Tải xuống ứng dụng
45.96% Perceraian Ke-99 / Chapter 421: Saya Perlukan Isteri Saya untuk Hangatkan Tangan

Chương 421: Saya Perlukan Isteri Saya untuk Hangatkan Tangan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tahun ini lebih sejuk dari tahun-tahun sebelumnya. Su Qianci yang memakai kot sedang belajar cara membuat dim sum daripada Liu Sao. Esok adalah Malam Tahun Baru Cina dan dim sum digunakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang. Kemudian Qin Shuhua turut datang membantu mereka. Sambil mengajar Su Qianci, Qin Shuhua turut memberitahu menantunya itu tentang pantang larang perayaan itu. Su Qianci mendengar dengan tekun dan mereka hubungan mereka kelihatan bertambah baik.

Song Yifan baru sahaja pulang dari London. Dia segera datang ke rumah lama untuk melawat. Sebaik mendengar Song Yifan tiba, Su Qianci memberitahu Qin Shuhua dengan gembira dan bergegas ke ruang tamu. Dia melihat suaminya dan Song Yifan sedang duduk bersama lalu memanggil, "Ayah."

Hati Song Yifan menjadi cair mendengar panggilan itu. Dia melambaikan tangan ke arah Su Qianci. "Qianqian, Ayah bawakan kamu hadiah."

Su Qianci bertambah terkejut dan segera berjalan ke arah Song Yifan. Su Qianci duduk di sebelahnya dan melihat Song Yifan mengeluarkan hadiah itu dengan gembira.

"Terima kasih Ayah." Walaupun sudah dewasa, ini adalah kali pertama dia mendapat hadiah daripada seseorang yang dipanggil ayah. Su Qianci senyum lebar sambil memeluk hadiah itu dengan gembira.

Li Sicheng berasa sedikit cemburu tetapi tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat betapa gembiranya Su Qianci. Dia bertanya perlahan, "Kamu tak nak buka untuk tengok hadiah apa Ayah Song beri?"

Su Qianci tidak mahu melepaskan hadiah itu dan berkata, "Saya akan buka malam ini."

Song Yifan ketawa kecil dan membelai rambut anak angkatnya itu. "Jom balik ke kampung Ayah nanti?"

"Kampung Ayah?"

"Ya. Ayah dah beritahu ibu Ayah, nenek kamu tentang kamu dan dia sangat teruja mahu jumpa kamu."

"Di mana?"

"Bandar Dan."

"Wow, jauhnya." Mata Su Qianci terkebil-kebil dan kemudian bersinar dengan teruja. "Kita akan naik kereta ke sana?"

"Ya, perjalanan ke sana akan ambil masa selama tiga jam."

"Okey," kata Su Qianci dengan gembira lalu menoleh ke arah Li Sicheng. "Encik Li, jom pergi?"

"Okey." Dia jarang melihat Su Qianci segembira itu, jadi dia tidak akan menghampakannya.

Su Qianci bertambah gembira apabila mendapat persetujuan suaminya. Dia menoleh ke arah Song Yifan, "Kalau macam tu, kita sambut Tahun Baru Cina di sini. Esok Malam Tahun Baru Cina. Kita pergi ke Bandar Dan selepas makan besar, boleh?"

"Tak boleh. Ayah kena sambut dengan ibu Ayah. Nanti Ayah datang jemput kamu sehari selepas Tahun Baru Cina."

"Oh." Su Qianci sedikit kecewa. "Ayah nak datang sini balik? Tak perlulah. Li Sicheng boleh memandu ke sana, kamu ada GPS. Ayah cuma perlu beri alamat."

"Ya, lebih senang macam tu," kata Li Sicheng lalu mengisyaratkan supaya Su Qianci mendekatinya. "Mari sini."

"Kenapa?" Walaupun bertanya, Su Qianci sudah pun bangun dan pergi ke sebelah suaminya.

Li Sicheng memaut pinggang isterinya. "Sejuk. Saya perlukan isteri saya untuk hangatkan tangan saya."

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan dan dia menyiku Li Sicheng perlahan. "Berhenti usik."

"Betul. Cuba pegang tangan saya kalau tak percaya."

Su Qianci memegang tangan Li Sicheng dan mendapati ia agak sejuk. Dia meletakkan tangan Li Sicheng ke dalam poketnya. Li Sicheng tersenyum dan memeluknya lebih erat.

Song Yifan berasa agak segan dan berkata dengan senyuman terpaksa, "Tak elok bermesra di hadapan orang yang selamanya bujang."

"Nanti kamu akan biasa," kata Li Sicheng tanpa sedikit pun perasaan malu sementara Su Qianci mula berasa segan.

"Okey, jadi kita ikut perancangan tadi. Nanti Ayah hantar alamat kepada kamu. Sekarang Ayah nak pergi jemput Ximing untuk balik ke Bandar Dan bersama-sama."


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C421
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập