Tải xuống ứng dụng
83.07% Perceraian Ke-99 / Chapter 761: Ersu Dicampak ke Dalam Tasik

Chương 761: Ersu Dicampak ke Dalam Tasik

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Gadis kecil ini mewarisi suara Su Qianci, sungguh menjengkelkan!

Sebuah teksi datang dari jauh. Su Qianci sedang bosan dan memandang ke luar tingkap. Kemudian dia ternampak anak perempuannya sedang berlari ke arah rumah. Dia tersenyum dan berkata kepada pemandu teksi, "Kamu boleh turunkan saya. Anak saya ada di sini."

Tiba-tiba riak wajah Su Qianci berubah. Seorang wanita yang berpakaian serba tertutup sedang menarik Li Mosen dengan sebelah tangan dan berlari ke arah Li Jianyue.

"Tolong, tolong…"

Su Qianci terkejut dan bergegas keluar dari teksi.

Tang Mengying menyedari kereta yang berhenti di belakangnya lalu terus mencampakkan Li Jianyue ke dalam tasik seolah-olah melepaskan kemarahannya.

Li Mosen terkejut dan menjerit, "Ersu!!"

Plop!

Bunyi sesuatu jatuh ke dalam air membuatkan jantung Su Qianci seakan terhenti. Dia menjerit, "Ersu!!"

Li Jianyue dicampakkan ke tengah-tengah tasik. Dia bergelut dengan tangan dan kakinya sambil menjerit, "Ahhh!!"

Walau bagaimanapun, badan kecilnya sudah mula tenggelam ke dalam. Air tasik itu sangat dalam. Malah orang dewasa seperti Su Qianci juga tidak dapat menyentuh dasar dan pernah lemas di dalamnya. Tanpa berfikir panjang, Su Qianci mencampakkan semua di tangannya dan terus terjun ke dalam tasik.

Tang Mengying ketawa melihatnya. "Pergilah, pergi ke neraka!"

Pemandu teksi melihat semua itu dengan wajah tidak percaya. Sebaik sahaja Tang Mengying berpaling ke arahnya, dia terus memecut laju dan menjauhi tempat itu. Kemudian dia menghentikan keretanya di tempat yang agak jauh dan terus menghubungi polis.

Su Qianci terus berenang ke arah anaknya lalu dengan bersusah-payah menariknya dan membawanya ke darat. Mereka berjaya naik ke darat. Li Jianyue terbatuk-batuk kemudian terus menangis kerana terkejut. Dia memeluk ibunya dalam tangisan.

"Mama…" Gadis kecil itu sangat terkejut dan seluruh tubuhnya basah kuyup. Gaun cantik yang dipakainya melekap pada tubuh kecilnya. 

Su Qianci menepuk-nepuk belakang anaknya. Setelah memastikan anaknya itu tiada apa-apa, dia menarik nafas lega. Hari ini matahari memancar terik dan tiada angin. Syukurlah mereka naik di kawasan yang agak jauh dari Tang Mengying. Selepas menenangkan Li Jianyue, Su Qianci memandang ke arah Tang Mengying dengan penuh kerisauan.

Tang Mengying masih memegang Li Mosen dengan sebelah tangannya dan merenung ke arah Su Qianci lalu berkata sinis, "Kau pandai berenang?"

Su Qianci terkejut lalu berbisik kepada Li Jianyue, "Lari ke rumah, panggil Atuk. Lari sepantas mungkin. Ersu dengar Mama?"

Gadis kecil itu mendengar kata-kata ibunya tetapi kurang faham maksudnya. "Mama…"

"Jadi budak baik. Lari ke rumah, panggil sesiapa, terutama Atuk dan Pak Cik."

Tang Mengying berjalan menghampiri mereka. Jantung Su Qianci seakan tersekat. Dia menolak anak perempuannya dan menjerit, "Lari!"

Li Jianyue berlari ke arah rumah lama sambil menangis dengan kuat. Air masih menitik dari rambut dan pakaiannya. Li Jianyue menjerit, "Atuk, Pak Cik, tolong!"

Tang Mengying melihat Li Jianyue melarikan diri dan matanya berubah dingin. Ketika dia cuba membuka langkah untuk mengejar Li Jianyue, Su Qianci segera berlari ke arahnya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C761
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập