Tải xuống ứng dụng
39.51% Perceraian Ke-99 / Chapter 362: Berasa Bersalah

Chương 362: Berasa Bersalah

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Apabila Su Qianci menyangka dia akan mengalami kesesakan nafas, akhirnya Li Sicheng melepaskannya. Su Qianci berpaut pada lengan suaminya itu sambil tercungap-cungap.

"Kamu tahu, saya sangat gembira…" Suara Li Sicheng yang dalam dan hangat menyedarkan Su Qianci kembali.

"Apa yang buat kamu gembira?"

Li Sicheng tidak menjawab tetapi hanya merenungnya. Mata hitam lelaki itu kelihatan bersinar dengan keterujaan dan kegembiraan.

Renungannya membuatkan Su Qianci berasa malu lalu memalingkan muka. Kemudian dia bertanya soalan yang berada dalam fikirannya. "Bukankah Tang Mengying ada di rumah kamu di Jiang Zhou?"

Li Sicheng mengecilkan matanya dan bertanya, "Macam mana kamu tahu?"

"Saya nampak… kamu pergi lawat dia."

Lawat Tang Mengying? Itu dah lebih sebulan lepas! Li Sicheng memandang isterinya sambil mengecilkan mata. Dia tiba-tiba mula faham sesuatu. "Itukah sebabnya kamu hukum saya dengan begitu teruk?"

Tekanan tiba-tiba datang daripada tubuh Li Sicheng dan membuatkan Su Qianci terkaku. Dia berundur ke belakang dan entah kenapa, dirinya berasa bersalah. "Saya…"

"Jadi, kamu cari gaduh dan tampar saya sebab kamu ingat saya pergi lawat Tang Mengying. Disebabkan itu kamu ingat kandungannya memang anak saya, kan?"

Ya, apa yang dikatakan Li Sicheng semuanya betul. Tetapi kenapa Su Qianci berasa sangat bersalah apabila mendengar soalannya itu? Li Sicheng yang melakukan kesalahan, jadi kenapa dia berasa begini? Seolah-olah dia yang bersalah! Su Qianci mendongak memandang suaminya dan bertanya, "Bukankah ia betul?"

Li Sicheng merenungnya dengan dalam dan tiba-tiba menggigit lehernya.

Su Qianci berasa seram sejuk lalu bergelut dengan kuat. "Li Sicheng, lepaskan!"

Mendengar bantahan itu, Li Sicheng berhenti menggigit sebaliknya menghisap kulitnya. Hujung lidahnya menggeletek kulit isterinya yang lembut. Su Qianci menggeletar dan mula berasa lemah. Li Sicheng memerangkap tubuh Su Qianci dengan betisnya dan membuat Su Qianci memandangnya. "Kenapa kamu fikir begitu? Saya dah beritahu kamu itu bukan anak saya. Ya memang saya kurung Tang Mengying. Saya juga dah tukar rumah itu kepada namanya untuk kelirukan Tang Zhenghao. Kalau tidak, kamu fikir kenapa mereka baru tersedar Tang Mengying hilang?" Ketika mengucapkan kata-kata itu, mulut Li Sicheng beralih dari leher ke telinga Su Qianci.

Nafas Su Qianci menjadi kencang ketika dia mula berasa geli.

 Saya kurung dia sebab saya mahu biarkan dia lahirkan anak itu untuk buktikan yang saya tak bersalah. Untuk jalani amniosentesis, seseorang itu perlu sedar dan menurut kata. Dengar perkataan itu saja Tang Mengying dah terkejut, dia tak mahu lakukannya lagi. Tanpa ujian DNA saya tak boleh buktikan yang saya tak bersalah. Keputusan ujian DNA sebelum ini dah dipalsukan oleh Rong Rui. Dia sendiri yang mengaku. Tapi dia tak mahu dapatkan kembali keputusan asal untuk saya. Jadi hanya cara ini yang saya ada. Saya hanya boleh buktikan kepada kamu dan keluarga saya yang saya tak bersalah apabila dia dah lahirkan bayi itu. Selepas itu saya akan terus bawa kamu ke Ireland. Okey?"

Dia tidak mampu menunggu lagi. Kejutan yang disediakan untuk isterinya itu adalah sesuatu yang tidak akan mampu dijangka oleh Su Qianci.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C362
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập