Tải xuống ứng dụng
99.45% Perceraian Ke-99 / Chapter 911: Abang Ipar Mabuk

Chương 911: Abang Ipar Mabuk

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ou Ming sudah tukar kata laluan?

Yu Lili melihat kad itu dengan dahi yang berkerut, kemudian mencuba kad lain.

Terdapat banyak kad di dalam dompet kulit Ou Ming, namun walaupun Yu Lili telah mencuba satu demi satu kad yang ada, semua kata laluan yang dimasukkannya salah.

Wajah Yu Lili kemerahan kerana malu. Dia menepuk muka Ou Ming dan bertanya, "Hei, apa kata laluan kad kamu?"

Ou Ming telah tidak sedarkan diri sepenuhnya dan langsung tidak menyedari mukanya ditepuk. Yu Lili hanya membawa wang yang cukup untuk menaiki teksi kerana tergesa-gesa. Dia langsung tidak membawa apa-apa kad.

Dan sekarang… saya rasa sangat malu!

Di bawah renungan ramai orang di sekeliling mereka, Yu Lili membelek dompet Ou Ming dan mengeluarkan beberapa kad lagi, namun tiada kata laluan yang dimasukkannya berjaya.

Ketika keadaan menjadi semakin janggal, akhirnya Yu Lili menemui satu kad merah yang cantik. Kad itu dahulu adalah kepunyaannya dan diaktifkan menggunakan namanya.

Sebaik melihat kad itu, Yu Lili baru menyedari betapa dia merindui kadnya itu.

Walau bagaimanapun, kad itu ialah kad gajinya ketika dia bekerja sebagai pengurus di pusat membeli belah kepunyaan Kumpulan Syarikat Ou. Ketika itu dia menguruskan tiga hingga empat unit kedai yang menjual barangan berjenama dan mempunyai keuntungan yang banyak. Oleh itu dia mendapat gaji yang amat tinggi. 

Ketika dia meninggalkan Ou Ming, dia memindahkan kembali semua wang itu kepada Ou Ming dan meninggalkan kad itu di Vila Xishan. Ou Ming sudah membatalkan dividennya, jadi sepatutnya sekarang tiada wang lagi di dalam kad itu.

Tetapi itu ialah kad terakhir yang berada di dalam dompet Ou Ming.

Sambil mengeluh perlahan di dalam hatinya, Yu Lili menghulurkan kad itu. Dalam keadaan seperti ini, dia perlu mencuba apa sahaja.

Kata laluan kad itu ialah tarikh lahir Ou Ming. Ou Ming sendiri yang menetapkannya dan Yu Lili tidak pernah mengubahnya.

Selepas memasukkan kata laluan, Yu Lili sudah bersedia untuk kad itu ditolak lagi, namun di luar jangkaannya, pembayaran itu berjaya!

Pelayan itu akhirnya menarik nafas lega dan berkata, "Mari saya tolong Cik pada Tuan ini ke tempat letak kereta. Dia datang dengan kereta sendiri." 

"Okey, terima kasih."

Pelayan itu membawa Ou Ming sehingga ke dalam kereta. Yu Lili mengambil kunci kereta dari poket Ou Ming dan memandu pulang ke pangsapuri mereka. Di dalam perjalanan, Ou Ming terbaring di tempat duduk belakang seperti mayat hidup dan sekali sekala menjerit sesuatu yang tidak jelas.

Sebaik sahaja memarkir kereta, Yu Lili berpaling ke belakang dan melihat Ou Ming sudah terjatuh ke ruang di antara tempat duduk hadapan dengan tempat duduk belakang kereta.

Dia terkedu dan menarik Ou Ming lalu menjerit, "Kamu melampau, kenapa minum terlalu banyak?!"

Dia menarik Ou Ming namun lelaki itu langsung tidak bergerak. Selepas kira-kira seminit, Ou Ming kelihatan menyedari cubaan Yu Lili dan memanjat ke belakangnya.

Selepas berjaya menarik Ou Ming keluar dari kereta, Ou Ming terkulai di hadapan Yu Lili.

Yu Lili berusaha sedaya upaya untuk menariknya bangun dan menjerit, "Bangunlah!"

Waktu sudah hampir tengah malam, jadi tidak ramai orang yang berada di tempat letak kereta itu. Jeritan Yu Lili bergema di seluruh tempat itu. Ketika itu juga, sebuah Maserati berwarna oren kemerahan yang cantik meluncur masuk dan berhenti di tempat parkirnya.

Yu Lili berasa amat gembira dan berpaling ke arah kereta itu. Seorang lelaki yang memakai sut merah jambu keluar darinya.

Sebaik sahaja Shen Zhilie melihat Yu Lili, dia kelihatan terkejut bercampur teruja.

Melihat lelaki itu, Yu Lili tahu dia tidak dapat mengelak daripada musuhnya.

Dia mahu melarikan diri, namun Ou Ming sangat berat sehingga Yu Lili tidak mampu menariknya.

"Kamu lagi." Shen Zhilie terkejut melihat Yu Lili, tetapi sebaik melihat Ou Ming, matanya terus terbeliak. "Hei, abang ipar?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C911
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập