Tải xuống ứng dụng
71.06% Perceraian Ke-99 / Chapter 651: Ou Ming, Kau akan Menyesal

Chương 651: Ou Ming, Kau akan Menyesal

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Ya, ini aku," ulang Li Sicheng.

Ou Ming kehilangan kata-katanya. Setelah beberapa ketika barulah dia bersuara kembali, "Tak mungkin… Li Sicheng?"

Li Sicheng tersenyum kecil dan bergurau, "Dah lebih empat tahun aku tak jumpa kau. Kau dah jadi bodohkah sekarang?"

Ou Ming merasakan dirinya mungkin bermimpi lalu mencubit pipinya sendiri. Kemudian dia memutuskan talian dan membuat panggilan video. Ia segera dijawab dan wajah Li Sicheng terus terpampang di hadapannya.

"Kau masih hidup? Masih hidup?" Ou Ming bertanya dengan wajah yang tidak percaya. "Kau betul-betul masih hidup? Tak mati?"

"Kau rasa?"

Sebaik Li Sicheng mengatakannya, Ou Ming berasa seakan disambar petir, tetapi pada masa yang sama, pandangannya terus menjadi kabur. Matanya kemerahan dan terasa panas. Ou Ming bertanya dengan nada yang amat gembira, "Kau di mana?"

"Rumah, rumah lama."

"Tunggu aku. Aku sedang dalam trip perniagaan di ibu kota!" Kemudian Ou Ming terus memanggil setiausahanya. "Tolong tempahkan tiket terawal pulang ke Kingstown untuk saya!"

Setiausaha itu berkata, "Tapi mereka masih menunggu kita untuk tandatangan kontrak. Tambahan lagi esok kita ada program bersama Shengfeng dan lusa…"

"Batalkan kesemuanya!" kata Ou Ming yang membuatkan wajah setiausaha itu kelihatan serba salah.

"Tak perlu," Li Sicheng menghentikan Ou Ming dan berasa sedikit geli hati. "Uruskan kerja dulu. Aku tak akan hilang lagi."

Ou Ming mendengar kata-kata itu dan melihat wajah risau setiausahanya. Dia mengeluh dan mengangguk. "Okey, tunggu aku."

"Dah tentu." Li Sicheng tersenyum kecil dan menghulurkan penumbuk ke arah skrin telefon itu. Ou Ming turut menghulurkan penumbuknya. Setiausaha Ou Ming keluar lalu menutup pintu. Ketika ini, di bilik mesyuarat itu hanya tinggal Ou Ming seorang diri. Jantungnya masih berdegup kencang sehingga ketika dia duduk kembali di kerusinya, dia mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas. Akhirnya, sahabat baiknya sudah kembali.

Dia masih hidup, dia masih hidup… Dia telah kembali. Sungguh hebat. Li Sicheng sudah kembali… bagaimana dengan wanita itu pula?

Dalam mindanya, muncul wajah yang sudah tidak kelihatan sejak empat tahun lalu. Keangkuhan, kegarangan dan segala perangai wanita itu masih kukuh terpahat dalam ingatannya.

Empat tahun lalu, Yu Lili menggugurkan anak mereka dan berkata dengan kejam, 'Ou Ming, kau ingat kau menarik? Aku dah beritahu dengan jelas dari awal lagi, aku mahukan duit kau! Sekarang duit aku sudah cukup, jadi pastilah aku mahu memutuskan hubungan dengan kau! Kenapa pula aku mahu melahirkan anak kau? Aku bukan semurah itu! Aku sengaja lakukannya. Aku tak mahu anak kau, jadi aku telan pil. Tetapi kau paksa aku lakukan seks. Hanya kau yang bersalah. Kau yang bunuh anak kau sendiri!' 

Ketika itu, Ou Ming berasa sangat marah sehingga dia menampar Yu Lili dan hampir mencekik wanita itu sehingga mati di atas katil. Mujurlah seorang jururawat datang dan terus menyuruh beberapa orang menariknya pergi. 

Ketika itu Yu Lili merenungnya tajam dengan mata yang kemerahan dan berteriak, 'Ou Ming, kau akan menyesal!'

'Menyesal? Satu-satunya perkara yang aku sesali ialah meniduri perempuan seperti kau! Disebabkan kau, aku bunuh sahabat baik aku! Melainkan dia hidup kembali, aku tak mahu ada apa-apa lagi dengan kau sampai aku mati! Berambus! Jangan muncul lagi di bandar ini atau aku akan upah orang untuk bunuh kau! Perempuan jalang!'

Penat. Menyimpan seorang wanita yang tidak menyukainya di sisinya amat memenatkan. Ou Ming meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja dan memegang kepalanya yang terasa sakit.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C651
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập