa mereka mencederakan dia?"

Xinghe percaya bahawa pihak yang mencederakan Xia Zhi berbuat demikian dengan sengaja.

Chengwu betul. Xia Zhi ialah individu yang baik. Dia tiada sebab untuk dijadikan sasaran. Hanya satu kemungkinan yang tinggal iaitu – Xia Zhi dicederakan kerana Xinghe.

Ramai orang yang inginkan Xinghe mati. Salah seorangnya ialah Tianxin. Seorang lagi pula, Wu Rong.

Salah seorang daripada mereka boleh menjadi dalangnya.

Xinghe akan menyelidik siapa dalangnya sehingga ke lubang cacing.

Xinghe kembali ke bilik tidurnya dan mencari rakaman keselamatan bagi kawasan di mana Xia Zhi mendakwa dia diserang. Kawasan tersebut merupakan titik buta bagi kamera keselamatan.

Ini menambahkan lagi bukti bahawa serangan itu memang dirancang.

Serangan itu dilakukan di situ supaya Xinghe tidak dapat mengambil apa-apa tindakan. Tiada bukti yang dapat dicari.

Dia tidak boleh ke balai polis tanpa sebarang bukti.

Tapi, dia tidak bercadang untuk ke balai polis. Xinghe berasa lebih gembira untuk membalas sendiri dendamnya.

Dia bergantung kepada pihak polis sebelum ini kerana jenayah Wu Rong terlampau besar. Dia memerlukan undang-undang untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, kerana adanya masuk campur urusan perundangan, dia tidak dapat menikmat keseronokan menghancurkan musuhnya menggunakan tangannya sendiri.

Kali ini, dia akan menguruskan hal ini sendiri.

Xinghe tidak mendapat rakaman kamera keselamatan yang diperlukannya, tetapi berdasarkan rakaman daripada kamera lain, dia berjaya mendapatkan gambar dua orang lelaki besar memakai kot hitam.

Dia membawa komputer ribanya ke hospital. Xia Zhi mengesahkan lelaki itu sebagai penyerangnya berdasarkan gambar tersebut. Kemudian, bermulalah sesi pencarian maklumat sulit.

Ini merupakan perkara mudah bagi pakar komputer seperti Xinghe. Xinghe menerima begitu banyak maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu dengan cepat.

Rupa-rupanya, mereka merupakan pengawal peribadi yang bekerja dengan Keluarga Chui! Lebih tepat, mereka merupakan pengawal peribadi Chui Ming.

Chui Ming merupakan nama yang terkenal di Bandar T. Keluarga Chui mempunyai pengaruh besar.

Kebetulan pula, Xinghe sedang melakukan kajian mengenainya kebelakangan ini. Kenapa? Ini kerana dia merupakan suami kepada Xia Wushuang!

Kini dia yakin, pihak yang datang mencari masalah ialah pasangan bahagia tersebut.

Mereka membantu Wu Rong melepaskan kemarahannya.

Xinghe tahu Wu Rong akan membalas balik akhirnya. Tetapi dia tidak menyangka Wu Rong akan sekeji itu untuk mencederakan keluarganya!

Xinghe akan membuat Wu Rong, Wushuang dan Chui Ming menyesal kerana menjadikan Xia Zhi sebagai sasaran. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka sedar bahawa itu kesilapan besar dalam hidup mereka!


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C51
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập