Tải xuống ứng dụng
24.67% Perceraian Ke-99 / Chapter 226: Perempuan Itu Mirip Ibu Saya

Chương 226: Perempuan Itu Mirip Ibu Saya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Acara terakhir di ibu kota itu ialah pada waktu pagi. Selepas bersetuju untuk beraksi di atas pentas, Su Qianci bangun awal dan bersolek. Selepas beberapa ketika, dia memilih sepasang gaun yang boleh dipakai ke acara itu. Su Qianci sangka acara terakhir itu sama dengan konsert sebelum ini. Tapi, bila dia sampai di situ, dia baru tahu yang itu ialah pesta muzik. Semua yang hadir adalah pemuzik yang pernah dilihat oleh Su Qianci di kaca televisyen pada hayatnya sebelum ini.

Orang-orang besar!

Bila Su Qianci tiba dengan kumpulan pemuzik itu, dia merasakan seperti bermimpi. Bila Song Yifan menyapa semua orang, ramai rakan-rakan orang asing yang memeluknya dan menyapanya dengan ciuman di pipi. Ramai orang yang menyedari kehadiran gadis baru, Su Qianci. Song Yifan memperkenalkannya sebagai rakan muda yang datang untuk belajar. Namun, Su Qianci tiba-tiba merasakan dia sedang diperhati. Lalu, dia ternampak seseorang yang dikenali, yang berpakaian sut berwarna biru kobalt dan tali leher merah.

Dia berjalan ke arah Su Qianci dengan elegan dan menyapa, "Sudah lama kita tak berjumpa, Puan Li."

"Bo Xiao?" Su Qianci terperanjat. Tapi, tak lama kemudian dia sedar yang Bo Xiao telah mendapat tempat di pesta itu. Dia pun ada di sini, apatah lagi Bo Xiao.

"Saya berbangga yang Puan Li masih ingat saya." Bo Xiao mengangkat gelasnya dan memandang Song Yifan. "Encik Song, jadi kamu berdua kenal baik?"

Song Yifan yang sentiasa tersenyum itu terus berwajah serius saat dia ternampak Bo Xiao. "Saya pun tak tahu yang kamu berdua saling mengenali."

"Sekali sahaja."

Song Yifan tersenyum dan berkata, "Ruginya."

Su Qianci tak pernah melihat Song Yifan begitu kasar dan merenungnya.

Bo Xiao melebarkan tangannya dan buat seperti tidak bersalah. Dengan penuh adab tertib, dia bertanya, "Nampaknya Encik Song Yifan sudah salah faham tentang saya. Boleh saya tahu apa sebabnya?"

Song Yifan mendiamkan diri, tapi pemain biola itu berkata, "Saya dengar Encik Bo sudah ada tunang. Tapi, pada masa yang sama, kamu ada teman wanita juga. Itu yang mencurigakan kami. Su Qianci ni sudah berkahwin. Harapnya, kamu ada rasa hormat sedikit."

Bo Xiao rasa terkilan sambil dia tersenyum lemah. "Teruk betul khabar angin tu. Tak sangka orang bercakap begitu tentang saya… Puan Li…"

"Bo Xiao, rupanya awak ada di sini." Seorang wanita cantik memegang erat lengannya. "Penat saya mencari awak…"

Bila wanita itu ternampak Su Qianci, dia tiba-tiba merenungnya. Su Qianci tiba-tiba rasa seram sejuk tapi dia masih tersenyum dan mengangguk. "Awak ada jumpa kawan di sini? Saya rasa penganjur tu dah nak mula berucap, jadi kita patut balik ke tempat duduk."

Bo Xiao memandang wanita itu sama seperti dia memandang orang lain dan menjawab dengan senyap, "Okay." Selepas itu dia memandang ke atas dan memperkenalkannya, "Inilah tunang saya, Rong Anna."

Rong Anna menyapa semua orang dan pandangannya masih tertumpu kepada Su Qianci untuk seketika. Selepas beramah mesra, Rong Anna memegang tangan lelaki itu dan kembali ke tempat duduk mereka. Rong Anna menunggu sehingga mereka berada jauh sedikit dan berkata, "Bo Xiao, bukankah rupa wanita itu mirip ibu saya atau saya saja yang perasan…"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C226
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập