Tải xuống ứng dụng
30.45% Perceraian Ke-99 / Chapter 279: Tolong Jangan Datang Dekat

Chương 279: Tolong Jangan Datang Dekat

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Waktu sudah tengah hari ketika Su Qianci bangun daripada tidurnya.

Li Sicheng telah pergi ke pejabat. Su Qianci melihat jam dan menyedari sudah terlalu lewat untuk dia pergi ke kelas. Dia memutuskan untuk ponteng sahaja semua kelas sesi pagi. Walaupun tubuhnya berasa teramat letih, dia berusaha bangun dan mengambil tuala. Sebaik masuk ke bilik air, dia mendapati tubuhnya dipenuhi kesan ungu dan biru.

"Su Qianci, berikan saya anak."

Setelah Li Sicheng mengucapkan kata-kata itu, Su Qianci langsung tidak diberi peluang untuk berehat dan akhirnya pengsan di dalam kereta. Apabila dia terjaga pada tengah malam, dia telah pun berada di atas katil mereka tetapi Li Sicheng masih meratah tubuhnya. Sekarang seluruh tubuhnya berasa sakit dan matanya hampir tidak dapat dibuka.

Su Qianci senyum mengejek terhadap dirinya sendiri dan berendam di dalam air panas. Dia berbaring di dalam tab mandi dan mula berasa tenang sehingga akhirnya tertidur. Apabila terjaga, dia mendapati tubuhnya sudah bersih dan kering dan dia sedang berbaring di atas katil. Li Sicheng sedang duduk di atas katil itu sambil membuat kerja dengan komputer ribanya dan beberapa dokumen. Sebaik melihat Su Qianci telah terjaga, Li Sicheng hanya memandangnya sekilas sebelum kembali menyambung kerjanya.

Su Qianci merenungnya dan mencebikkan bibir tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu menyangka dia telah tidur bersama Lu Yihan lalu menggunakan alasan Lu Yihan untuk mengerjakannya sepanjang malam dengan sangat dahsyat. Tetapi dia langsung tidak bersalah. Su Qianci mencengkam selimut ketika perasaan kecewa menyelubunginya dan air mata terus berderai jatuh di pipinya.

Mendengar tangisan Su Qianci, Li Sicheng menoleh ke arahnya sambil mengalihkan dokumennya dan bertanya, "Kamu betul-betul tak mahu?"

Su Qianci merasakan hatinya remuk. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia mahu mengatakan sesuatu, tetapi tangisannya menyekat suaranya daripada keluar. Li Sicheng memusingkan badan dan naik ke atas tubuhnya. Su Qianci yang terkejut terus menutup tubuhnya dengan selimut dan matanya yang bengkak terbeliak.

Dia mahu lakukannya lagi?

Walau bagaimanapun, Li Sicheng tidak berbuat apa-apa selain merenung Su Qianci dengan matanya yang dingin dan dalam. Jantung Su Qianci berdegup kencang. Dia memandang Li Sicheng dan berkata, "Saya dengan Lu Yihan cuma kawan. Tak ada apa-apa antara kami."

Jadi tolong jangan marah…

Mendengar kata-kata itu, mata Li Sicheng menjadi semakin gelap. Selepas suasana sepi seketika, dia berkata, "Saya minta maaf." Su Qianci kebingungan dan keliru dengan permohonan maaf itu. Tanpa menjelaskan apa-apa, Li Sicheng mendekatkan wajahnya ke wajah Su Qianci. Su Qianci memalingkan wajahnya ketakutan dan hampir menangis kembali. Dia merayu, "Tolonglah, jangan…"

Rayuan itu meremukkan hati Li Sicheng. Lelaki itu berhenti dan merasakan dirinya semakin buntu. Dia merenung Su Qianci dan berkata perlahan, "Mari saya tengok kalau saya ada buat kamu cedera."

"Jangan!" Air mata semakin banyak menuruni pipi Su Qianci. "Jangan dekat. Tolonglah jangan sentuh saya."

Malam semalam, kekecewaan Li Sicheng telah menghilangkan kewarasannya sama sekali. Syukurlah dia meminta Luo Zhan untuk mengesan penghantar e-mel misteri itu. Luo Zhan mendapati ia datang daripada seorang penyiasat peribadi dan kemudiannya mengetahui perkara yang berlaku kepada Su Qianci sebelum sidang media lepas. Sebaik mengetahui perkara buruk yang menimpa Su Qianci, Li Sicheng turut tersedar perkara yang mungkin berlaku jika Lu Yihan tidak pergi menyelamatkan isterinya itu.

Li Sicheng yang berasa takut dan dipenuhi perasaan bersalah terus menghantar seseorang untuk memusnahkan bisnes agensi detektif itu dan mengumpulkan maklumat tentang bayaran Tang Mengying kepada mereka. Namun, tiada apa yang dapat mengubah kenyataan dia telah menyakiti Su Qianci. Melihat Su Qianci yang ketakutan, Li Sicheng tidak berani mendekatinya lagi. Dia berundur perlahan dan berkata, "Saya tak akan dekati kamu. Jangan takut."


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C279
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập