Tải xuống ứng dụng
23.36% Perceraian Ke-99 / Chapter 214: Pergaduhan Diteruskan di Bilik Tidur

Chương 214: Pergaduhan Diteruskan di Bilik Tidur

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sambil bernafas dengan kuat, Li Sicheng menyembamkan mukanya ke leher Su Qianci dan mencium seluruh badan gadis itu… Apa yang dirasainya ini membuatkan jari kaki Su Qianci mengerekot.

"Kamu… sudah okey?" Li Sicheng tiba-tiba bertanya sambil memandang Su Qianci dengan mata penuh nafsu.

Su Qianci bingung, matanya terkebil-kebil.

Li Sicheng tidak menjawab tetapi menggerakkan tangannya ke bahagian bawah badan Su Qianci.

Su Qianci tiba-tiba faham, wajahnya kemerah-merahan dan dia mengangguk. "Sudah habis...semalam."

Kelihatan puas hati, Li Sicheng bersedia untuk bergerak semula, tetapi seseorang mengetuk pintu bilik itu. Kedengaran suara Nenek Rong. "Tak perlu bergaduh. Kamu boleh berbincang."

Su Qianci terdengar kata-kata itu dan wajahnya semakin merah kerana malu. Mereka baru sahaja bergaduh… Dan kini, mereka sudahpun berada di atas katil.

Melihat wajah Su Qianci yang sedang malu, Li Sicheng ketawa dan mencium leher gadis itu sebelum berkata, "Saya pergi buka pintu."

Su Qianci menutup lehernya dengan tangan dan terus bersembunyi di bawah selimut sebaik sahaja Li Sicheng bangun dan pergi ke pintu.

Nenek Rong sangat bimbang. Pasangan itu sudah berbaik selama beberapa hari dan kini mereka kembali bergaduh.

Walaupun dia tahu yang Li Sicheng tidak mungkin akan memukul Su Qianci, Nenek Rong risau gadis itu akan mengatakan sesuatu yang akan dikesalinya nanti…

Dengan perasaan gelisah, Nenek Rong mengetuk pintu itu lagi. "Encik…" Sebelum dia dapat menghabiskan kata-katanya, pintu bilik itu terbuka.

Wajah Li Sicheng yang biasanya dingin, kelihatan amat bernafsu. Rambutnya kusut-masai.

"Ada apa?" Suara Li Sicheng kedengaran serak, nampaknya sedang menahan sesuatu.

Nenek Rong yang sudah berumur itu terus faham apa yang sedang berlaku.

Wajah Nenek Rong merah padam. Dia cepat-cepat berpaling dan berkata, "Kamu belum makan malam lagi. Jangan terlalu lewat."

Su Qianci mendengar kata-kata itu dan menjadi bertambah malu.

Nenek Rong pasti anggap dia sebagai perempuan murahan memandangkan seminit yang lalu dia baru sahaja bergaduh dengan Li Sicheng. Su Qianci bangkit dari katil, menyegarkan diri dan mahu berjalan keluar.

Li Sicheng baru sahaja mahu menutup pintu apabila terlihat kelibat Su Qianci sedang cuba melarikan diri. Menolak wanita itu sehingga tersandar ke dinding, Li Sicheng berbisik dengan suara ghairah, "Kamu mahu ke mana?"

"Saya lapar"

Li Sicheng merenung gadis itu, ibarat helang memandang mangsanya. Sambil menjilat bibirnya dia berkata, "Saya juga lapar."

Sewaktu meluahkan kata-kata itu, keinginannya begitu meluap-luap sehingga Su Qianci tidak dapat memandangnya. Adakah maksud kata-kata Li Sicheng sama dengan maksud kata-katanya? Su Qianci sangat takut.

Pada ketika itulah telefon Li Sicheng berdering.

Panggilan itu daripada Cheng You. "Encik Li, pemburu itu berada di kedudukannya dan menanti arahan."

"Teruskan."

"Baik, tuan."

Li Sicheng memutuskan talian telefon dan terlihat Su Qianci sedang menggosok-gosok perutnya. Li Sicheng senyum dan mengusik rambut Su Qianci. "Mari makan dulu."

Sewaktu Nenek Rong melihat pasangan itu berjalan turun sambil berpegangan tangan, dia tiba-tiba membeliakkan mata dan berkata, "Cepatnya?"

Muka Li Sicheng terus menjadi gelap.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C214
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập