Tải xuống ứng dụng
69.54% Perceraian Ke-99 / Chapter 637: Calla Lily Bermaksud Selama-Lamanya (II)

Chương 637: Calla Lily Bermaksud Selama-Lamanya (II)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Li Jianqian dan Li Mosen merenung satu sama lain sambil makan menggunakan sudu.

Su Qianci memerhatikan mereka dan selepas beberapa minit, dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, "Apa yang kamu berdua lakukan?"

"Pertandingan fokus!" Li Jianqian terus menyuap makanan ke dalam mulutnya menggunakan sudu tanpa berpaling dan mengunyah sambil merenung Li Mosen. Li Mosen turut melakukan perkara yang sama. Dia hanya mengangguk dan terus menyuap makanan. Su Qianci hanya ketawa melihat mereka dan tidak berkata apa-apa.

Selesai menghabiskan bubur masing-masing, kedua-dua kanak-kanak itu masih tidak berpaling dan terus merenung sesama sendiri.

"Dah selesai?" Su Qianci menghampiri mereka dan bertanya.

Li Mosen menggeleng. "Hanya akan selesai bila salah seorang daripada kami berpaling."

Li Jianqian mengangguk dan terus merenung Li Mosen. Su Qianci datang dan menutup mata Li Jianqian lalu memusingkan kepala anaknya itu ke tepi. Li Jianqian terkejut, kemudian terus menjerit, "Mama, Mama sabotaj saya! Saya dah kalah!"

Li Mosen ketawa dan mata birunya bersinar dengan cantik. Kemudian dia turun dari kerusi dan berlari ke laman rumah.

Mata Li Jianqian penuh dengan bantahan. Wajah kecilnya yang putih bertukar kemerahan. Dia turut turun dari kerusi sambil menjerit, "Jangan lari! Ini tak dikira!"

Li Jianyue memandang kedua-dua budak lelaki itu berlari dan menoleh ke arah Su Qianci. Matanya terkebil-kebil ketika dia berkata, "Mama, saya dah kenyang."

Su Qianci segera tahu apa yang sebenarnya dimahukan anaknya itu. Dia mengambil sapu tangan dan mengelap mulut Li Jianyue. "Pergilah."

Li Jianyue segera turun dari kerusinya lalu berlari ke arah Li Jianqian dan Li Mosen sebelum menghilangkan diri selepas menyarung seliparnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi ketika Su Qianci selesai bersarapan. Pengajar yang telah diambil untuk tiga orang kanak-kanak itu sudah tiba. Pengajar itu merupakan seorang ibu tunggal dan hanya memiliki diploma. Dia telah berumur lebih 30 tahun dan mempunyai seorang anak yang bersekolah rendah. Dia telah dipilih kerana kesabaran dan kasih sayangnya berjaya menyentuh hati Su Qianci. Selepas menjalani latihan selama beberapa hari, ketiga-tiga kanak-kanak itu menyukainya dan Su Qianci memutuskan untuk terus mengambilnya sebagai pengajar tetap.

Selepas menyapa pengajar itu di muka pintu, Su Qianci terus memandu ke syarikat. Kemudian dia terus sibuk sepanjang pagi dan hanya dapat menggeliat dan berdiri apabila tiba waktu makan tengah hari. Hari ini dia sepatutnya bertemu Lu Yihan di sebuah pusat membeli-belah yang mewah. Pusat membeli-belah itu ialah pusat membeli-belah terbaik di bawah syarikat Li di bandar Kingstown. 

Apabila Su Qianci tiba di bilik peribadi yang telah ditempah, Lu Yihan belum lagi tiba. 10 minit berlalu dari masa yang dijanjikan dan Su Qianci masih keseorangan sambil membelek halaman Weibo melalui telefon bimbitnya. 

Tiba-tiba seorang pelayan lelaki mengetuk pintu dan masuk. "Presiden Su, ada seseorang cari kamu di luar."

"Siapa? Beri dia masuk."

"Dia minta kamu pergi ke tengah-tengah bangunan. Mari ikut saya."

Su Qianci sedikit terkejut dan mengangkat keningnya. Apa lagi yang Lu Yihan mahu lakukan? Dia mengambil beg tangannya dan berjalan keluar. Pelayan itu membawanya ke South Square.

Tempat itu kosong. Su Qianci tidak nampak Lu Yihan di mana-mana. Apabila dia berpaling, pelayan itu sudah pun pergi dari situ. Tiba-tiba, seorang budak lelaki yang kelihatan berusia tujuh atau lapan tahun berlari ke arah Su Qianci sambil membawa sekuntum bunga. Ia bunga Calla Lily.

"Calla Lily membawa maksud 'selama-lamanya'."

Su Qianci mengambil bunga itu sambil tersenyum dan bertanya, "Siapa yang suruh kamu beri kepada saya?"

Kanak-kanak lelaki itu menjawab, "Tuan itu!"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C637
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập