Tải xuống ứng dụng
54.58% Perceraian Ke-99 / Chapter 500: Aku Beri Amaran Sebagai Sahabat Baik : Jangan Buat Benda Bodoh...

Chương 500: Aku Beri Amaran Sebagai Sahabat Baik : Jangan Buat Benda Bodoh...

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Bukankah di syarikat lebih ramai orang? Semua orang sedang bekerja waktu ini."

"Hari ini Sabtu. Cepatlah, isteri saya tunggu saya."

"Oh ya, kenapa tergesa-gesa? Saya sedang undurkan kereta. Tapi saya rasa lebih baik Tuan ke hospital, tengok muka Tuan…"

Li Sicheng menoleh ke cermin pandang sisi dan melihat luka sebesar tiga jari pada pipi kirinya. Darah masih mengalir keluar dari luka itu dan ia memang kelihatan teruk.

"Okey, pergi ke hospital."

"Baik Tuan."

Selepas mengubati kecederaannya di hospital, Li Sicheng pergi ke bilik pakaian di pejabatnya untuk menukar pakaian. Ketika sedang menukar pakaian, dia menyedari tubuhnya dipenuhi lebam. Patutlah seluruh tubuhnya terasa sakit. Aduh, dia menyangka dia akan dapat 'bersama' isterinya selepas habis trimester pertama. Sekarang mahu menanggalkan baju juga dia sudah tidak berani. Jika Su Qianci melihat keadaannya, isterinya itu pasti akan tersangat risau.

Li Sicheng tiba-tiba merasakan dia tidak sepatutnya datang ke lapangan terbang tadi. Tang Zhenghao terlepas dan dia pula tidak dapat bersama isterinya… Walau bagaimanapun, dia kini yakin dengan tekaan asalnya. Ada satu kumpulan pengedaran dadah di belakang Tang Zhenghao.

Lelaki yang memandu kereta itu berkemungkinan besar penjahat yang menjadikan Su Qianci tebusan ketika di Star City, manakala wanita di sebelahnya tidak lain adalah rakan subahat yang telah menyelamatkannya. Nampaknya sudah semakin sukar untuk menguruskan Tang Zhenghao. Kumpulan pengedar dadah itu ibarat tembok besi yang sukar ditembus. Pihak polis sendiri masih belum mampu menangkap mereka setelah beberapa kali percubaan. Bagaimana dia, seorang ahli perniagaan, mahu melawan mereka?

Melainkan… dia menjadi sebahagian daripada mereka? Li Sicheng menukar pakaiannya dengan perlahan sambil fikirannya dipenuhi dengan perkara yang seperti tidak mustahil itu. Tapi… jika Atuk tahu tentangnya, orang tua itu pasti akan sangat marah dan mungkin jatuh sakit. Patutkah dia tunggu sahaja perkara lain untuk berlaku?

Satu panggilan datang daripada Luo Zhan. "Nombor pendaftaran itu tak ada dalam rekod, ia palsu." Suara Luo Zhan amat yakin. Li Sicheng sangat mempercayai rakannya itu. Jika lelaki itu mengatakan ia palsu, bermakna ia memang palsu. Kumpulan dadah itu sangat berhati-hati. Tidak hairanlah polis juga gagal mendapatkan mereka.

Li Sicheng mengecilkan matanya ketika dia menyuarakan perkara yang berada dalam fikirannya, "Seseorang tak akan dapat ambil anak harimau tanpa masuk sendiri ke kandang harimau."

Luo Zhan terus mendapat firasat buruk sebaik mendengar kata-kata Li Sicheng itu. "Hei, apa kau nak buat?"

"Tak ada apa-apa. Kau tak dapat tidur semalam kan? Pergilah tidur. Nanti aku telefon kalau ada apa-apa berita."

"Hei, sebagai sahabat baik kau, aku beri amaran. Jangan buat apa-apa perkara yang bodoh…"

Li Sicheng memutuskan panggilan tanpa menunggu Luo Zhan menghabiskan kata-katanya. Dia membutang bajunya lalu menyarung jaket sebelum keluar dari pejabat itu. Apabila tiba di rumah lama, Li Sicheng melihat isterinya sedang berdiri di depan pintu sambil memandang ke sana sini.

Sebaik melihat kereta Li Sicheng, Su Qianci terus keluar dari rumah dan berlari ke kereta Li Sicheng sebelum mengetuk cermin tingkap kereta itu.

Li Sicheng melepaskan batuk kecil dengan perasaan bersalah. Dia memandang cermin sisi dan memastikan wajahnya tidak kelihatan terlalu teruk sebelum membuka pintu kereta.

Zhou Chen ketawa terbahak-bahak. "Puan, Tuan kalah waktu berlawan dan kena tendang. Puan patut ikat dia lain kali."

"Pergilah!" Li Sicheng menutup pintu dengan marah. Zhou Cheng pergi memarkir kereta sambil ketawa.

Su Qianci melihat wajah dan tangan suaminya. Dia mencebikkan bibir sebelum memeluk pinggang suaminya itu dan berkata perlahan, "Kamu buat saya risau. Kenapa tak jawab telefon?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C500
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập