Tải xuống ứng dụng
28.82% Perceraian Ke-99 / Chapter 264: Kamu Ingat Saya Percayakan Kamu?

Chương 264: Kamu Ingat Saya Percayakan Kamu?

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Su Qianci mendengarnya dan merasakan hatinya bagai ditikam.

Namun, dia menjeling riak wajah ibu dan ayah Tang Mengying dan tersenyum sinis sebelum memandang Tang Mengying dengan pandangan seolah-olah melihat seseorang yang bodoh. Dia kemudian bertanya dengan suara yang perlahan, "Kamu ingat saya percayakan kamu?"

Tang Mengying mengetap gigi sebaik mendengarnya. Apabila dia baru sahaja mahu membalasnya, Su Qianci telah berjalan ke arah bilik kerja.

"Perkara yang paling teruk adalah kamu sendiri tak tahu kamu diperangkap." Su Qianci mendengar suara Li Xiao dari sebalik pintu dan berhenti berjalan.

Li Sicheng masih tenang dan berkata, "Itu mustahil."

"Harapnya begitulah. Tapi kamu perlu rahsiakan perkara ini daripada isteri kamu. Tang Mengying jauh lebih licik berbanding Su Qianci. Jika Su Qianci dapat tahu, situasi akan jadi lebih sukar."

Li Xiao tidak pernah sukakan Tang Mengying. Selepas apa yang berlaku ini, dia semakin yakin wanita itu mempunyai niat yang tidak baik. "Okey," jawab Li Sicheng.

Kemudian Su Qianci mendengar Qin Shuhua berkata, "Ujian poligraf itu memang sudah jelas, jadi kita hanya mampu tunggu ujian DNA nanti."

Su Qianci menarik kembali tangannya yang berada pada tombol pintu dan menggenggam penumbuk. Ujian poligraf itu jelas, jadi ia bermakna bayi yang dikandung Tang Mengying benar-benar anak Li Sicheng.

"Jangan ceritakan pada dia apa yang berlaku hari ini," kata Li Sicheng. "Saya takut dia salah faham."

Su Qianci yang berdiri di hadapan pintu itu merasakan hatinya bagai ditikam. Apa maksud kata-kata Li Sicheng itu? Adakah lelaki itu takut dia akan mengamuk? Tidak mungkin dia akan melakukan perkara sebegitu. Dia sudah melalui perkara-perkara seperti ini sewaktu kehidupannya yang lalu dan ini hanya ibarat pusingan kedua…

Apabila Li Sicheng keluar dari bilik kerja itu, dia mendengar Liu Sao memanggil Su Qianci. Namun dia tidak melihat Su Qianci di mana-mana. Liu Sao berjalan keluar dengan sepinggan buah-buahan dan kelihatan terkejut. "Mana Su Qianci?"

"Dia ada di sini?" tanya Li Sicheng.

"Ya, baru tadi dia di sini. Saya nampak dia berjalan ke bilik kerja. Tuan tak nampak dia?"

Li Sicheng mempunyai firasat yang buruk dan terus berjalan keluar sebelum memandu keretanya pulang ke rumah.

Su Qianci sudah ada di rumah dan sedang membantu Nenek Rong menyediakan makanan. Sebaik melihat Li Sicheng tiba, dia tersenyum dan berkata, "Kamu dah balik. Basuhlah tangan dan mari makan malam." Wanita itu tidak menunjukkan sebarang kelainan pada sikapnya.

Li Sicheng berjalan ke arahnya dengan mata yang mengandungi seribu pertanyaan dan bertanya, "Kamu pergi ke rumah lama?"

Senyuman Su Qianci hilang seketika sebelum dia mengangguk. "Ya. Saya nampak kamu sibuk, jadi saya balik dulu. Liu Sao beritahu saya datang?"

Li Sicheng mengangguk.

"Jom makan." Su Qianci meletakkan pinggan tetapi tiba-tiba merasakan Li Sicheng memeluknya dari belakang sambil meletakkan kepala di bahunya. Su Qianci terkaku dan hatinya terasa pedih.

Menyedari Su Qianci tidak selesa, Li Sicheng menyangka dia hanya malu dan gementar. Dia berbisik sambil tersenyum, "Apa patut saya buat? Saya dah sangat rindukan kamu walaupun baru sekejap tak jumpa."

Penipu, penipu!

Su Qianci tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Dia mengalihkan tangan Li Sicheng dan segera menyapu air matanya lalu berkata, "Saya nak pergi ambil pinggan lagi." Dia berjalan dengan sangat pantas sehingga Li Sicheng tidak menyedari apa yang berlaku.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C264
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập